Scaly whipray atau ikan ketuka mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan ikan pari. Namun saiz ikan ketuka lebih kecil tetapi lebih berbisa sengatnya.

Ikan ketuka juga mempunyai sengatnya di sebalik ekornya seperti pari. Sengat ikan ini mampu mendatangkan kecederaan yang teruk jika tidak dirawat.

Ikan Air Masin Yang Bisa Menyengat  – part 1/2!!

 

Lined Surgeonfish atau debam jalur merupakan ikan yang bersifat kewilayahan dan menghuni kawasan berbatu karang. Spesies ini biasanya berassa dalam kumpulan yang banyak.

Debam jalur juga merupakan spesies yang sentiasa berenang dan sering dijadikan sebagai ikan hiasan. Pada bahagian kaudal atau ekornya, terdapat duri yang agak berbisa dan mampu mendatangkan kecederaan jika terkena pada anggota badan.

 

 

Needlescaled queenfish atau Ikan talang lampai dewasa biasanya berlegar di permukaan air dalam kawanan kecil. Ikan ini akan memburu ikan kecil sebagai makanannya.

Terdapat duri pada sirip dorsal dan sirip analnya yang sesetengahnya mempunyai toksin yang berbisa.

 

 

IKLAN

Threespot squirrelfish atau ikan sebekah karang, juga disebut lolong bara hidup di kawasan yang kaya dengan terumbu karang sehingga kepada kedalaman sedalam 40 meter.

Selalunya spesies ini bersembunyi di kawasan berbatu dan terlindung. Spesies ini biasanya menjadikan waktu malam sebagai masa memburu makanannya seperti udang dan ketam bentik.

Pada bahagian operkulumnya, terdapat duri yang berbisa dan mampu mencederakan jika terkena sengatannya.

Ikan Air Masin Yang Bisa Menyengat  – part 1/2!!

 

Long-tail Tripod fish atau ikan lembu (sesetengah tempat memanggilnya ikan helikopter) mampu membesar panjang sehingga 15cm sahaja.

Objek seperti tanduk di atas kepalanya (mungkin dapat nama sempena tanduk lembu) ini merupakan senjata utama ikan ini mempertahankan diri. Tidak pasti sama ada ia berbisa atau tidak tetapi tetap menyakitkan juga kalau terkena.

 

IKLAN

 

Gray eel-catfish atau ikan sembilang terkenal bagi kebanyakan kaki pancing yang gemar memancing pesisir pantai. Bentuknya badannya tidak bersisik dan licin.

Selain itu, ikan sembilang juga mempunyai rasa yang agak sedap. Ketika mengendalikan spesies ini, kita perlu berhati-hati dengan sengat atau duri pada bahagian dorsal dan juga sepasang duri pektoralnya.

Sengatan sembilang agak berbisa dan mampu mendatangkan rasa berdenyut dan sakit berterusan jika tidak dirawat segera.

Ikan Air Masin Yang Bisa Menyengat  – part 1/2!!

 

Striped eel catfish atau Usat, sembilang karang juga mendiami kawasan yang mempunyai karang. Warna badannya berbeza berbanding sembilang biasa. Ikan sembilang karang mempunyai warna yang lebih cerah dan mempunyai jalur pada badannya.

Seperti ikan sembilang, ikan sembilang karang juga mempunyai duri yang berbisa dan mendatangkan kesan buruk jika disengat.

IKLAN

Ikan Air Masin Yang Bisa Menyengat  – part 1/2!!

 

Dengan nama umumnya sea catfish atau ikan duri ialah spesies daripada genus Arius ini merupakan antara spesies yang sering dinaikkan. Ikan duri mempunyai tiga duri yang tajam dan keras.

Duri yang digunakan untuk mempertahankan dirinya ini terletak pada sepasang sirip pektoralnya serta sebatang duri yang mampu menegak pada bahagian sirip dorsal di atas badannya.

Ikan Air Masin Yang Bisa Menyengat  – part 1/2!!

 

Grunting toadfish atau gedema (biasa dipanggil kerapu singa), biasanya menghuni kawasan dasar berhampiran pesisir pantai yang berlumpur dan berpasir. Kerapu singa ini mempunyai duri-duri kecil terutama pada sebahagian besar kawasan operkulumnya.

Duri-duri kecil ini berbisa jika tertusuk dan mampu mendatangkan kesakitan jika tidak mendapat rawatan segera.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI