Boleh tak admin jelaskan lebih lanjut apa itu CANDAT UMPAN dan tunjukkan bagaimana cara penggunaannya?
JAWAPAN:
Sebagaimana foto yang di atas, inilah perkakasan terminal yang dinamakan sebagai candat umpan.
Candat umpan terdiri daripada dua bahagian utama sahaja iaitu batang dan pencangkuk yang kedua-duanya diperbuat daripada logam tahan karat.
Sebagaimana ia dinamakan candat umpan, maka candat umpan ini tidak boleh dimainkan tanpa menggunakan umpan.
Candat umpan dipasang dengan cara mencucuk ikan dari ekor hingga ke mulut. Bahagian hujung batang candat seumpama lidi basikal ini dicucuk pada mulut ikan atau boleh juga
dari bahagian ekor ikan sehingga ke hujung batang candat yang yang disambungkan dengan pencangkuk melengkung sebagai rupa mata kail tiga (treble hook).
Sementara umpan yang dicucuk pada candat umpat ini biasanya ikan-ikan yang boleh dibeli di pasar seperti ikan sardin, tamban atau pelata.
Udang laut bersaiz kasar juga boleh digunakan sebagai umpan. Malah ia lebih berkesan namun disebabkan harga dan mudah hancur dikerjakan sotong maka guna sajalah ikan-ikan pasar.
Candat umpan boleh dimainkan terus setelah dicangkukkan umpan. Namun jika arus agak laju, aplikasi tanduk dan batu ladung diperlukan.
Sekiranya tidak ingin menggunakan teknik tanduk, boleh juga diletakkan batu ladung secara terus pada candat.
Lazimnya pada bahagian di bawah cangkuk candat ada gelung cincin atau solid ring sebagai terminal penyambung.
Candat umpan tidak perlu dihenjut. Lepaskan sahaja candat berkenaan ke dasar laut dan cuba periksa sekali-sekala. Tarikan yang berat menunjukkan sotong telah terkena candat.
Jika terasa ringan, rendam semula candat di dasar laut. Jika masih tiada tarikan sotong, tarik candat ke atas dan periksa tanda-tanda gigitan sotong pada badan ikan.
Barang pancing yang telah digunakan sama ada di sungai atau laut, jangan dibiarkan begitu saja seperti melonggok baju dalam bakul. Sebaik-baiknya jangan tunggu lama, sampai sahaja di rumah, curi sedikit masa sewaktu dengan mencuci peralatan berkenaan.
Berikut langkah-langkah selenggara yang perlu dilakukan.
Bersih dan cuci
Tidak kira jika korang baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci joran dan kekili lain dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta. Sebaiknya juga elakkan dari menggunakan sabun pencuci.
Ketatkan drag kekili
Pastikan drag kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.
Minyak pelincir
Biarkan kekili seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ia telah kering, gunakan minyak pelincir kekili, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit. Elakkan dari menggunakan minyak gris.
Longgarkan drag
Longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.
Joran
Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang (handle) dan juga setiap cincin. Amat penting proses ini dilakukan selepas memancing di perairan air masin.
Pisah set pancing
Sebaiknya pisahkan kekili dari joran sekiranya anda tidak akan menggunakannya dalam tempoh yang lama. Jangan biarkan set tersebut tersandar pada dinding atau menggantungnya.
Gewang
Bagi kaki casting pula sebaiknya masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.
Anti karat
Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya.
Cara menyimpan
Sila simpan di tempat yang sesuai untuk semua alatan pancing anda. Sediakan satu sudut khas di dalam rumah anda dan kemas semua perkakasan memancing di dalam kotak.
Boleh tak admin bagi tip untuk pancing patin Mekong di kolam. Saya sudah berapa kali try tapi hanya dapat patin Chaophraya dengan Amazon redtail je.
Jawapan:
Nak pancing ikan kolam ni taklah susah sangat. Ada beberapa SOP yang perlu dilakukan. Pertama, kita kena apa ikan sasaran kita. Kedua, kena tahu spot ikan tersebut. Tanyalah otai atau kaunter tempat yang mana ada ikan Mekong. Ketiga, cara pancing. Sama ada main pelampung atau dasar, perambut ikat macam mana, saiz mata kail, apa saiz kekili, joran dan tali sesuai di kolam tersebut.
Seterusnya, umpan: Kalau mancing ikan redtail atau chaophraya, boleh guna isi ikan, daging, usus atau umpan berbabu. Tapi kalau manicng ikan patin Mekong atau karak, kita boleh pakai umpan macam dedak, palet atau roti dan campur perisa. Boleh main pelampung atau dasar. Kita baling umpan satu tempat tunggu ikan sendiri masuk makan umpan.
Akhir sekali kenalah sabar. Bila sudah baling umpan, tunggu selama 15 minit baru tukar umpan. Jangan nampak orang lain dapat ikan cepat paling tempat dia sebab kita umpan tak sama dan jenis ikan pun tak sama. Ikan mekong atau karak makan umpan sikit sikit slow.
Sedikit tip untuk setting mancing Mekong:
Joran 6 hingga 8 kaki panjang. Pe 1-3. Tali benang 40lb ke 50lb dan sambung FG knot perambut tangsi 60 ke 80. Saiz kekili 5000 ke 8000 spinning. Standby perambut spring dan batu ladung size 3 atau 4. Mata kail Chinu 10 ke 12. Perambut mata kail 80lb ke 100lb braided atau kevlar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...