Siakap memiliki deria pendengaran yang sensitif dan peka pada keadaan sekeliling. Biasanya apabila satu kelompok siakap ditemui pada kedalaman 30 hingga 60 kaki di permukaan dasar, ketua keluarga yang paling besar akan datang meninjau dahulu tempat datangnya bunyi, selepas itu yang nombor dua dan seterusnya.
Menyedari bahaya, siakap bertindak menghambur ke udara dan ketika ini ia akan melibas kepala agar tali pancing yang kendur terkena pada pipi tajam umpama pisau cukur. Pipi tajam ini adalah senjata yang ramai pemancing tidak menyedari kelebihan yang dimiliki oleh ikan yang bersisik perak ini.
Ikan belanak sering dikaitkan dengan siakap kerana ia adalah ikan mangsa yang sama-sama mendiami kawasan muara atau anak sungai paya bakau. Ia adalah sumber utama diet siakap putih. Udang hidup, beliak mata, selangat, kedera, bilis air dan jenis-jenis ikan kecil yang turut mendiami muara dan anak sungai juga sesuai dijadikan umpan.
Selain itu ikan tamban, selayang dan kembung menjadi pilihan alternatif jika jenis-jenis umpan di atas sukar didapati. Gewang menjadi salah satu teknik memancing yang cukup popular mengendap siakap putih. Yang rumit sedikit ialah jenis dan corak warna yang banyak mempengaruhi sentapan ke atas gewang.
Yang paling banyak digunakan ialah gewang jenama Halco Sorcerer, Nils Master, Rebel Fast-Trap, Rapala Magnum, Yozuri dan lain-lain jenama. Kesemua gewang pilihan kebanyakan mempunyai kombinasi warna biru atau hijau belang putih dan setengahnya coklat belang turut menjadi pilihan.
Teknik gewang menjadi pilihan utama kebanyakan pemburu siakap putih kerana kadar sentapan lebih tinggi berbanding yang menggunakan umpan. Pemangsa yang besar kerap dipancing dengan teknik ini. Penggunaan plastik lembut (soft plastic) banyak dipratikkan di kolam komersil yang tidak dibincangkan dalam pemburuan siakap putih liar. Namun kini ia semakin digunakan secara meluas di kawasan-kawasan siakap liar.
Waktu Aktif
Yang menarik mengenai sikap siakap ialah ketia ia merembat umpan. Umumnya siakap gemar memburu awal pagi dan lewat petang sahaja. Kawasan pilihan ialah tepi-tepi pokok bakau, sekitar ranting pokok yang tumbang ke air, kawasan reba, benteng, sangkar peliharaan ikan dan tepi jeti jambatan atau dermaga.
Peluang lebih cerah jika masa tersebut berlakunya pergerakan air pasang atau air penuh. Musim yang terbanyak siakap liar dipancing ialah dari hujung April hingga Jun. Bulan Mei adalah paling banyak ikan ini dipancing kerana pada masa ini ia kuat makan sebelum musim bertelur pada September.
Malam hari ia gemar mendiami kawasan seperti tepi-tepi tiang jeti atau tiang jambatan yang banyak terdapat merentangi sungaai di negara kita. Jika di perhatikan dengan teliti dari atas jambatan kadangkala anda akan nampak objek hitam kaku di tepi tiang seperti hanyut.
Sekali sekala baru terserlah kilauan sisik perak apabila ia menyerang mangsa atau melakukan pergerakan badan. Masalahnya ramai yang baru menyedari objek yang dilihat adalah siakap kecuali mereka yang biasa kerja-kerja mengendap siakap bermain di tepi jeti pada malam hari.
Ada ketika kita perlu melakukan ikatan sambungan leader dengan tali utama dalam masa yang amat singkat. Terutamanya ketika ikan sedang galak makan dan ketika itu jugalah leader atau perambut kita putus.
Ada banyak jenis ikatan penyambung tali utama dengan leader yang terbukti kuat tetapi agak sulit dan memakan masa untuk melakukannya. Sementara ikatan yang ringkas dan cepat siap pula kebanyakannya tak mampu bertahan lama.
Namun ada satu ikatan penyambungan sangat kuat dan cepat pula disiapkan. Walaupun ikatan Seaguar Knot ini agak kurang cantik dari segi kekemasan namun ia amat berkesan jika menggunakan leader yang tidak terlalu panjang.
Tutorial 1
Potong leader kira-kira panjang sedepa terlebih dahulu. Untuk ikatan ini leader perlu dipotong terlebih dahulu. Kemudian buat lingkaran pada hujung leader dan juga tali utama. Temukan kedua-dua tali itu secara bertindan.
Tutorial 2
Pegang hujung lingkaran kedua-dua tali dan buat pintalan beberapa kali.
Tutorial 3
Masukkan kedua-dua bahagian hujung tali ke dalam bahagian lubang di atas pintalan tali yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Pegang bahagian simpulan dan tarik perlahan-lahan kedua-dua tali sehingga bahagian simpulan tersimpul kuat. Potong bahagian hujung tali rapat pada bahagian simpulan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...