Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali pancing pada kail. Ada yang senang tapi tak kuat. Ada yang kuat tapi tak senang pulak nak buat.
Step 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail. Sebaiknya masukkan hujung tali melalui arah belakang mata kail.
Step 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan. Jangan ditarik habis kerana ia menyebabkan tali terkeluar dari lubang cincin.
Ads
Step 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpulan yang terhasil tadi.
Step 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik bahagian punca tali perambut utama.
Ads
Step 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Step 6
Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan kedua tadi.
Ads
Step 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Step 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bluefin tuna adalah salah satu ikan yang paling sukar dipancing berdasarkan pengalaman para pemancing.
Dilihat dari bentuk tubuhnya yang mirip torpedo, jelas ikan ini mampu meluru bagai roket ketika di air. Makin besar ukurannya, tentu makin sukar memancingnya karena ototnya yang tentu lebih kuat.
Atlantic bluefin tuna terbesar pernah didaratkan oleh Ken Frazer, di perairan Nova Scotia, Kanada seberat 1,496 atau 690 kg.
Fraser berhasil menaikkan sang monster tuna ini setelah bertarung selama 45 minit. Keterujaan membuatkanFraser hampir menghasilkan buku yang menceritakan aksi tangkapannya ini.
Ada satu jenis ikan yang dianggap primadona. Mendaratkannya akan menerbitkan rasa bangga yang luar biasa, apalagi jika ukurannya sangat besar.
Ikan yang dimaksud adalah marlin atau mersuji. Tengok saja bentuk tubuhnya yang sangat anggun. Memanjang dengan mulut runcingnya yang khusus.
Belum lagi padanan warna tubuhnya yang membuat ikan ini makin sempurna.
Rekod tangkapan ikan mersuji terbesar ini ialah 1,402 lb atau sekitar 635 kilogram.
Pemancingnya adalah Paulo Amorim yang berhasil menaikkan ikan ini hampir selama 80 minit! Ikan yang ditangkap di perairan Brazil tersebut berhasil mengalahkan rekod sebelumnya dengan perbezaan 120 lb.
Dilihat dari fiziknya, swordfish punya kesamaan dengan mersuji. Hanya saja seperti namanya, ikan ini punya paruh yang mirip dengan pedang.
Bentuk tubuh swordfish direka seperti Lamborghini lautan. Anda boleh bayangkan sendiri pertarungan dengan ikan seperti ini pasti sangat sukar.
Swordfish terbesar pernah ditangkap oleh Lou Marron, berasal dari Chile. Tangkapannya pada tahun 1953 dengan berat mencapai 1,182 lb atau 536 kilogram.
Hingga kini ini belum pernah ada yang memecahkan rekor swordfish terbesar terutama yang dipancing menggunakan joran dan kekili.
Uniknya, spesimen swordfish ini sekarang diawet untuk tatapan di Game Fish Association Fishing Hall of Fame di Miami.
Sebesar mana rekod tangkapan ikan patin Mekong yang pernah korang daratkan? Walau sebesar mana sekalipun rasanya tidak mungkin dapat mengatasi rekod ini.
Rekod patin Mekong terbesar yang berhasil dipancing ialah 646 lb atau sekitar 293 kilogram.
Ikan ini berhasil didaratkan pada 1 Mei 2005 lalu oleh seorang nelayan Thailand di perairan setempat.
Ikan patin Mekong ini memang terkenal dengan ukurannya yang besar walaupun kini populasinya terancam punah.
Kini pemancing dunia pun juga tak ketinggalan untuk menikmati sensasi tarikan sang ikan raksasa ini untuk pancingan tangkap dan lepas.
Sebagaimana namanya, fizikal ikan ini memanjang seperti buaya dan bahkan punya bentuk mulut serta deretan gigi tajam yang sama.
Ikan ini berhabitat di Amerika Utara hingga Amerika Tengah. Pertarungan yang dihasilkannya ketika dipancing hampir seagresif ketika memancing buaya!
Rekod tangkapan alligator gar terbesar menjadi milik John Paul Morris yang menangkap ikan ini di sebuah perairan di Texas. Beratnya mencapai 230 lb atau 104 kilogram.
Setakat ini belum pernah ada rekod lain yang mengalahkan milik Morris walaupun ramai pemancing di dunia yang sudah berjaya mendaratkan spesies bersaudara dengan buaya ini.
Apa pendapat korang? Kalau tak best, beritahu kami… kalau best, komen dan share ya. Terima kasih!
Jangan lupa like & tetapkan see first Facebook @Majalah Umpan
Bertam yang ingin dijadikan pelampung pula perlulah dibuang selaput luarnya. Apa yang perlu bagi pelampung hanyalah teras lembutnya. Teras bertam sangat sesuai dijadikan pelampung kerana memiliki warna putih ke perang-perangan yang sangat cerah. Daya apungannya juga sangat tinggi.
Sesuatu yang istimewa seandainya anda menggunakan terasnya sebagai pelampung, ia tidak perlu diikat sebaliknya anda hanya perlu menebuknya hingga ke tengah pelampung.
Rekahan teras akan memegang tali pancing anda. Uniknya pelampung tersebut boleh dilaras kepanjangan jarak apungan umpan, mengikut kesesuaian padang pancing anda.
Pastikan jarak tapak untuk mendirikan khemah sekurang-kurangnya 5 kaki dari aras air sungai. Jangan dirikan khemah di kawasan landai tepi gigi sungai, biasanya kawasan landai akan ada banyak pokok rendah dan renek macam pokok senduduk.
Itu tandanya air selalu naik kat kawasan tersebut. Dirikan di kawasan yang pokoknya besar-besar.
Tentukan laluan denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan dirikan khemah di dalam laluan denai kerana laluan denai bukan untuk kegunaan manusia sahaja, ia juga adalah laluan binatang lain.
Gajah atau seladang tentu tak suka kalau laluannya terhalang oleh khemah korang.
Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun-daun, ranting-ranting dan pokok-pokok renek.
Bersihkan dengan menggunakan alatan atau ranting-ranting pokok sehingga kelihatan lantai tanah.
Ia bagi mengelakkan risiko terkena sengat serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kala jengking yang bersembunyi.
Ketika membuat unggun api, selitkan beberapa batang kayu panjang. Ia sebagai senjata segera.
Bila ada bahaya contohnya perimeter diceroboh, capai saja kayu yang ada api ini sebagai senjata. Lazimnya binatang lebih takutkan api berbanding pisau atau parang.
Jika perlu, buatkan perimeter tapak perkhemahan dengan memagarnya menggunakan tali tangsi dan loceng.
Ia sebagai alarm sekiranya ada binatang yang menceroboh masuk ke dalam perimeter. Boleh juga taburkan karbaid atau belerang kuning pada perimeter ini bagi menghadang ular atau binatang berbisa yang merayap.
Jika berkhemah di kawasan aliran sungai atau air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut.
Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila dan datangnya kepala air.
Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.
Elakkan berkhemah di bawah rimbunan pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular.
Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan.
Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.
Jika nak memasak air, jangan ambil air di bahagian tepi atau gigi sungai. Ambil kat bahagian tengah sungai atau tempat yang mengalir deras.
Rasionalnya tikus, rusa, kancil, babi dan lain-lain binatang kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing.
Sebaik-baiknya habiskan kesemua makanan tanpa meninggalkan sisa. Jika ada sisa makanan, hanyutkan atau tanamkan.
Ini kerana bau sisa makanan ini akan menarik perhatian beruang, gajah, kera dan pelbagai binatang lain untuk bertandang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...