Nama penuh: Mohd Harul Hisam Mohd Kamal
Nama FB: Harul GMK
Usia: 44 TAHUN
UMPAN: Ceritakan sedikit sejak bila memancing?
HARUL: Seingat saya, pada usia 15 tahun saya sudah mula memancing menggunakan joran dan kekili. Lokasinya di sekitar tebing Sungai Pahang.
Rupanya, sejak dari zaman remaja lagi saya sudah terbiasa dengan aktiviti menebing ni (pancingan tebing).
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan pancingan muara?
HARUL: Bermula pada tahun 1990 setelah mengikut keluarga berpindah ke Klang. Dari Sungai Pahang saya berpindah lokasi ke Sungai Klang pula.
Walaupun seratus peratus berbeza jenis air dan jenis ikan namun saya masih kekal dengan aktiviti menebing.
UMPAN: Rintangan dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
UMPAN: Saya berharap akan ramai lagi pelapis-pelapis yang bersama-sama dalam pancingan muara dan menebing. Saya sendiri adalah seorang founder group Geng Menebing Klang (GMK).
Rintangannya pula… kurang port-port yang best-best. Apa pun Klang Adalah lokasi yang masih best dengan hasil-hasil yang tak diduga.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini.
HARUL: Saat manis ketika bersama rakan-rakan GENG MENEBING KLANG (GMK) memang banyak kenangan manis bersama dia orang dan mendapat hasil yang cukup banyak ketika itu.
Kenangan pahit apabila terkena mata 3 di jari semasa casting haruan di empangan Padang Jawa.
UMPAN: Sekiranya saya berminat untuk menceburi bidang pancingan muara, apakah peralatan yang perlu saya ada?
HARUL: Sebagai pemancing baru, set pancing yang biasa-biasa saja pun dah kira ok. Cari saja yang mampu milik dan tahan air masin.
Apa yang penting tanam semangat hendak memancing dulu. Bila dah datang minat, sedikit demi sedikit barulah naik taraf set pancing.
baca juga Sehari Bersama Otai Selat Klang
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan