Idola – Pemancing OKU Bina Rumah Rakit

Share

 

Nama penuh: Zulkifflee bin Hj Hussin

Nama sosmed: Zulkifflee Hussin

USIA: 54 Tahun

 

UMPAN: Ceritakan sedikit sejak bilakah anda berkerusi roda?

ZULKIFFLEE: Pada 2007 saya mula mengalami lumpuh fizikal selepas terjatuh dari atas bumbung ketika sedang baiki atap.

Pada 2 tahun pertama, saya merasakan kehidupan bagai tidak berguna kerana selama 44 tahun aktif tiba-tiba mendadak menjadi cacat lumpuh.

Namun atas sokongan dari isteri yang amat prihatin sedikit demi sedikit merasai bersemangat demi melihat anak-anak membesar. Hidup harus diteruskan.

 

 

UMPAN: Sejak bila dan bagaimana boleh terlibat dengan memancing?

ZULKIFFLEE: Seawal remaja minat begitu mendalam terhadap dunia pancingan. Waktu itu saya sering menemani abg ipar yang banyak ilmu nelayan.

Selepas berkahwin minat diteruskan, sanggup membeli bot fiber dan enjin 8hp. Pelbagai aktiviti dibuat seperti menjala, memukat, merawai, menekut, membento, memancing dan apa saja ilmu yang diperole dari arwah abang ipar, saya praktikkan.

 

 

UMPAN: Ceritakan RINTANGAN yang dihadapi dan HARAPAN dalam meneruskan hobi ini?

ZULKIFFLEE: Setelah menjadi cacat, saya rasa minat saya terhadap dunia pancingan makin mendalam. Terasa sangat tanpa kudrat berjalan usaha saya hanya sia-sia.

Tetapi semangat saya mengatasi kudrat. Saya mulai dengan menguatkan fizikal memasuki fizioterapi.

 

Bermula dengan menulis pengalaman diri dan ilmu yang diperoleh dari arwah abang ipar, saya bukukan di dalam blog. Memberi dan berkongsi ilmu kepada kaki pancing.

Mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga, saya memulakan perniagaan sarapan pagi dengan menjual roti canai.

 

Walaupun cacat saya sedaya upaya bersaing meniaga dengan orang normal. Namun bukan semua impian sukses.

Dengan berbekalkan minat pada dunia memancing, saya cuba mencari jalan merealisasikan minat saya.

Awalnya saya memohon permit rakit ternakan ikan sangkar, tapi dalam setahun hasil mengecewakan di mana musuh seperti memerang sukar diatasi. Akhirnya saya menukar permit penternakan kupang.

 

Dan sepanjang sangkar kupang beroperasi spesies ikan makin banyak menghuni rakit saya. Kepuasan memancing ikan di lokasi rakit saya benar-benar hebat.

Maka dengan sedikit duit simpanan (EPF), saya membesarkan rakit saya dan atas nasihat pegawai perikanan, ia menjadi pendapatan sampingan dengan memberi sewa kepada orang awam untuk memancing tidak salah bagi lesen rakit.

 

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?

ZULKIFFLEE: Saya rasa beruntung mempunyai anak dan isteri yang memahami akan minat saya terhadap dunia pancing, sehingga mereka sentiasa memberi sokongan dari segi bantuan tenaga atau perangsang untuk meneruskan usaha.

Anak saya lepasan diploma sanggup berhenti kerja, semata-mata ingin meneruskan perniagaan rakit saya.

 

Seawal tahun 2010 saya lihat diri saya mampu keluar dari dunia terasing sebagai OKU dengan menghindarkan perasaan malu, bercampur dengan komuniti.

2010 saya tubuhkan persatuan sokongan OKU Johor yang memberi tunjuk ajar, bimbingan, bantuan kepada rakan senasib. Menjadi ikon kepada golongan OKU.

Setiap tahun dari 2012, 2013, 2013, 2014 ,2015, 2016 dan 2017 saya sering mendapat anugerah dari pelbagai agensi berupa ANUGERAH OKU.

 

 

UMPAN: Perkenalkan produk yang anda hasilkan dan bagaimana anda boleh terfikir untuk menghasilkannya?

ZULKIFFLEE: RAKIT MUARA adalah produk saya. Bagi pemancing pantai atau sungai, muara atau kuala sungai merupakan lubuk bagi beberapa spesies ikan, maka terciptalah rakit muara untuk jenama product saya.

Semoga dengan sedikit penerangan saya, ia menjadi inspirasi pada org lain untuk berkecimpung dalam perniagaan rumah rakit untuk memancing.

 

baca juga Idola – Guru Siakap Kong Kong

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang