Buat seketika ikan sasaran jigging ringan terutamanya talang menjadi spesies ikan yang begitu popular. Maka ramailah pemancing berlumba-lumba memuat turun hasil jigging ringan di laman sosial seperti Facebook. Pendek kata, gambar ikan talang yang ditumpaskan pemancing bertaburan Facebook.
Begitu juga dengan pengusaha-pengusaha atau tekong-tekong yang menyediakan pakej memancing. Dalam masa yang singkat, pertambahan tekong jigging umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Trip jigging talang umpama pisang goreng panas. Secara tidak langsung ia meningkat dan merancakkan lagi industri memancing yang agak sepi dan statik.
Ads
Apabila pancingan jigging perlahan atau slow jigging mula menjadi teknik memancing paling digemari, buat seketika populariti spesies talang ini bertahan. Namun sedikit demi sedikit popularitinya merudum berikutan konsep utama jigging perlahan itu sendiri adalah mensasarkan spesies ikan demersal seperti jenahak, kerapu, merah dan ibu gelama yang sebelum ini hanya berjaya dijinakkan melalui teknik pancingan konvensional iaitu pancingan dasar menggunakan umpan alami.
Dalam masa singkat, terutamanya apabila teknik pancingan jigging perlahan menjadi fenomena dalam sukan memancing tanah air, talang tidak lagi menjadi spesies sasaran utama. Khususnya dalam teknik pancingan jigging perlahan ini.
Ads
Sebaliknya spesies demersal seperti jenahak dan kerapu pula yang menjadi trophi bagi setiap trip memancing (jigging). Dalam masa yang sama, trip pancingan light jigging turut berganti kepada trip slow jigging. Atau dalam erti kata lainnya, hampir tiada lagi trip memancing talang melainkan nama jenahak dan kerapu sahaja yang menjadi judul sesuatu trip.
Ads
Kemuncaknya, status populariti talang jatuh ke tahap paling bawah apabila ia seperti tidak diiktiraf sebagai hasil tangkapan dalam sesuatu trip jigging perlahan. Untuk bergambar dengan talang sekalipun ada pemancing yang tidak sudi. Bahkan trip itu dianggap gagal sekiranya hanya talang yang berjaya dibawa pulang.
Namun, mutakhir ini tatkala spesies pujaan seperti makin culas untuk membaham jig keramat dan khuatir trip berakhir dengan kegagalan mutlak, jauh di sudut hati kembali berharap agar spesies talang yang dipinggirkan ini sudi memberikan sedikit hiburan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dikatakan juga, sengat ikan yang paling kuat bisanya ialah ketika air gerak pasang. Jika terkena sengat pada waktu ini bisanya seperti berganda kuatnya. Ia mungkin disebabkan ketika air bergerak pasang ini adalah waktu ikan asgresif mencari makanan. Jadi, berhati-hatilah ketika memancing ikan bersengat pada waktu ini.
Ais
Buang atau cabut sengat (sekiranya masih tercucuk pada anggota tubuh). Kemudian picit atau tekan kawasan yang terkena sengat supaya bisanya keluar bersama darah. Selepas itu ambil ais dan tuam pada tempat yang terkena sengat. Tuam sehingga tempat tersebut terasa kebas atau hilang rasa denyutannya. Cara ini bolehlah dikatakan paling mudah untuk dilakukan.
Biji Asam Jawa
Jika bercadang untuk memancing ikan bersengat seperti sembilang atau baung, sebaiknya bawalah biji asam jawab beberapa biji di dalam bekas pancing. Caranya ialah, hancurkan biji asam tersebut tempelkan pada bahagian badan yang terkena sengat.
Daun Jemuju
Penawar ini hanya mujarab sekiranya kita mengenali pokoknya. Rasanya ramai yang tidak mengenali pokok herba ini. Caranya ialah dengan mengunyah pucuk daun jemuju dan tekap atau tempel pada tempat yang terkena sengat (jangan telan air kunyahan daun ini kerana rasanya sangat pahit).
Air Kencing
Petua yang paling mudah untuk dilakukan kerana semua orang memilikinya. Caranya ialah dengan menjirus air kencing pada tempat yang terkena sengat. Jika tak mampu untuk mengeluarkan air kencing sendiri, boleh saja guna air kencing rakan. Dikatakan, air kencing seorang kaki kencing amat mujarab merawat bisa.
Dakwat Sotong
Sesetengah bisa seperti sengat ikan kitang dikatakan boleh ditawarkan dengan melumur dakwat sotong dan dibiarkan sampai kering. Dakwat sotong saja tau. Dakwat pen rasanya tak boleh digunakan. Cuma nak dapatkan dakwat sotong ni kenalah memancing sotong dulu.
Cuka Makan
Jirus cuka makan pada tempat yang terkena sengat. Dikatakan asid cuka dapat meneutralkan bisa sengat tersebut. Cara terbaik ialah kita membawa cuka makanan di dalam botol kecil ke mana saja trip memancing yang kita pergi.
Kebanyakan ikan tropika yang dijual di Amerika datangnya daripada Afrika, Asia dan Amerika Selatan.
Ikan mempunyai deria yang sangat baik termasuk deria penglihatan, sentuhan, rasa dan sesetengah ikan juga mempunyai deria bau dan deria dengar yang cukup baik.
Paus biru merupakan mamalia berdarah panas yang bernafas dengan paru-paru. Panjangnya boleh mencapai 33 meter dengan berat 190 tan. Ia dipercayai haiwan terbesar yang pernah ada di dunia.
Suara bersin paus biru boleh didengari sehingga 161 km jauhnya. Malah ia boleh mengeluarkan bunyi secara berterusan hingga 30 minit lamanya. Ia menggunakan suaranya untuk berburu dalam gelap di kedalaman dasar laut.
Bunyi yang dikeluarkan oleh ikan hering berasal dari pancaran gas dari duburnya. Selain komunikasi antara ikan hering dengan yang lain, suara pancaran gas digunakan untuk menakutkan pemangsa.
Ikan koi mampu berumur panjang sehingga 200 tahun.
Ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai pembantu peronda Angkatan Laut Amerika Syarikat sejak tahun 1960-an. Ikan ini menggunakan sonar biologi mereka untuk mencari objek tertentu.
Ikan yu Harimau (Tiger Shark) dianggap binatang paling rakus. Ia memakan apa sahaja di sekelilingnya. Kajian pernah mendapati terdapat kasut, pinggan, hingga pecahan kelengkapan perang. Di dalam perut induknya, mereka saling melahap antara satu sama lain.
Arapaima gigas, merupakan ikan air tawar terbesar di dunia. Ia boleh hidup sehingga 100 tahun dan banyak terdapat di Sungai Amazon.
Walaupun ganas, Ikan piranha, biasanya menjadi makanan buaya Amazon dan juga burung bangau, terutama pada musim kemarau kerana banyak ikan ini akan terperangkap di lumpur.
Dalam sesi memancing jenggo, umpan dan faktor air sungai sangat memainkan peranan yang penting. Umpan yang biasa kami gunakan di sini seperti cacing, bangkutut (anak
udang), punpun nipah dan jantung ayam. Saya rasa umpan ini juga biasa digunakan di Malaysia.
Sebagai pemancing apatah lagi sebagai seorang tekong, mestilah pandai meliat keadaan air dan menjangka suhu air dan mencari lubuk-lubuk yang berpotensi. Suhu air yang agak sejuk ataupun perjalanan air yang agak laju sukar untuk mencari sepit biru atau jenggo.
Lubuk yang agak dalam dan mempunyai putaran air agak berpotensi disini. Ia sering menjadi lubuk yang sering dikunjungi oleh kami para pemburu jenggo. Harus difahami juga bahawa udang bergerak dalam kumpulan dan jangan berpindah agak telalu jauh.
Keadaan air yang bergerak surut agak mudah untuk mendapatkn sepit biru atau jenggo dan air bergerak naik pasang sukar untuk mencari kerana ia lebih suka bersembunyi dan pemancing perlulah memburu di bawah kayu atau akar-akar nipah.
Saiz Mata kail yang biasa kami gunakan adalah no. 4, 5, 6 dan halus agar tidak selalu lucut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...