Secara relatifnya, GT merupakan ikan yang agak besar dan secara tipikalnya seperti kebanyakan ikan jenis jack dan trevally. Walaupun kebiasaan saiz spesimen sekitar 5-8 kg, namun terdapat juga spesimen yang mampu membesar sehingga saiz 15 kg.
Bagi spesies G. speciosus, bentuk badannya juga seperti kebiasaan ikan trevally, iaitu bentuk rata namun solid dengan isi padat yang pejal. Bahagian bibirnya pula jelas lebih tebal namun tidak mempunyai gigi menggigit.
Profil warna spesies ini agak unik dan boleh dibuat identifikasi spesies ini kerana berbeza dengan spesies trevally yang lain. Juvenil gerong mempunyai warna kuning keemasan (golden) pada sisi badannya. Warna badan ikan ini disulam dengan garisan atau bar melintang berwarna hitam yang jelas kelihatan seolah-olah belang tarung.
Garisan atau bar melintang hitam ini cenderung untuk beransur pudar ketika ikan ini membesar selari dengan usianya dan selalunya akan menjadi tompok atau blotches kehitaman pada badannya.
Selalunya kecenderungan perubahan belang tarung ini berlaku pada spesimen dewasa yang mencapai saiz kematangan, selalunya sekitar 20 inci panjang badan, dari mulut hingga ke hujung sirip kaudal.
Selain itu, sirip ikan ini juga mempunyai warna yang agak kekuningan dan jika dilihat pada hujung cuping sirip kaudal gerong pula jelas kehadiran warna hitam.
Gerong belang mempunyai taburan spesies yang meluas merangkumi perairan tropika dan subtropika dari Lautan Hindi dan Pasifik. Spesies marin ini boleh ditemui bertebaran merata di sepanjang perairan termasuk Laut Merah dan Teluk Parsi di Lautan Hindi.
Spesies ini turut direkodkan gemar berenang di kawasan berkepulauan. Paten ini jelas ditunjukkan di Lautan Pasifik di mana spesies ini banyak direkodkan di kawasan Asia Tenggara dari Indonesia, Malaysia dan Borneo sehingga ke timur New Zealand dan Australia.
Spesies gerong belang gemar habitat yang agak cetek berpasir dan mempunyai terumbu karang tetapi masih mempunyai akses untuk ke kawasan yang lebih dalam. Habitat sebegini digemari oleh spesies gerong kerana kawasan ini kaya dengan organisma lain yang menjadi sumber makanannya.
Begitu pun, spesies ini juga boleh ditemui di kawasan air yang lebih dalam sekitar 30 meter dan biasanya untuk tujuan persenyawaan. Gerong belang merupakan spesies yang gemar air yang lebih jernih. Oleh sebab itu, agak sukar untuk melihat spesies ini jika persekitaran badan air mempunyai kadar turbiditi yang tinggi.
Jika tiada kehadiran gerong belang di sesuatu kawasan kebiasaannya, maka kemungkinan lokasi tersebut mempunyai kadar turbiditi yang tinggi.
Kalau nak berjaya memancing sesuatu spesies ikan, kita perlu memahami sifat dan tabiat ikan tersebut. Dari situ barulah kita tahu bagaimana hendak mencari spot dan apa umpan yang sesuai untuk menewaskannya.
Ikan Berkumpulan
Kebanyakan ikan bertulang skala kecil akan berenang bersama-sama dalam koordinasi tertentu dan dipanggil berkumpulan atau kawanan (schooling). Sebab utama berenang dalam kumpulan ialah adaptasi untuk mengelakkan daripada pemangsa selain dapat menakutkan mangsa.
Kalau anda nak tahu, berenang dalam kawanan akan memberikan lebih daya hidrodinamik dan meningkatkan peratus persenyawaan.
Selain itu, ikan bersaiz besar juga bergerak dalam kumpulan namun dalam kumpulan yang lebih kecil. Oleh yang demikian, sekiranya berjaya memancing seekor bermakna kita masih berpeluang untuk menaikkan spesies yang sama.
Menjaga Kawasan Jajahan
Pelbagai jenis ikan mempunyai sifat kewilayahan. Namun kadangkala sifat kewilayahan mereka ini berbeza dan unik. Ikan damselfish yang kecil amat berani dan menakutkan dalam mempertahankan wilayahnya sendiri manakala kebanyakan kerapu atau grouper yang lebih besar akan berundur dari wilayahnya apabila didatangi oleh haiwan lain.
Di sinilah gewang atau umpan tiruan memainkan peranan. Disebabkan bersifat kewilayahan itulah gewang akan diterkam bukanlah untuk dimakan, sebaliknya lebih kepada bertindak untuk pertahankan wilayahnya.
Hubungan simbiosis
Sesetengah spesies ikan kecil akan melekat pada badan ikan yang besar dan membersihkan badan ikan besar dengan memakan parasit pada tubuh ikan tersebut.
Simbiosis dapat dilihat pada ikan jerung, paus atau penyu. Ada juga ikan yang bersimbiosis dengan spesies yang bukan ikan seperti clownfish dan timun laut yang mana timun laut akan menjaga ikan tersebut daripada serangan pemangsa.
Berkomunasi Dengan Bunyi
Eh, macam pelik pula? Ikan mengeluarkan bunyi ke? Yang sebenarnya banyak spesis ikan menghasilkan bunyi sama ada dalam situasi ketika pembiakan, sosial, kewilayahan atau sifat agresif.
Bergantung kepada spesies, ikan bertulang mampu menghasilkan bunyi dengan melagakan giginya, getaran daripada udara atau dengan meregang dan mengecutkan ototnya. Kebanyakkan bunyi yang terhasil di bawah 10.000Hz.
Ikan ubi (ketutu) atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata merupakan salah satu ikan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran. Spesies Marble Goby ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran, namun dalam sektor akuakultur, ikan ini mengambil masa yang lama untuk membesar.
Ikan ubi mempunyai mulut yang lebar dan tinggal di kawasan paya, kolam, sungai dan tasik. Dikenali sebagai ikan yang sangat pasif, spesies ini menggunakan teknik menyedut ketika memakan mangsanya yang lalu di hadapannya.
Di sini antara tip dan teknik yang mungkin boleh membantu anda yang berminat untuk memancing spesies ikan ini:
Set pancing
Gunakan set pancing air tawar yang asas dengan kepanjangan rod yang sesuai, tali dan mata kail. Apa yang penting, anda mampu menjangkau spot yang dirasakan terdapatnya ikan ini dengan set pancing anda.
Umpan
Umpan yang paling sesuai ialah menggunakan cacing atau udang kecil kerana kedua-dua ini merupakan diet utama ikan ketutu. Gunakan umpan udang hidup untuk menarik perhatian itu atau pastikan cacing anda meliang-liuk pada mata kail.
Teknik
Ketutu biasanya hidup di kawasan air tenang atau di tempat yang terlindung dengan struktur pada kedalaman sekitar 1-3 meter.
Apa yang penting, pastikan umpan anda turun ke dasar kerana ketutu hidup di dasar air. Gunakan pelampung untuk lebih mudah melihat sama ada umpan telah diambil ketutu.
Jika pelampung tenggelam, biarkan beberapa saat sebelum menarik rod. Oleh kerana ikan ketutu sangat pasif, pastikan umpan anda diturunkan di spot yang dekat dengan ikan ini.
Umpan Tiruan
Jika anda berminat untuk memancingnya dengan teknik casting, pastikan anda menggunakan gewang yang boleh menyelam rapat ke dasar atau dalam radius kawasan persembunyiannya.
Penggunaan gewang softplastic paling berkesan untuk memerangkapnya. Pastikan gewang digayakan dengan perlahan dan betul-betul di hadapan mukanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...