Suatu ketika dulu, Albright knot merupakan ikatan penyambungan dua jenis tali (biasanya shock leader dengan tali utama) yang paling banyak dipraktikkan. Kekuatan sambungan sememangnya tidak dapat dinafikan.
Cuma, simpulan dari ikatan tersebut menghasilkan bukuan yang besar yang mampu menjejaskan kelancaran tali keluar dari kekili. Namun jika menggunakan cincin joran yang besar, ia kurang menjadi masalah.
Barang keperluan:
Tutorial 1
Lipatkan hujung tali perambut kira-kira sejengkal, kemudian masukkan hujung tali sulam (tali utama) ke dalam lingkungan tali perambut.
Tutorial 2
Mulakan lilitan (lilit kedua-dua lipatan tali perambut) ke arah pangkal tali perambut.
Tutorial 3
Lakukan sekurang-kurangnya 10 lilitan.
Tutorial 4
Kemudian lakukan lilitan dengan jumlah yang sama ke arah berlawanan (kea rah pangkal tali utama).
Tutorial 5
Masukkan hujung tali utama (tali yang melilit) ke dalam lingkungan berlawanan arah kemasukannya kali pertama tadi.
Tutorial 6
Tarik perlahan-lahan kesemua bahagian tali dan betulkan jika ada simpulan yang bertindih dan ketatkan.
Tutorial 7
Buat lilitan biasa pada tali sulam sebagai ikatan tambahan sebelum lakukan ikatan kunci.
Tutorial 8
Potong lebihan kedua-dua hujung tali dan kemaskannya.
Tutorial 9
Ikatan Albright knot yang telah disiapkan.