Apakah ikatan pertama yang perlu anda lakukan sebelum boleh memancing? Setuju atau tidak, ikatan penyambungan tali utama pada gelendung kekili atau spool knot adalah ikatan pertama yang perlu dilakukan.
Tali perlu dimasukkan ke kekili dan teknik ikatan yang paling mudah adalah dengan menggunakan teknik uni knot.
(*Bekas simpanan tali yang digunakan adalah contoh pengganti gelendung kekili)
Cara membuatnya:
Tutorial 1
Masukkan tali utama ke dalam spool sebanyak dua kali lilitan.
Tutorial 2
Tarik keluar hujung tali sekurang-kurangnya sejengkal untuk memudahkan kerja simpulan.
Tutorial 3
Lingkarkan hujung tali ke atas tali utama dan mulakan lilitan ke dalam lingkaran tersebut (sama sebagaimana anda melakukan ikatan uni)
Tutorial 4
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan tetapi tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ketulan simpulan yang besar di dalam spool.
Tutorial 5
Tarik hujung tali sehingga satu simpulan terbentuk pada tali.
Tutorial 6
Kemudian tarik tali utama (bukan hujung tali) sehingga simpulan itu merapati spool. Tarik dengan kuat sehingga lilitan kemas pada spool.
Tutorial 7
Seterusnya potong lebihan tali serapat yang mungkin pada simpulan ikatan.
Tutorial 8
Ikatan yang sudah siap… bolehlah mulakan proses menggulung tali ke dalam spool.