Kelebihan ikatan ini membolehkan gewang bergerak dengan lebih bebas dan meningkatkan lagi aksi persembahan gewang.
Step 1
Masukkan hujung tali melalui cincin gewang dan lepasi kira-kira sejengkal bagi memudahkan simpulan yang akan dihasilkan.
Step 2
Lingkarkan bahagian hujung tali yang melepasi cincin menindan bahagian tali utama hingga terbentuk bulatan seperti huruf O.
Step 3
Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tadi dengan melilit kedua-dua tali utama dan bahagian tali yang melepasi cincin seperti di dalam gambar.
Step 4
Lakukan lilitan sekurang-kurang 3 kali. Untuk hasil simpulan yang lebih kuat sebaiknya buat 5 lilitan.
Step 5
Perlahan-lahan tarik bahagian hujung tali dan pastikan simpulan tidak bertindih antara satu sama lain.
Step 6
Sebelum simpulan ditarik ketat, rapatkan dahulu simpulan ke cincin dan buat anggaran sebesar mana gelung yang anda ingin hasilkan.
Step 7
Pegang bahagian gelung di hadapan cincin dan jerut ikatan dengan kuat. Kemudian potong lebihan tali yang tidak diperlukan.