Ikatan eight figure knot (8 knot) atau ikatan nombor 8 merupakan satu ikatan paling asas untuk menyambungkan tali kepada mata kail bercincin atau kili. Ia dinamakan 8 knot berikutan satu simpulan berupa nombor 8 akan terbentuk sebelum ia diketatkan. Jika simpulan nombor 8 tidak terhasil bermakna ikatan tersebut telah tersilap tutorialnya.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke dalam lubang cincin mata kail (tidak kisah dari arah depan atau belakang mata kerana ia tidak perlu buat ikatan pada teras mata kail).
Tutorial 2
Lakukan satu simpulan mati pada hujung tali yang memasuki lubang cincin.
Tutorial 3
Kuatkan simpulan mata itu sekuat yang mampu.
Tutorial 4
Potong lebihan tali merapati simpulan. Sebaiknya tidak terlalu rapat pada simpulan.
Tutorial 5
Bakar hujung tali tekan hujungnya agar terbentuk benjolan yang akan berfungsi sebagai stopper.
Tutorial 6
Pegang bahagian hujung tali dan buat lingkaran pada bahagian tali utama.
Tutorial 7
Buat satu lingkaran di bawah tali hingga terbentuk angka 8 kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran.
Tutorial 8
Tarik hujung tali dan kuatkan ikatan sehingga bahagian simpulan hujung tali mampat pada ikatan.