Trilene Ouga knot merupakan ikatan mata kail yang banyak diguna pakai oleh otai-otai bagi memancing ikan kap seperti temoleh dan kelah. Kalau otai-otai yang amalkan teknik ikatan mata macam ni, maknanya ikatan ni cukup kuat la. Nak hasilkan ikatan ni sebenarnya tidaklah sesukar mana. Jom kita buat sama-sama. Esok mancing bolehlah guna teknik ikatan ni.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.
Tutorial 3
Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.
Tutorial 4
Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.
Tutorial 5
Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.
Tutorial 6
Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.
Tutorial 7
Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 8
Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 9
Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.
Tutorial 10
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.