Kalau korang suka makan ikan haruan, maka adalah satu kemestian korang melakukan perkara yang sama sekiranya korang dapat ikan bujuk. Malah, ikan bujuk sebenarnya lebih sedap isinya berbanding haruan. Nak-nak lagi kalau dibuat masak stim. Perghhhh… padu!
Bahan-Bahan Keperluan:
Seekor ikan bujuk anggaran 300gm-500gm
20gm daun ketumbar
20gm halia muda (dihiris halus)
15gm bawang merah (dihiris)
15gm bawang putih (dihiris)
Ads
10gm cili padi (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
20ml air limau nipis
3 helai daun limau purut
15gm daun bawang
Ads
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
Ikan bujuk diletakkan di dalam bekas kukus bersama semua bahan-bahan yang disenaraikan di atas.
Ads
Tuangkan air limau nipis dan garam secukup rasa.
Kukus sehingga masak dan angkat.
Sedia dihidangkan.
Kalau nak lagi sedap jangan dikukus terlalu lama. Memadai ia secukup masak saja.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Daging udang kara mengandungi asid lemak omega 3 dalam jumlah yang tinggi. Asid lemak omega-3 penting untuk mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. Telah terbukti bahawa orang-orang yang berisiko tinggi terhadap gangguan jantung, mendapat manfaat dari udang kara karena kandungan omega-3 di dalamnya.
Ia membantu menurunkan berat badan. Udang kara memiliki kandungan protein yang lebih banyak daripada produk haiwan lain seperti ayam dan lembu.
Selain itu, kandungan kalori dan kolesterol pada udang kara pun lebih rendah jika dibandingkan dengan ayam atau lembu. Protein yang tinggi ini dapat membantu pembentukan tenaga, pemantapan gula dalam darah, dan menurunkan berat badan dengan diet rendah kalori.
Daging udang kara mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat tinggi. Asid lemak omega-3 itu dapat mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung.
Orang yang berisiko tinggi terkena penyakit jantung, disarankan untuk mengganti produk haiwan lainnya dengan udang kara.
Kandungan gizi udang kara yang lengkap seperti vitamin B12, kalium, selenium, natrium, fosfor, asid lemak omega-3, dan protein ini membuatnya menjadi sumber makanan yang kaya akan nutrisi.
Tak ada salahnya jika anda sesekali menghidangkan udang kara sebagai hidangan keluarga untuk mencukupi keperluan gizi anda sekeluarga.
Pengambilan daging udang kara sama halnya dengan pengambilan multi vitamin tablet atau suplemen kesehatan kerana dalam daging udang kara mengandungi vitamin, kalium, vitamin B12 dan elenium.
Semua itu sangat penting bagi kesihatan. Kandunganan gizi di dalam udang kara dapat meningkatkan vitaliti, libido menjadi lebih kuat dan tahan lama serta meningkatkan stamina.
“Trip memancing yang paling tidak dapat saya lupakan pastinya ialah trip slow jigging di perairan zeezone Muar bersama bot Tiger 55 dengan tekong yang bernama Cikgu Tuah.
Kami bergerak keluar dari jeti sekitar jam 7.30 pagi. Apabila sampai di spot pertama, sebuah spot lubang luas dan berpotensi tinggi, saya dan rakan-rakan satu trip yang lain tidak berlengah lagi menurunkan jig.
Lebih kurang lima minit kami melakukan aksi jigging perlahan dengan gaya masing-masing memujuk mangsa di lantai lautan, tiba-tiba jig saya disentap begitu kuat.
Setelah bertarung kira-kira 15 minit, saya berjaya mendaratkan seekor ikan kerapu seberat 4.8 kilogram.
Setelah itu tekong beralih bot ke sport yang lain pula. Lebih kurang satu jam selepas itu kami berada di spot yang mana di dasarnya ada bangkai kapal karam.
Sedang saya seronok memujuk mangsa yg berada di bawah, tiba-tiba jig saya seperti tersangkut pada sesuatu kemungkinan pada badan kapal karam itu.
Pada masa yang sama angin dan alun ombak terlalu kuat dan saya tak dapat nak mengawal kedudukan saya lalu berlakulah perkara yang tak diingini.
Set pancing saya anggaran bernilai RM4,000 jatuh ke laut. Saya dan kawan-kawan cuba nak menyelamatkan set pancing itu tapi kami gagal disebabkan ombak dan angin yang begitu kuat.
set pancing yang jatuh ke laut
Selepas itu saya berasa amat sedih dengan kehilangan set pancing yang saya sayangi dan saya terus terduduk. Sampai la habis trip pada petang itu saya tidak dapat memancing disebabkan itu sahaja la set pancing yang saya ada.”
– Azman shah
Ladung melantun
“Buat masa ni kemalangan paling teruk pernah kena masa memancing ketika sembat kuat melantun ke belakang batu ladung saiz 6 singgah ke mata member yang duduk kat belakang. Toleh-toleh dah berteriak sakit.
Apalagi start motor hantar klinik la. 3 hari bengkak sebelah mata. Hahaha… sorry la tak sengaja beb!”
– Fakhrul Tahir
Kena mata buta!
“Aku sampai hari ni mata kanan kabur. Puncanya kail sangkut kat batu, tarik punya tarik batu ladung singgah dalam mata.
Nasib tak kena mata hitam, kalau tak doktor cakap confirm buta. Seminggu kat hospital. Kenangan seumur hidup. Cacat kekal… haha.”
“Kisah baru lagi masa pergi memancing kat laut. Kes nak buka mata kail kat mulut anak sembilang. Malang tak berbau kena sengat pulak dengan anak sembilang.
Sakit dia lagi teruk daripada kena sengat ikan keli. Kena pulak sengat anak sembilang tu patah dalam tangan.
Malam tu terus pergi klinik nak buang sengat ikan tu doktor cakap tak jumpa sengat tu. Sudahnya sengat ikan sembilang tu dah sebati dalam tangan sampai la sekarang ni.”
– Azam Yaakub
Rod hanyut
“Aku pernah kena time casting. Tengah syok casting sekali tercampak rod dalam sungai. Nak selamatkan dah tak sempat.
Arus masa tu laju sangat. Hanya mampu melihat rod tenggelam dibawa arus.”
– Muhammad Taqdir
Mata kail tercucuk
“Pernah kena. Masa tu casting haruan. Dah dapat ikan pegang kepala ikan menggelupur pulak. Tengok-tengok mata kail kena jari. Lepas tu tak tau nak buat macam mana. Terus cabut macam tu je… terkeluar isi wooo!”
– Khairul Nizam
Patah kaki
“Kemalangan kereta masa nak pergi pertandingan memancing Cyberjaya. Patah peha, buku lali kiri kanan, lidah hampir putus, tulang sendi tangan beralih. Duduk hospital Putrajaya tiga minggu. Tersadai kat kampung 3 bulan atas wheelchair.”
– Higo Garcia mp
Ladung hentak kepala
“Pernah masa kecil dulu. Pergi memancing dengan ayah dan keluarga. Masa ayah nak baling umpan, adik pergi belakang ayah.
Aku terus lari tarik adik aku, tapi aku yang kena. Ladung hentak kepala, kail sangkut kat bibir. Dah la kat kail masih ada perumpun. Huhuhu.”
“Adik ipar teman tengah karau pancing naik,masa nak baling semula tersangkut pulak. balik dia tersangkut. Bukan tersangkut pada pokok tapi pada telinga sendiri daaa.
Doktor pun pening fikir macam mana nak keluarkan kail tu daripada telinganya.”
– Rizal Jaka
Batu ladung lagi
“Masa memancing kat sungai. Perambut tersangkut, tarik kuat-kuat batu ladung saiz 5 hinggap kat dahi. Masa tu rasa macam nak pitam. Dahi rasa macam ada air mengali.
Rasa dengan tangan…dah berkicap! Bak kata orang tua-tua dah jadi adat memancing… salam perkenalan.”
– Adam Ikwan
Terpacak
“Memancing kat kolam. Tarik punya tarik sangkut pulak. Biasa la bila sangkut guna kaedah ambil kain balut kat tangan tarik.
Sekali tercabut batu ladung yang panjang terpacak kat dahi member…hospital jawabnya. Hati-hati bila memancing.”
– Cp Otai
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Ikan gred A macam jenahak dibuat masak apa pun sedap! Nak-nak lagi kalau dibuat kari ala utara. Tak payah buat satu ekor, ambil bahagian kepala saja pun dah padu. Peghhh… habaq pun tak guna aih dia punya mari! Berminyak muncung dibuatnya.
Bahan-Bahan:
1 Ketul kepala ikan jenahak dibelah dua
6 Sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan secawan air)
4 Ulas bawang merah (ditumbuk)
3 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 Tangkai daun kari
1 Sudu teh halba campur
4 Sudu besar air asam jawa pekat
700 ml santan pekat
Kacang bendi
Minyak masak untuk menumis
Garam, gula, serbuk perisa
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang yang ditumbuk dan halba campur sampai kekuningan.
Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumiskan sehingga naik minyak.
Masukkan santan dan kacau rata. Kemudian baru masukkan kepala ikan.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
Sebelum ia mendidih, masukkan pula kacang bendi atau tomato jika suka.
Biarkan ia mendidih dan kacau sekali-sekali agak santan tidak pecah minyak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...