Berbanding sotong mengabang, aktiviti mencandat atau eging sotong katak agak terpinggir sedikit. Selalunya katak ditangkap secara tidak sengaja ketika pencandat memburu sotong mabang dan amat jarang atau sukar ditangkap ketika para pencandat memancing sotong torak.
Ini disebabkan pecandat sotong torak kerap mengunjun candat pada paras pertengahan air. Sedangkan sotong katak lebih kerap berada berhampiran dasar laut. Oleh kerana itu sotong katak selalunya ditangkap dalam jumlah yang banyak oleh para nelayan menggunakan bubu. Saiz tangkapan selalunya saiz yang hampir sebaya.
Sebelum kita belajar tentang teknik menjerat sotong katak, terlebih dahulu kita perlu tahu tabiat sotong ini.
Pengetahuan tentang tabiat katak akan memudahkan proses kita menjeratnya. Sotong katak merupakan sotong yang mencari makan di bahagian dasar. Jarang sekali sotong ini naik ke permukaan atas air kecuali di kawasan cetek. Sotong katak boleh dikategorikan dalam kumpulan sotong yang pemalu. Pergerakannya untuk melarikan diri juga agak lambat berbanding sotong-sotong lain.
Sotong katak menangkap makanannya secara memeluk dan menekup. Ini kerana sotong katak tidak mempunyai dua tentakel seperti sotong lain yang memburu secara menyumpit dan memegang dengan laju. Disebabkan semua tentakelnya hampir sama panjang… setiap tentakel berpotensi untuk terkena mata candat. Selalunya candat udang akan dipeluk kemas di dalam semua tantakelnya.
Sotong katak biasa bertelur di celah karang dan kerap juga dijumpai pada tali-tali bubu dan unjam laut. Telurnya berangkai-rangkai dan telur yang matang berwarna lebih gelap. Sebiji telur akan menetaskan seekor anak sotong katak.
Tip Tambahan
Warna candat yang digunakan tidak kisah. Penggunaan candat hijau dan merah, saiz candat udang 2.0 dan 2.5 di kawasan pantai berjaya memikat sotong-sotong ini.
Candat udang perlu ditarik secara perlahan atau kejutan lembut (slow jerking).
Jangan tarik terlalu laju. Badan sotong katak lebih berat menyebabkan ia gagal mengejar candat yang ditarik laju. Kalau boleh… tarik candat secara mengheret dan berhenti-henti.
Lokasi memainkan candat hampir dengan dasar.
Agak sukar menjerat katak jika candat dimainkan di tengah atau permukaan air kecuali di kawasan cetek. Peratus tarikan di kawasan dasar adalah paling tinggi.
Adakalanya tarikan berlaku ketika candat hampir hendak dinaikkan ke atas.
Tukun tiruan adalah struktur buatan manusia, biasanya dibina untuk menggalakkan kehidupan marin di kawasan yang mempunyai bahagian bawah yang umumnya tanpa sifat, untuk mengawal hakisan, laluan kapal seperti pukat tunda atau meningkatkan kepelbagian spesis ikan di kawasan tersebut.
Banyak tukun tiruan dibina menggunakan objek yang telah dibina untuk tujuan lain, contohnya dengan tenggelam pelantar minyak, kapal atau dengan menggunakan runtuhan atau serpihan pembinaan.
Tukun tiruan yang lain adalah dibina khas dari PVC atau konkrit. Bangkai kapal boleh menjadi tukun tiruan apabila dipelihara di dasar laut.
Tidak kira apa kaedah pembinaan, tukun tiruan umumnya menyediakan permukaan keras di mana alga dan invertebrata seperti teritip, batu karang, dan tiram akan hidup.
Pengumpulan hidupan laut di kawasan ini seperti anak ikan dan plankton akan menarik pelbagai spesis lain untuk menghuni kawasan ini seperti ikan pelagik dan demersal.
Namun bagi Chedin Angler, seorang tekong dan guide berpengalaman di perairan Kong Kong, memiliki idea tersendiri untuk menyediakan rumah sang bara (siakap). Ikuti tips dan perkongsian ilmu tukun tali kapal buat rumah sangbara.
Menurut Chedin, ramai yang buat tukun mengunakan pokok-pokok tumbang, kalbat longkang dan tayar buruk. Tetapi ini berbeza sekali kerana saya hanya mengunakan tali kapal. Bukan hanya untuk spesies siakap sahaja malah pelbagai spesies lain juga.
Ia menjadi sarang tempat persinggahan dan menjadi taman permainan ikan. Cara membuat tukun tali kapal amat mudah hanya perlukan tali kapal, pelampung dan juga pemberat atau dipasak terus di dasar sungai.
Lokasi untuk menyediakan tukun ini memerlukan tempat yang strategik dan perlu memilih dengan betul. Jika tak memilih dengan betul, ikan tidak akan menjadikannya sarang rumah dan tempat persinggahan. Insyallah, Che Din sentiasa berusaha kerana tanpa usaha tidak akan mendapatkan hasil yang terbaik. Selamat mencuba gaiss!
Ikan gerong belang tidak lagi menjadi spesies sasaran pancingan konvensional (bottom fishing atau pancingan dasar) laut dalam, sebaliknya ia sudah menjadi spesies sasaran utama khususnya penggemar teknik jigging ringan di negara kita.
Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancingyang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur. Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang. Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...