Hampir 800 peserta dari seluruh negara berkampung di Pantai Bagan Lalang, Sepang, bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM30,000 sempena Pesta Bagan Lalang@Sepang 2017.

Ikan malong seberat 0.790 kg yang didaratkan oleh Johari Nazri, telah menobatkan dirinya sebagai juara pertandingan memancing tersebut dan membawa pulang hadiah RM20,000 pada jam 7.56 pagi. Manakala di tempat kedua Herman Abdullah yang membawa pulang RM5,000 turut menaikkan ikan malong seberat 0.505 kg pada jam 11.35 pagi dan tempat ketiga pula disandang oleh Mohd Zawawi Zakaria membawa pulang RM1,000 yang turut berjaya menaikkan ikan malong seberat 0.430 kg pada jam 8.00 pagi.

Ikan Malong Juara Pesta Bagan Lalang
Suasana pada hari pertandingan

Detik siren pertandingan dibunyikan jam 7.30 pagi peserta seakan sudah bersedia untuk menguji joran panjang masing-masing pada kedudukan air pasang seawalnya dua jam setengah dan selepas itu bermulanya cabaran sebenar para peserta yang turun ke pantai ekoran air mulai surut.

IKLAN

Malah pelbagai bangsa dan umur disatukan dalam suasana yang harmoni dalam pertandingan memancing yang berlangsung selama empat jam setengah. Antara spesies yang berjaya dinaikkan oleh para peserta terdiri daripada ikan malong, sembilang, gelama, usat dan Senangin.

IKLAN

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Puasa Md. Taib berkata, beliau kagum para pemancing seluruh negara menjadikan pertandingan pantai Bagan Lalang yang julung kalinya diadakan sempena Pesta Bagan Lalang@Sepang selama dua hari.

IKLAN

“Sambutan kaki-kaki pancing seluruh negara amat baik. Ada dari Labuan, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.”

Beliau berpuas hati dan berharap pertandingan memancing ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan menjadi salah satu produk program pelancongan di bawah MPSepang.

Ikan Malong Juara Pesta Bagan Lalang
Hadiah disampaikan oleh Datuk Puasa Md. Taib dan Pengurus Acara & Tajaan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Muhamad Fauzi Ahmad kepada para pemenang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI