Ikatan San Diego Improved Jam not merupakan ikatan San Diego Jam Knot yang dipertingkatkan. Yang pasti, sekiranya anda sudah biasa dengan san diego jam knot maka ia sama sekali tidak mendatangkan kesukaran untuk melakukannya.
Ikatan hanya sesuai untuk mata kail yang mempunyai lubang cincin besar atau menggunakan tali perambut yang lebih halus.
Step 1
Lipat dua hujung tali perambut dalam anggaran sejengkal. Kemudian masukkan pangkal lipatan ke dalam cincin mata swivel atau mata kail.
Ads
Step 2
Mulakan lilitan pada tali perambut (tali yang dikembarkan dua kali) sekurang-kurangnya lima lilitan. Kemudian masukkan hujung lipatan tali ke dalam ruang antara tali masuk dan keluar dari swivel.
Ads
Step 3
Kemudian bawa pangkal lipatan tali itu dan masukkan ke dalam gelung pertama yang terhasil dari lilitan yang dihasilkan.
Ads
Step 4
Tarik perlahan-lahan gelung pangkal lipatan tali serta tali utama agar jerutan ikatan terbentuk. Kemudian tarik sehingga betul-betul ketat pada cincin swivel. Kemudian barulah potong lebihan tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan turtle knot merupakan salah satu ikatan yang mudah tetapi agak kukuh juga. Namun ia lebih sesuai digunakan untuk mengikat mata kail dengan menggunakan tali sulam atau kevlar berbanding perambut mono apatah lagi fluorucarbon.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut melalui cincin mata kail dari arah hadapan. Masukkan tali dengan kepanjangan yang selesa untuk dibuat ikatan.
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran biasa di atas tali perambut.
Tutorial 3
Kemudian masukkan hujung tali perambut ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi dari bahagian bawah.
Tutorial 4
Buatkan satu lagi lingkaran dan kemudian masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran pertama tadi.
Tutorial 5
Tarik hujung perambut perlahan-lahan sehingga satu simpulan terbentuk pada bahagian tali yang bersilang. Ketatkan simpulan tersebut.
Tutorial 6
Masukkan lingkaran atau bulatan tali yang terhasil tersebut kepada mata kail melalui bahagian matanya.
Tutorial 7
Tarik tali perambut utama sehingga ikatan kemas pada mata kail. Potong lebihan hujung tali perambut.
Simpulan pada batang mata kail kadang-kadang boleh mengganggu untuk mencangkuk umpan menerusi mata. Bagi membolehkan umpan seperti hirisan kelapa sawit dapat dicangkuk rapat menutup mata kail atau hingga ke tali perambut, anda bolehlah melakukan ikatan jenis grinner ini.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke lubang cincin mata atau swivel.
Tutorial 2
Buat satu lingkaran ke arah mata kail dari bawah tali utama.
Tutorial 3
Tindakan lingkaran yang dihasilkan pada tali utama dan lakukan lilitan pada tindanan tali tersebut.
Tutorial 4
Buat lima atau enam lilitan mengelilingi tali utama melalui lingkaran yang dihasilkan.
Tutorial 5
Basahkan sedikit simpulan yang dihasilkan dan tarik hujung tali perlahan-lahan.
Tutorial 6
Pegang mata kail dan kemudian tarik tali utama sehingga simpulan merapati cincin mata kail.
Cara menghasilkan kelihatan agak berbelit-belit tetapi sebenarnya amat cepat untuk memahami dan menghafal teknik simpulan yang dihasilkan. Dalam masa singkat pasti anda mampu menghasilkannya.
Step 1
Masukkan hujung tali kira-kira sejengkal lebih melalui lubang cincin.
Step 2
Lalukan hujung tali di bawah tali utama.
Step 3
Buatkan lingkaran dengan menindan hujung tali ke atas tali utama.
Step 4
Lilitkan hujung tali pada kedua-dua tali.
Step 5
Lilitkan sekurang-kurangnya empat lilitan.
Step 6
Masukkan hujung tali pada lingkaran pertama yang dihasilkan tadi.
Step 7
Tarik hujung tali sehingga satu ikatan terhasil.
Step 8
Tarik pula tali utama dan ketatkan ikatan pada cincin.
Step 9
Potong lebihan hujung tali dan ikatan telah siap dihasilkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...