Spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono.
Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Langkah 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Langkah 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Langkah 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Langkah 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Langkah 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Langkah 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Langkah 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Langkah 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Langkah 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Langkah 10
Spider hitch loop knot yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Paloma knot atau ikatan paloma merupakan ikatan memancing terawal yang pernah direka cipta. Disebabkan ikatannya yang mudah tetapi mampu bertahan, ia diguna pakai sehingga ke hari ini.
Namun untuk membolehkan ikatan paloma ini dilakukan, cincin perlulah memiliki lubang (tidak sesuai untuk mata kail tanpa lubang). Ia juga dapat menyambungkan kili atau swivel dengan lebih sempurna.
Tutorial 1
Lipatkan tali atau perambut yang akan digunakan kira-kira panjang sejengkal.
Tutorial 2
Masukkan bahagian tali yang telah dilipat ke dalam lubang mata kail.
Tutorial 3
Buatkan satu lingkaran atau simpulan dan biarkan simpulan itu tidak diketatkan terlebih dahulu.
Tutorial 4
Masukkan bahagian hujung lipatan tali ke dalam mata kail dan lalu kan ia sehingga melepasi mata kail sepenuhnya.
Tutorial 5
Kemudian tarik bahagian utama tali sehingga satu simpulan terbentuk. Untuk simpulan yang sempurna, pastikan satu persatu tali ditarik hingga tiada bahagian tali yang tersekat.
Tutorial 6
Setelah bahagian simpulan diketatkan dengan sekuat mungkin, barulah potong lebihan tali. Boleh juga dibuat satu simpulan biasa pada hujung tali sebagai langkah insuran.
Tutorial 7
Simpulan atau ikatan paloma yang telah dihasilkan dengan sempurna.
Potong kevlar kira-kira 6 inci dan masukkan hujungnya melalui bahagian hadapan lubang cincin.
Kedua:
Buatkan satu simpulan mati pada hujung kevlar tanpa perlu mengetatkan ikatan. Pastikan lebihan hujung tali tidak terlalu panjang atau pendek.
Ketiga:
Masukkan gelung yang terhasil dari simpulan mati ke batang mata kail melalui melalui arah matanya.
Keempat:
Jerut atau ketatkan ikatan kevlar pada hujung teras mata kail. Boleh guna playar untuk dapat ikatan yang kuat dan kemas.
Kelima:
Lilitkan dan ikat bahagian hujung kevlar dengan kemas pada teras mata kail. Kemudian bolehlah sapukan gam pada lilitan ini jika perlu (saya suka gunakan pengilat kuku sebagai ganti gam).
Keenam:
Masukkan squid head atau sotong getah sekiranya ingin memakai aksesori tambahan ini. Jika ingin dua sotong plastik ini, masukkan lagi satu dengan arah bertentangan.
Ketujuh:
Masukkan satu lagi mata kail dengan menerusi bahagian hadapan mata kail tersebut.
Kelapan:
Ulangi proses yang sama bermula dari Step 1 sehingga ke Step 4 sehingga hasilnya jadi seperti ini.
Kesembilan:
Dapatkan keseimbangan (panjang yang sama kedua-dua mata kail) dengan memasukkannya pada apa saja jig yang ada.
Kesepuluh:
Seterusnya masukkan solid ring.
Kesebelas:
Buatkan satu simpulan mudah bagi menghubungkannya dengan solid ring. Tarik dengan menggunakan playar agar ia menjadi kemas.
Keduabelas:
Assist hook berkembar yang mampu disiapkan dalam masa yang singkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...