Hukuman Bagi Kaki Lipak Trip!!

Share

 

MOHD FAIZAL MOIN

“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”

 

SAIPUL BAHARI

“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk!”

 

JAIH ZARAKI

“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”

 

 

WESLLEY MELINA

“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti.”

 

NAZRI RAHIM

“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah.…”

 

MOHD AFIZ MUSTAPA

“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minit pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”

 

 

WI ZU RAI

“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi.. hehe.”

 

AZMAN APOT

“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”

 

PAK TAM

“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”

 

DBANGKOK DANISH BANGKOK

“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna!”

 

JAS KIDDIN

“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni?”

 

 

FAUZAN YAACOB

“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul!”

 

RAHMAT ISMAIL

“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”

Published by
Amang