Idola – Pemancing OKU Berjiwa Caster Kental

Share

 

Nama penuh: Mohd Hasmizam bin Harun

Nama FB: Ambe Anok Wek Je

Usia: 35 tahun

 

Kerjaya Zam sebelum lumpuh. Kini lebih banyak melakukan kerja-kerja ringan di dalam bengkel

 

UMPAN: Sejak bila dan bagaimana boleh terlibat dengan memancing?

ZAM: Saya berasal dari keluarga nelayan. Sebagai anak nelayan sememangnya tidak akan lari dengan dunia hanyir. Cepat atau lambat akan jadi pemancing juga.

Sebelum jatuh sakit, saya pernah dan biasa ikut arwah ayah saya turun kelaut. Selepas jatuh sakit, selama setahun terlantar atas katil.

Selepas itu barulah saya kembali memancing atas sokongan dan bantuan dari kawan-kawan.

 

 

UMPAN – Ceritakan sedikit sejak bilakah anda berkerusi roda?

ZAM: Saya terlantar selama setahun akibat penyakit saraf dan disahkan lumpuh pada tanggal 11-8-2011. Sejak dari itulah saya mula berkerusi roda.

 

UMPAN: Berapa lama masa yang anda ambil untuk kembali memancing setelah lumpuh?

ZAM: Hampir setahun juga lamanya. Pada awalnya saya cuma casting haruan berdekatan dengan rumah. Kemudian barulah saya berjinak-jinak dengan pancingan kolam.

Setelah dapat ramai kenalan di FB, saya berani diri untuk join mereka layan heavy cover. Masuk ladang kelapa sawit dan redah paya belukar dengan berkerusi roda.

 

 

UMPAN: Saya diberitakan anda juga seorang lure maker? Perkenalkan produk yang anda hasil dan bagaimana anda boleh terfikir untuk menghasilkannya?

ZAM: Iya. Saya ada membuat lure… saya namakan Anok Wek Jer. Saya belajar buat lure seperti jumpfrog dan slashbait melalui kawan-kawan.

Tapi saya buat untuk suka-suka. Jikalau kawan minta tolong buat barulah saya buatkan. Saya tidak jadikannya sebagai sumber pendapatan kerana saya masih lagi ada pekerjaan tetap.

 

 

UMPAN: Sejak bila anda menghasilkan lure ini?

ZAM: Saya tak berapa ingat sangat. Tapi selepas saya lumpuh. Rasanya ketika saya mula berminat dengan casting haruan pada tahun 2013.

 

 

UMPAN: Ceritakan RINTANGAN yang dihadapi dan HARAPAN dalam meneruskan hobi ini?

ZAM: Rintangan dalam hobi ini bagi saya adalah tempat memancing yang banyak halangan terutamanya pemancing berkerusi roda seperti saya.

Tapi itu tidak menjadi masalah jikalau bersama kawan-kawan. Mereka menjadi ‘kaki’ kepada saya.

Kadang-kadang mereka angkat saya ke tempat yang sesuai untuk saya duduk. Contohnya tepi pantai dan paya.

 

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?

ZAM: Pengalaman yang manis ketika memancing adalah dikurniakan rakan-rakan yang baik.

Yang sentiasa memberi dorongan… semangat yang dipamerkan oleh kawan-kawan memberi inspirasi kepada saya untuk tidak berputus asa.

Pengalamam pahit semestinya ketika kumpau… hahahahah!

 

baca juga Ikon: Mamu, otai perambut memancing

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang