Ikatan palomar merupakan ikatan yang mudah dilakukan. Ia juga ikatan yang kukuh namun ketahanannya bergantung pada sejauh manakah kikisan yang berlaku pada tali ketika melakukan simpulan. Ia mungkin kurang ketahanan jika menggunakan tali atau perambut mono tetapi amat kukuh jika menggunakan tali sulam.
Tutorial 1
Lipatkan tali menjadi dua bahagian kemudian hujung lingkaran tali dimasukkan ke dalam gelung cincin snap.
Tutorial 2
Buatkan satu simpulan biasa, tetapijangan diketatkan simpulan yang terhasil. Biarkan ia longgar saja.
Ads
Tutorial 3
Ambil bahagian kili yang bebas dan masukkan ke dalam hujung lingkaran tali.
Ads
Tutorial 4
Masukkan sepenuhnya hujung lingkaran tali hingga bahagian bahagian bawah kili.
Ads
Tutorial 5
Kemudian tarik bahagian tali utama dan juga hujung kili perlahan-lahan. Pastikan simpulan terhasil dengan baik tanpa bertindan atau berpintal.
Apabila simpulan terhasil dengan kemas dan ketat, potong bahagian hujung lebihan tali yang tidak diperlukan. Ikatan terhasil dalam tempoh yang sangat singkat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ketika hendak menangkap gambar hasil tangkapan, entah macam mana tekan banyak kali tapi ia tidak berfungsi. Anda tengok lens ada fungus dan penuh habuk. Kamera ‘jem’ tiba-tiba menyebabkan anda hilang mood. Untuk elakkan perkara sebegini, ikuti langkah-langkah membersihkan kamera dengan betul.
Kamera DSLR amat sensitif terhadap habuk. Bahkan bukan itu sahaja, habuk juga boleh menyebabkan fungsi kamera akan terhenti secara tiba-tiba. Untuk itu, anda hendaklah selalu membersihkan kamera supaya ia sentiasa terjaga dan berada dalam keadaan sempurna ketika menggunakannya.
Mesti ada kit pembersih kamera
Untuk membersihkan kamera DSLR ini, anda perlu membeli set alatan pembersih kamera yang ada dijual di kedai-kedai kamera. Ia dipanggil kit pembersih kamera. Mula-mula, anda ambil kain sintetik khas dan lapkan lens anda. Lap beberapa kali permukaan lens tersebut.
Kemudian, tarik keluar kamera tersebut dan gunakan blower untuk menyedut habuk-habuk disekitar lens tersebut. Seterusnya, gunakan kain sintetik tadi dengan mengelap cermin pantulan di dalam kamera.
Setelah itu, anda ambil berus dan sapu setiap tempat di sekeliling kamera anda terutamanya di kawasan-kawasan yang kecil seperti di tempat menekan kamera, di sekitar tempat lens. Paling penting apabila menggunakan berus lembut ni, anda juga hendaklah membersihkan slot kad kerana banyak habuk akan berkumpul di situ.
Bersihkan viewfinder
Viewfinder ialah tetingkap yang kita selalu lihat sewaktu mengambil gambar. Anda hendaklah membuka penutup getah viewfinder dan lap permukaan cermin tersebut menggunakan kain sintetik.
Setelah itu, bersihkan skrin kamera anda. Ini adalah kerana LCD skrin juga tempat paling banyak merangkap habuk.
Tip penjagaan kamera dengan betul
Selepas mengambil gambar tidak kira sama ada di laut mahupun darat, anda hendaklah sentiasa membersihkannya sebelum simpan di dalam beg kamera. Ia amat penting supaya kamera tersebut tidak termasuk pasir, air mahupun habuk.
Kamera amat sensitif dengan air terutamanya air laut mahupun air tawar. Jika terkena, segera lap dengan kain bersih dan kering. Kamera yang terdedah dengan kelembapan tinggi akan menyebabkan fungus dan kulat membiak terutamanya lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar.
Lilit, jangan gantung. Lilitkan strap kamera anda di tangan berbanding gantung di leher. Ini kerana jika anda gantung di leher, ia akan menarik perhatian ramai untuk meragut. Jangan sesekali abaikan keselamatan kamera ini kerana sekali jatuh, memang menangis jawabnya.
Beli gel silika. Gel silika digunakan untuk menyerap kelembapan kamera.
Kepentingan filter. Filter digunakan untuk melindungi lens anda dari sebarang calar. Sekiranya anda mempunyai 5 lens, seeloknya beli UV filter untuk melindungi lens tersebut.
Kalau turun ke laut, sila pastikan anda membawa beg plastik atau kain batik atau tuala khas untuk kamera sahaja. Bukan tuala tersebut bercampur dengan peluh-peluh anda. Ini adalah kerana tuala atau kain tadi dapat mengelakkan pasir masuk ke celah-celah lens. Balut kamera tersebut bila naik bot.
Cuci tangan bersih-bersih selepas anda memakai losyen, sunblock, minyak rambut atau sebarang produk penjagaan diri. Ini adalah kerana kamera amat sensitif dengan bahan-bahan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...