Ikatan Mata Kail Ala Simpulan!!

Share

 

Dalam tutorial ini kami menggunakan tali sulam sebagai ganti tali perambut mono atau fluorocarbon bertujuan untuk fotografi sahaja.

 

Langkah 1

 

Buatkan satu simpulan pada perambut kira-kira sejengkal dari hujungnya.

 

Langkah 2

 

Masukkan hujung perambut ke dalam lubang cincin mata kail.

 

Langkah 3

 

Masukkan pula hujung perambut itu ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.

 

Langkah 4

 

Ketatkan ikatan simpulan itu terlebih dahulu.

 

Langkah 5

 

Buatkan satu simpulan baru di atas ikatan yang dibuat tadi.

 

Langkah 6

 

Lakukan dua atau tiga lilitan pada simpulan tersebut.

 

Langkah 7

 

Jerutkan simpulan itu dengan ketat sehingga kemas pada ikatan pertama tadi. Potongan lebihan perambut.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang