226 tahun, itulah usia dan jangka hayat kehidupan bagi Hanako, yang juga merupakan spesies ikan koi yang hidup paling lama pernah direkodkan.
Hanako yang bermaksud “flower girl” merupakan seekor ikan koi betina yang cantik dengan sisik berwarna scarlet (merah dengan kilauan oren) dari Jepun.
Hanako mati pada 7 Julai 1977 setelah hidup dalam usia yang begitu panjang iaitu selama 226 tahun.
Spesies ikan koi ini dilahirkan pada tahun pertama Horeki, di tengah era shogun iaitu Tokugawa Era.
Ads
Pada 25 May 1966, Dr. Komer Koshihara yang merupakan pemilik si Hanako telah membuat hebahan media ke seluruh tanah Jepun menerusi stesen radio Nippon Hoso Kyokai berkenaan usia ikan koi yang cantik ini.
Ketika itu, usia Hanako ialah 225 tahun dengan berat 7.5 kg dan panjangnya 70 cm.
Ads
Dia juga menjelaskan Hanako merupakan ikan yang diwariskan dalam keluarganya sejak turun temurun.
Usia Hanako disahkan oleh Professor Masayoshi Hiro setelah membuat analisis garisan sisik Hanako di dalam makmal selama 2 bulan.
Ads
Biarpun ikan koi dikenali dengan usia yang panjang, namun untuk mencapai usia melebihi 2 abad ialah sesuatu yang menakjubkan.
Tak hairanlah spesies ini cukup dihormati oleh masyarakat Jepun. Apa yang menakjubkan selain cerita di atas ialah, usia Hanako lebih tua berbanding usia Amerika Syarikat, lahir 5 tahun sebelum genius muzik klasik iaitu Mozart lahir, hidup dalam zaman Napoleon, Elvis Presley dan The Beatles!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini.
Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia.
Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962
oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapak biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia.
Tidak seperti tapak biasa yang populasinya bertabran di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Istilah billfish (ikan berparuh) merujuk kepada sekelompok ikan predator yang berparuh atau muncung panjang dan skala badan yang besar, di mana sesetengahnya sepanjang 4 meter.
Ikan berparuh termasuklah ikan layar dan mersuji, yang membentuk famili Istiophoridae, dan ikan pedang, satu-satunya anggota keluarga Xiphiidae.
Ikan-ikan besar ini dicirikan oleh rahang atas panjang, jauh di luar rahang bawah menjadi rostrum panjang yang datar dan seperti pedang (swordfish) atau bulat dan seperti tombak (sailfish, spearfish, dan marlin).
Mereka adalah predator puncak yang memakan berbagai macam ikan kecil, krustasea, dan sotong. Kedua keluarga ini kadang-kadang diklasifikasikan sebagai milik order Istiophoriformes.
Namun, mereka juga diklasifikasikan sebagai terkait erat dengan makarel dan tuna dalam suborder Scombridei, ordo Perciformes.
Billfish bersifat pelagik dan aktif bermigrasi. Mereka ditemukan di semua lautan, meskipun mereka biasanya menghuni perairan tropika dan subtropika; ikan pedang juga ditemukan di perairan suhu sederhana.
Sailfish / layaran
Billfish menggunakan tombak panjang atau paruh atas seperti pedang untuk menebas dan mengejutkan mangsa ketika memburu.
Senjatanya itu juga dapat digunakan untuk menombak mangsa, dan telah diberitakan menombak kapal (mungkin tidak sengaja), tetapi mereka biasanya tidak digunakan dengan cara itu. Mereka sangat dihargai sebagai ikan sukan oleh pemancing sukan.
Billfish adalah predator besar dan pantas yang menghabiskan sebahagian besar waktunya di zon epipelagis di lautan terbuka. Beberapa spesies billfish juga berburu ikan demersal di dasar laut, sementara yang lain turun secara periodik ke kedalaman mesopelagik.
Mersuji / marlin
Mereka mungkin datang lebih dekat ke pantai ketika mereka bertelur pada musim panas. Telur dan larva mereka pelagik, iaitu mereka mengapung bebas di kolum air. Kebanyakannya mampu membesar sepanjang 3 meter, dan marlin biru dapat membesar hingga 5 meter (16 kaki). Ikan betina biasanya lebih besar dari jantan.
Seperti scombroids (tuna, bonito, dan mackerel), billfish memiliki kemampuan untuk bermigrasi dari jarak jauh, secara efisien berlayar dengan kecepatan perlahan, dan kemampuan untuk menghasilkan ledakan kecepatan yang pantas.
Kepantasan ledakan ini sangat mengagumkan, dan ikan layaran Indo-Pasifik telah tercatat menghasilkan kepantasan 110 km/jam).
Swordfish / ikan pedang
Beberapa billfish juga turun ke kedalaman mesopelagic yang cukup dalam. Mereka memiliki pundi renang yang canggih yang memungkinkan mereka dengan cepat mengolah perubahan tekanan saat kedalaman berubah.
Ketika mereka berenang dalam, mereka dapat kembali dengan cepat ke permukaan tanpa masalah. Seperti tuna besar, beberapa billfish mempertahankan suhu tubuhnya beberapa darjah di atas suhu air sekitar; suhu tubuh yang meningkat ini meningkatkan keupayaan otot-otot renang, terutama selama perjalanan ke air sejuk di bawah termoklin.
Ikan senangin dan kurau berasal dari satu keluarga yang sama tetapi berlainan spesies. Ianya berbeza dari segi saiz walaupun ramai yang menyatakannya berasal dari spesies yang sama.
Warna ikan-ikan ini berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain kerana faktor kualiti air seperti soal kedalaman air dan struktur habitat. Rasanya juga berbeza mengikut jarak dari sungai ke muara.
Trivia Menarik Tertarik
Senangin adalah spesis yang paling kecil dalam keluarga “Salmon Threadfin” dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Semasa kecil hidup di dalam sungai yang berair payau dan apabila membesar akan berhijrah ke muara. Di Muara Senangin banyak di dapati di kawasan yang berlumpur dan mempunyaai dasar yang mempunyaai longokan kayu atau tempat yang ia dapat berlindung.
Masalah yang sering timbul kepada ikan ini sehingga ia tidak menjadi sepopular keluarganya yang lain ialah keadaan habitatnya yang bermula dari sungai. Di sinilah punca kenapa ikan ini semakin kurang dikenali kerana kebanyakan habitatnya telah punah akibat dari kes meracun, ambai dan sisa buangan toksik dari kilang sebelum ia sempat membesar dan berhijrah ke laut.
Di Australia, senangin dan kurau banyak dipancing sehingga ianya menjadi amat popular sebagai satu sukan memancing.
Senangin boleh dipancing dengan menggunakan umpan perumpun, anak-anak ikan ataupun udang.
Di Sarawak ikan Senangin juga dipanggil dengan nama ikan bulu.
Di Johor, ikan ini juga dipanggill dengan nama senangin janggut terutamanya pada mereka yang tinggal di pertengahan antara sungai dan muara.
Mempunyai sirip yang paling panjang di antara keluarganya.
Saiz badan yang paling kecil dalam keluarga “Threadfin Salmon” tetapi memiliki sirip Janggut yang paling panjang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...