Ikatan Gelung Paling Paduak

Share

 

Menggunakan umpan hidup seperti ikan tamban, selar atau sardin memerlukan satu jenis ikatan kail yang tidak membebankan ikan umpan untuk berenang. Banyak terdapat ikatan atau loop yang sesuai dan ini merupakan salah satu yang terbaik.

 

Tutorial 1

Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung perambut. Loop atau gelungan tidak perlu terlalu besar tetapi pastikan tidak menjerutnya.

 

 

Tutorial 2

Masukkan mata kail menerusi cincinnya ke perambut mendekati simpulan yang dihasilkan.

 

 

Tutorial 3

Masukkan hujung tali ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.

 

 

Tutorial 4

Lilitkan hujung perambut sebanyak 3-7 kali pada perambut utama.

Tutorial 5

Selitkan hujung perambut pada simpulan pertama yang dihasilkan tadi.

 

 

Tutorial 6

Basahkan simpulan perambut dan tarik hujung perambut dan mata kail sehingga ketat. Buang hujung perambut yang berlebihan dan simpulan telah siap untuk digunakan.

 

Published by
Amang