Apa yang menjadi satu keterujaan bagi pemancing ialah tindak balas ikan bandang apabila terkena mata kail. Ikan bandang akan menjadi begitu agresif dengan melakukan lompatan ke udara atau aksi akrobatik.
Larian atau pecutan begitu bertenaga dan akan mendatangkan masalah kepada pemancing untuk mengekalkan mata kail yang tertancap pada mulutnya. Kegagalan meregangkan tali pancing akan berakhir dengan kemenangan kepada spesies ini.
Ikan bandang amat aktif memburu makanan dan akan menyambar apa saja umpan yang menyerupai diet makanan dan boleh dipancing tanpa mengira status kepakaran seseorang memancing. Malah kanak-kanak juga boleh memancing bandang tanpa sebarang masalah.
Lazimnya ikan ini akan mencari secara kawanan atau berkumpulan. Aktiviti pemburuan ini dapat disaksikan di permukaan air sama ada menerusi impak serangannya atau kehadiran burung-burung pemakan ikan.
Justeru, apabila bertemu dengan situasi maka peluang untuk memancing dan peratusan mendaratkan ikan bandang agak tinggi.
Apabila bertemu dengan situasi tersebut maka penggunaan umpan tiruan atau gewang amat praktikal. Gewang yang disarankan adalah gewang permukaan. Ketepatan balingan gewang permukaan di radius ikan bandang mendidih atau boiling itu adalah penting.
Begitu juga dengan saiz gewang permukaan yang digunakan. Paling efektif ialah gewang permukaan bersaiz kecil hampir menyamai skala mangsa yang dikerjakan oleh bandang. Penggunaan gewang selaman turut efektif berikutan bandang lazimnya bergerak pada aras sub permukaan air.
Manakala warna gewang yang disyorkan adalah kombinasi warna perak dan putih yang berkilau (berkilat). Karauan pantas dengan kepelbagaian aksi renangan bakal mencetuskan hasil yang menakjubkan.
Ikan bandang sering kali sukar tertancap kukuh pada mata kail berikutan rahangnya yang agak keras. Apabila terkena mata kail pula lazimnya bandang akan berhempas pulas dengan tindakan agresif di udara untuk cuba memuntahkan mata atau memutuskan perambut.
Justeru perambut harus dipantau pada setiap kali sambaran yang berlaku. Walaupun sukar untuk mengena atau hook up tetapi ikan bandang tidak serik untuk menyerang lagi berkali-kali.
Ramai yang beranggapan apabila muntah maka ia dianggap sebagai mabuk laut. Kalau tidak muntah maka tidak dianggap sebagai mabuk laut.
Sebenarnya muntah itu hanyalah satu simptom daripada beberapa simpton mabuk laut.
Senang cakap, muntah tu hanya salah satu petanda korang akan mengalami mabuk laut. Berikut disenaraikan petanda-petanda korang akan mengalami mabuk laut.
Jadi, kalau korang dah nampak atau dah rasa petanda awal, buatlah sesuatu supaya tidak terus terbawa ke alam mabuk laut.
Penderitaan dari keadaan mabuk laut menjurus kepada rasa yang tidak selesa dan melemahkan.
Walaupun ia tidaklah mengancam nyawa namun ia boleh menjejaskan tumpuan kepada kerja termasuklah memancing.
Dalam kebanyakan kes, petanda awal mabuk laut akan mula bertambah baik sekiranya badan anda dapat menyesuaikan diri. Atau anda selesaikan masalah tersebut dengan menamatkan sebarang aktiviti dan TIDUR!
Mungkin ramai yang tidak menyedari simpton awal ini kerana kebanyakan pemancing menutup hampir keselurahan kulit ketika memancing bagi mengelak cahaya terik.
Jika korang tengok kulit muka rakan dah mula pucat, beritahulah mereka. Jangan pula tunggu mereka muntah.
Petanda 2 ➡ peluh sejuk
Ia dapat dirasai apabila badan mula rasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Walaupun ia petanda awal, kalau dah keluar peluh yang tidak sepatutnya keluar, kemungkin korang akan berhadapan dengan mabuk laut yang agak kronik.
Petanda 3 ➡ air liur jadi banyak
Ia berlaku tanpa disedari sehinggalah anda lebih kerap meludah daripada biasa. Walaupun takde air liur nak ludah pun tetap juga meludah walaupun hanya keluar angin saja.
Petanda 4 ➡ mengantuk tahap luar biasa
Perkara ini biasa berlaku. Walaupun cukup tidur, anda mula menguap berkali-kali. Dalam pada masa yang sama, mata mula meninjau tempat untuk merebahkan badan.
Petanda 5 ➡ sesak nafas
Rasanya seperti tidak cukup udara untuk bernafas. Nafas menjadi pendek dan cepat. Namun tetap tidak puas untuk bernafas.
Petanda 6 ➡ letih melampau
Apabila berada dalam keadaan ini, anda akan berasa seperti malas untuk buat apa saja. Semangat untuk memancing mula hilang dan tidak peduli lagi pasal kumpau atau sebagainya.
Petanda 7 ➡ pening-pening
Boleh dikatakan ia berlaku kepada semua orang yang menghadapi masalah mabuk laut. Jadi anda tidak perlu risau sangat pasal pening ni. Sebaliknya kalau terlalu memikirkannya, ia akan menyebabkan semakin cepat mabuk.
Atlantic bluefin tuna atau ikan tuna sirip biru Atlantik atau nama saintifiknya Thunnus thynnus adalah spesies tuna terbesar dalam keluarga Scombridae. Ia dikenali juga sebagai northern bluefin tuna (terutamanya apabila mengaitkan Pacific bluefin tuna sebagai subspesies), giant bluefin tuna (gelaran atau panggilan untuk spesimen melebihi 150 kg) dan pernah mendapat nama jolokan tunny.
Tuna sirip biru Atlantik boleh membesar panjang dengan berat melebihi 900 kg! Dengan saiz tersebut ia mampu menyaingi ikan-ikan monster seperti marlin hitam, marlin biru dan ikan todak (sword fish) sebagai Perciformes terbesar.
Morfologi
Profil badan tuna sirip biru Atlantik adalah rhomboidal dan lasak. Kepalanya berbentuk kerucut dan mulut agak besar. Pada kepalanya itu mengandungi `pineal window’ yang membolehkan ikan menavigasi ke pelbagai lapangan beribu-ribu kilometer.
Ia memiliki warna biru tua pada bahagian atas dan kelabu di bawah, dengan coruscation emas yang menutupi badan dan sirip cabang kaudal kuning terang. Atlantic bluefin tuna boleh dibezakan daripada anggota keluarga yang lain dengan panjang sirip anal mereka yang agak pendek.
Tuna sirip biru Atlantik mempunyai kekuatan otot yang besar, yang menyalurkan melalui sepasang tendon ke sirip kaudal berbentuk lunas bagi kuasa renangan. Berbeza dengan banyak ikan lain, tubuh tetap tegar manakala ekor bergerak ke belakang dan seterusnya, meningkatkan kecekapan renangan.
Ia juga mempunyai sistem peredaran darah yang sangat berkesan. Ia mempunyai salah satu kepekatan hemoglobin darah tertinggi di kalangan ikan, yang membolehkan ia memberikan oksigen ke tisu secara efisien.
Saiz purata spesimen dewasa rata-rata antara 2 hingga 2.5 meter dan berat sekitar 225-250 kg Spesimen rekod terbesar yang diambil di bawah peraturan IGFA (Persatuan Ikan Permainan Antarabangsa) telah ditangkap di Nova Scotia, sebuah kawasan yang terkenal dengan tuna sirip biru Atlantik, dengan berat 679 kg dan panjang 3.7 meter.
Pertarungan yang paling lama antara manusia dan ikan tuna berlaku berhampiran Liverpool, Nova Scotia pada tahun 1934, apabila enam orang bergilir berperang dengan tuna 361 kg selama 62 jam.
Institusi Smithsonian dan Perkhidmatan Ikan Marin Nasional di Amerika Utara telah menerima bahawa spesies ini boleh membesar sehingga 910 kg.
Tuna sirip biru Atlantik mencapai kematangan agak cepat. Dalam kaji selidik yang merangkumi spesimen sehingga 2.55 m dan berat 247 kg, tiada spesimen yang dipercayai berusia lebih dari 15 tahun. Walau bagaimanapun, spesimen yang sangat besar mungkin berusia sehingga 50 tahun.
Tuna sirip biru Atlantik mampu menyelam hingga kedalaman 500 meter dan kelajuan renangan mereka boleh mencapai 64 km perjam.
Mereka biasanya memburu ikan kecil seperti ikan sardin, herring, makarel dan hidupan invertebrata seperti sotong dan krustasea.
Dalam sepanjang catatan sejarah, tuna sirip biru Atlantik sangat dihargai sebagai ikan makanan.
Selain nilai komersial mereka sebagai makanan, saiz, kelajuan, dan kuasa yang besar yang dipamerkan sebagai pemangsa puncak telah menarik kekaguman nelayan, penulis, dan saintis.
Tuna biru biru Atlantik telah menjadi asas bagi salah satu perikanan komersial yang paling menguntungkan di dunia.
Individu bersaiz sederhana dan besar sangat disasarkan untuk pasar ikan mentah Jepun, di mana semua spesis biru amat dihargai untuk sushi dan sashimi.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...