Boleh dikatakan keperluan memancing udang galah hampir sama saja di mana-mana lokasi. Namun untuk tidak menghampakan, kami sediakan apa yang perlu korang bawa jika memancing udang galah di Sungai Pontian, Kg. Sepayang, Rompin ini.
Set Joran
Rasanya tak perlu nak cerita panjang pasal joran ni sebab kat kedai pancing memang dah tersedia joran khas untuk pancing udang. Yang penting joran tu lembut, mudah lentur dan liat. Joran jenis ini akan memberi signal kepada kita bila udang dah sangkut. Kalau pakai joran yang keras, sebarang tindak balas udang kita tidak dapat lihat.
Tali Utama
Gunakanlah tali utama yang berdiameter halus. Kekuatan tali maksimum 10-15lb pun sudah memadai. Pastikan tali utama adalah tali benang atau braided supaya mengurangkan risiko dipotong ikan buntal. Paling leceh sebab nak kena set semula perambut mata kail dan rugi batu ladung hilang.
Batu Ladung
Batu ladung jenis berlubang di tengah atau batu biji kana biasa digunakan. Ia penting sebab bila udang dah tersangkut secara automatiknya ia akan menarik terus tali utama. Batu jenis ini membantu dari segi tahap kesensitifan joran. Berat batu adalah bergantung kepada arus sungai. Saya biasa menggunakan batu no 4 hingga 6.
Perambut Mata
Yang pasti kekuatan perambut adalah kurang berbanding mainline. 6-10lb sudah memadai. Berdasarkan purata terberat udang galah di sungai ini tidak melebihi 700gram. Sekiranya anda mendapat lebih dari berat itu, jackpot untuk anda. Perambut yang halus akan membantu menyelamatkan wang dan masa anda sekiranya mata tersangkut.
Mata Kail
Mata kail khusus untuk udang memang banyak dijual. Di sini saya biasa menggunakan mata kail saiz sederhana iaitu no 4 hingga 6. Walau bagaimanapun, penggunaan mata ini bergantung kepada keadaan. Adakala mata kecil ok… kekadang kena pakai mata saiz besar. Sediakan lah pelbagai saiz.
Umpan
Lazimnya memang guna cacing tanah saja. Umpun-umpun adakalanya mengena juga. Jantung ayam juga digunakan dan biasanya udang saiz jenggo suka ambik umpan jantung ayam. Jantung ayam kena hiris halus-halus supaya mata kail senang sangkut.
Spot / Port
Di sini cuba cari kawasan air yang berarus. Tapi mengikut pengalaman di Sungai Pontian ni memang ada udang galah. Cuba la kat mana pun dari tepi hingga ke tengah sungai. Selain itu suhu air juga memainkan peranan. Sekiranya air terlalu sejuk udang macam malas nak cari makan.
Petua memilih waktu dan tempat
Berdasarkan pengalaman… time udang makan selepas 2 atau 3 hari hujan lebat diikuti cuaca panas. Udang biasanya suka melepak kat kawasan yang ada rimbunan kayu. Kawasan berarus dengan selekoh-selekoh sungai memang port dia.
Jangan simpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta membunuhnya.
Jauhi dari kesejukan hawa dingin atau air cond. Jika disimpan di bilik yang mempunyai air-cond, tambahlah sedikit air. Angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengering kelembapan yang terdapat dari kulit umpun umpun.
Seboleh-bolehnya simpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif. Tapi tak perlulah simpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku.
Jauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya.
Apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya anda memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan, simpanlah di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.
Sebagai langkah alternatif paling mudah ialah menggantikan perumpun hidup dengan perumpun yang telah dikeringkan.
Malah ia boleh disimpan untuk tempoh yang panjang selagi ia belum digunakan. Untuk mencarinya pula sekadar pergi ke kedai-kedai pancing yang menjualnya.
Gunakan reel spinning saiz 3000 ke bawah atau LPBC (low profile bait casting) untuk aksi ringan.
Joran
Rod bersaiz 8 – 17lb memadai untuk menerima tentangan siakap merah.
Tali
Tali utama braided berkekuatan 20lb dan tali leader berkekuatan 30lb sesuai digunakan di sini.
Aksesori
Gunakan split ring dan mata kail yang berkualiti dan heavy duty kerana peluang mendaratkan mangsa lebih tinggi dan kes rabut atau mata kail terkangkang dapat dielakkan.
Boleh guna mata kail tunggal, untuk mengelakkan kes tersangkut kerana persekitaran mempunyai banyak akar bakau atau reba. Tetapi pilih mata tunggal jenis kuat.
Casting menggunakan ikan julung yang dikat dengan dawai adalah umpan terbaik untuk menjerat mangsa disini namun gewang selaman dalam juga boleh di gunakan seperti
gewang Rapala TD-7 GFR, SR-7 Pearl White, MR-7 Silver Flourescent Chartreuse SFC, SSR-7 Shad, SR-7 Shad, Max Rap-9 Silver Blue dan MR-7, Rapalla Tail Dancer 9 cm, Hot Tiger, Storm Thunder Crank 7 cm Clown.
Gunakan gewang berwarna terang ketika air agak keruh dan gunakan gewang berwarna silver atau putih menyerupai ikan julung ketika air jernih.
Pelbagaikan teknik karauan sama ada laju, perlahan atau mengenjut gewang ketika karauan dibuat.
Kenalpasti lubuk dengan melihat ikan membuat sambaran anak ikan kecil di permukaan air atau mengenalpasti reba yang berada di dasar atau tepi alur sungai ketika air surut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...