Ikatan Mudah Simple!!

Share

 

Ikatan ini sesuai untuk menyambung perambut nylon atau tali sulam dengan mata kail atau kili atau juga gewang yang memiliki cincin.

 

Step 1

Potong terlebih dahulu tali perambut yang akan digunakan untuk mengikat mata kail.

 

 

Step 2

Masukkan hujung perambut kira-kira seinci ke dalam lubang cincin melalui bahagian bawah.

 

 

Step 3

Pegang hujung perambut pada teras mata kail untuk membuat lilitan.

 

 

Step 4

Mulakan lilitan perambut pada teras mata kail ke arah mata kail.

 

 

Step 5

Lakukan lilitan dengan kemas.

 

 

Step 6

Buatkan sekurang-kurangnya lima lilitan.

 

 

Step 7

Masukkan pangkal perambut ke dalam cincin mata kail juga dari bahagian bawah.

 

 

Step 8

Tarik bahagian pangkal perambut dengan ketat dan kemudian potong lebihan hujungnya.

 

 

Published by
Amang