Ikatan Loop Paling Mantap Lagi Padu

Share

 

Homer Rhodes Loop ini merupakan salah satu ikatan untuk menghasilkan simpulan yang kemas dan kukuh. Dengan simpulan itu boleh pula digunakan untuk mengikat mata kail khususnya untuk pancingan menggunakan umpan ikan hidup.

 

Ikatan ini menggunakan perambut dan mata tetapi dalam perkongsian ini kami gunakan kevlar supaya imej dapat dilihat dengan lebih jelas.

 

Tutorial 1

Buatkan satu simpulan (tanpa diketatkan) kira-kira sejengkal daripada hujung tali perambut.

 

 

Tutorial 2

Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin (tidak kisah melalui bahagian belakang atau hadapan lubang cincin mata kail).

 

 

Tutorial 3

Kemudian masukkan pula hujung tali perambut ke dalam simpulan yang dihasil tadi.

 

 

Tutorial 4

Setelah melalui simpulan, lingkarkan pula hujung tali ke bahagian atas tali utama dan kemudian selitkan ke bahagian tengah antara dua tali tersebut.

 

 

Tutorial 5

Ketatkan simpulan pertama dahulu perlahan-lahan kemudian barulah ketatkan simpulan kedua yang baru dihasilkan.

 

 

Tutorial 6

Beginilah hasilkan ikatan yang telah dihasilkan. Bahagian hujung lebihan tali itu bolehlah dipotong dan dibakar sedikit hujungnya (jika perlu).

 

Published by
Amang