Jansik knot atau simpulan Jansik merupakan salah kaedah menghubungkan tali pancing dengan pin, kili atau mata kail. Bagi mata kail, hanya mata kail berlubang cincin besar sahaja yang sesuai digunakan kerana perlu memasukkan tali ke dalam lubang berulang kali.
Namun ia boleh diatasi dengan menggunakan tali yang berdiameter kecil. Malah simpulan Jansik ini merupakan simpulan terbaik bagi tali berdiameter kecil.
Tutorial 1
Sebelum membuat simpulan, pastikan dulu tali pancing yang digunakan boleh dimasukkan ke lubang cincin sekurang-kurangnya 3 kali.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali melalui lubang cincin. Pastikan tali yang masuk itu agak panjang dalam sejengkal atau lebih.
Tutorial 3
Masukkan sekali lagi tali melalui lubang cincin dari arah yang sama.
Ads
Tutorial 4
Masukkan kali ketiga hujung tali melalui lubang cincin dari arah yang sama dan akan terhasil dua lingkaran yang sempurna.
Tutorial 5
Seterusnya bawa tali utama ke lingkaran yang dihasilkan dan akan terhasil 3 tindanan tali pada dua lingkaran yang dihasilkan tadi.
Ads
Tutorial 6
Pastikan bahagian hujung tali berada di bahagian dalam tali utama dan pegang sudut pertemuan kedua-dua tali tersebut.
Tutorial 7
Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 8
Ads
Lakukan lilitan kedua pada lingkaran tali tersebut.
Tutorial 9
Lakukan sekali lagi lilitan. Pastikan sekurang-kurangnya tiga lilitan dibuat pada lingkaran.
Tutorial 10
Tarik hujung tali yang keluar dari dalam lingkaran sehingga terbentuk simpulan.
Tutorial 11
Tarik pula bahagian tali utama dengan kuat bagi menguatkan lagi ikatan. Kemudian barulah potong lebihan hujung tali. Ikatan sudah pun siap!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ramai yang memilih untuk tidak menggunakan mata kail tanpa lubang cincin (eyeless hook) kerana berhadapan kesukaran untuk mengikatnya dengan kemas. Sebenarnya ada pelbagai jenis ikatan yang boleh dicuba tetapi ikatan knotless knot ini merupakan ikatan terbaik yang telah dicuba.
Cara untuk mengikatnya juga tidak terlalu rumit untuk dipraktikkan. Jom kita buat bersama.
Tutorial 1
Terus lekapkan tali pada teras belakang mata kail (tak perlu masukkan ke lubang cincin mata kail kerana mata kail ini tak ada lubang cincin).
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran kecil dan pegang lingkaran dengan jari.
Tutorial 3
Lilitkan hujung tali pada teras mata kail menghala ke arah hujung teras.
Tutorial 4
Teruskan melilit sehingga terhasil 5 hingga 7 lilitan.
Tutorial 5
Setelah membuat lilitan terakhir, masukkan atau selitkan hujung tali di antara mata kail dan tali utama (Tutorial paling betul dilakukan dengan betul kerana ia menjadi kunci ikatan daripada terlucut dari mata kail).
Tutorial 6
Setelah itu masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Tutorial 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat.
Tutorial 8
Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.
Hook knot merupakan salah satu teknik simpulan ikatan untuk menghubungkan mata kail dengan tali utama ataupun perambut. Ia satu teknik ikatan yang agak mudah dilakukan namun mampu menghasilkan satu ikatan yang kuat.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Tutorial 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Tutorial 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Tutorial 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Tutorial 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Tutorial 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Tutorial 8
Pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas.
Tutorial 9
Potong lebihan hujung tali perambut dan ikatan telah siap untuk diguna pakai.
Ikatan Improved Albright knot merupakan kemaskini daripada ikatan Albright Knot. Ikatan Albright knot sebenarnya sudah cukup bagus dan kuat. Namun apabila ia diperbaharui, maka kekuatannya berlipat kali ganda jadinya.
Tutorial 1
Lingkarkan hujung perambut (fluorocarbon) dan pegang keduanya bersama.
Tutorial 2
Ambil tali utama (tali sulam) dan masukkan hujungnya melalui bawah lingkaran.
Tutorial 3
Panjang tali utama untuk dibuat lilitan sekurang-kurangnya 6 inci dan mulakan lilitan pada lingkaran tersebut.
Tutorial 4
Buat lilitan 7-10 kali.
Tutorial 5
Teruskan lilitan dengan melawan arah pula.
Tutorial 6
Lakukan lilitan dengan jumlah yang sama seperti lilitan tadi.
Tutorial 7
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran dari bahagian atas pula.
Tutorial 8
Pegang kedua-dua tali dan tarik sehingga ketat. Boleh basahkan lilitan untuk ikatan yang lebih kemas.
Tutorial 9
Ikatan Albright yang sudah boleh digunakan.
Tutorial 10
Sulamkan tali utama dengan mulakan dari bahagian atas dan tarik hingga ketat.
Tutorial 11
Selang seli pula dengan sulaman dari bahagian bawah.
Tutorial 12
Setelah terhasil sulaman sekitar 10 kali, matikan simpulan tersebut.
Tutorial 13
Potong lebihan tali utama dan tali perambut.
Tutorial 14
Sebaiknya juga bakar hujung tali untuk kemasan yang lebih baik.
Tutorial 15
Ikatan Improved Albright yang siap untuk diguna pakai.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...