Apa hukum hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan oleh pihak kolam pancing? Saya musykil kerana kolam pancing yang biasa saya kunjungi kerap menawarkan hadiah daripada acara cabutan bertuah pada hujung minggu.
JAWAPAN:
Jika dikenakan bayaran tambahan, maka hukumnya haram kerana sudah menjadi perjudiaan. Jelas hadiah cabutan bertuah tersebut dibiayai oleh bayaran tambahan yang terkumpul. Namun jika bayaran yang dikenakan adalah sama seperti sebelumnya (tiada bayaran tambahan) maka dibolehkan. Hal ini kerana hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan mungkin bersumberkan peruntukan lain yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pemancing ke kolam tersebut.
Kesimpulannya, penentuan hukum yang sebenarnya hanya dapat diputuskan setelah mengetahui sumber sebenar hadiah tersebut. Jika tiada keraguan, maka hukumnya halal. Jika sebaliknya, maka hukumnya haram.
Ads
Saya pernah mendapat hadiah jackpot RM1000 kerana berjaya menaikkan ikan terberat. Ketika itu, saya hanya perlu menambah RM3 untuk bersaing bersama-sama pemancing lain. Baru sekarang saya tahu hukumnya haram. Apa yang patut saya lakukan sekarang?
Ads
JAWAPAN:
Tahniah kerana saudara mengambil berat berkenaan syariat. Semoga Allah terus bekalkan hidayah dan taufik kepada saudara dan kita semua.
Ads
Secara umumnya, terdapat beberapa tindakan yang harus saudara lakukan atas keterlanjuran tersebut. Pertamanya, saudara hendaklah bertaubat dan memohon ampun pada Allah. Keduanya, perlu sematkan azam dalam diri supaya tidak mengulanginya lagi.
Adapun tentang duit itu, jika masih ada bakinya maka sedekahnya kepada orang lain, masjid dan sebagainya. Namun jika sudah habis, saudara tidak wajib menggantikannya. Cuma dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah sebagai bukti penyesalan yang bersungguh-sungguh.
(Sumber: Majalah Al-Ustaz)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jangan sangka ikan bulan tidak enak hanya kerana ia melihat persekitaran habitatnya. Sedangkan ikan keli yang boleh hidup di habitat yang tercemar sekalipun masih enak dimakan. Sebenarnya ikan bulan kurang dijadikan juadah kerana ia ikan bertulang banyak. Namun, disebalik banyak tulang, isi ikan bulan manis rasanya. Digoreng rangup pun sedap, dibuat asam rebus pun sedap!
Bahan-bahan:
2-3 ekor ikan (saiz sederhana)
Seikat daun kesum
2-3 keping asam gelugur
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
10 tangkai lada kering
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
Cara Penyediaan:
Ikan bulan dicuci bersih dan dikelar-kelar sedikit badannya.
Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk, masukkan air secukupnya dan didihkan.
Kemudian masukkan Masukkan asam keping dan juga ikan.
Apabila ikan dah masak, masukkan garam, gula dan bahan perisa secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kesum.
Hidangkan panas-panas dan berhati-hatilah dengan tulang-tulang halus ikan.Sedia untuk dihidangkan.
Ikan menjadi salah satu bahan olahan yang digemari masyarakat dunia. Rasanya yang lazat dan kandungan nutrisinya yang tinggi menjadikan haiwan marin ini sering disajikan.
Namun, terdapat juga ikan yang membawa kesan baik bagi tubuh sehingga akan lebih baik jika dibatasi pengambilannya atau malah dihindari sama sekali.
Tak seperti ikan buntal yang sudah jelas beracun, tujuh jenis ikan ini sering dinikmati oleh manusia.
Gindara Fish (Ikan Gindara)
Ikan laut dalam yang boleh ditemui di kedalaman 280-900 meter ini digembar-gemburkan memiliki banyak khasiat.
Namun, ramai yang tidak mengetahui ikan gindara memiliki kandungan lemak bernama gemylotoxin yang berbahaya bagi tubuh.
Jika terlalu banyak diambil, gindara boleh menyebabkan anda menderita diarrhe yang teruk.
Malah, disebabnya bahayanya, kerajaan Jepun telah melarang ikan gindara untuk dimakan sejak tahun 1977.
Sekiranya anda nekad untuk memakannya juga, pakar kesihatan menasihatkan agar tidak lebih 170 gram per hari.
Sword Fish (Ikan Todak)
Ikan todak adalah jenis ikan laut yang saiznya mampu mencapai 700kg. Bahagian paruhnya berbentuk pipih dan tajam menyerupai sebilahpedang.
Ikan ini sering ditangkap menggunakan metode long line (tali pancing yang disusun panjang dengan mata kail dan umpan di setiap hujungnya) untuk diperdagangkan sebagai sumber makanan.
Namun, anda harus tahu bahawa ikan todak memiliki kandungan merkuri yang berbahaya bagi tubuh. Semakin tua ikan todak, maka akan semakin tinggi zat merkuri yang dikandungnya.
Ikan Tilapia
Ikan tilapia merupakan jenis ikan air tawar yang menjadi kegemaran ramai orang. Rasanya yang lazat dan harganya yang relatif rendah membuatkan ikan tilapia cukup diminati.
Jika anda juga suka makan ikan tilapia, sebaiknya mulai sekarang anda harus kurangkan. Sebabnya, kandungan lemak dalam ikan tilapia hampir setinggi kandungan lemak pada babi.
Pengambilan ikan tilapia yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol. Selain itu, ikan tilapia sangat tidak digalakkan untuk dimakan oleh orang yang memiliki penyakit jantung, asma, dan radang sendi.
Ikan Mahi-Mahi
Ikan mahi-mahi atau yang biasa disebut ikan belitong merupakan jenis ikan yang sangat digemari karena rasanya yang enak. Bahkan, restoran-restoran di luar negara sering menjadikan ikan mahi-mahi sebagai hidangan istimewa.
Namun, di sebalik rasanya yang menggoda, ikan mahi-mahi memiliki kandungan histamin yang boleh menyebabkan keracunan.
Histamin terbentuk dari asid histidin yang dipecah oleh bakteria. Kandungan histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan mahi-mahi diproses secara teliti setelah ditangkap.
Jika zat histamin sudah terbentuk, maka akan sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau memasak yang dapat menghilangkan bahan berbahaya ini.
Ikan Tuna
Ikan tuna adalah salah satu jenis ikan yang paling banyak diambil oleh manusia. Kandungan Omega 3 dalam daging ikan tuna mampu mencegah penyakit jantung, mengawal kolesterol jahat, dan menurunkan kadar trigliserida.
Namun, ternyata tuna termasuk salah satu ikan yang kandungan merkurinya tinggi, terutama untuk jenis white albacore tuna. Bagi orang kesihatannya normal, pengambilannya dibatasi sekitar 6 oz saja per minggu.
Sedangkan untuk wanita hamil atau wanita yang sedang merencanakan kehamilan, tidak disarankan memakan lebih dari 150 gram tuna jenis ini per bulan.
Ikan Makarel
Ikan makarel adalah jenis ikan yang sangat umum diambil oleh manusia. Disebabkan sangat digemari, ikan makarel juga dijadikan makanan awet dalam tin.
Namun, tahukah anda bahawa ikan makarel juga mengandung kadar merkuri yang tinggi. Menurut para pengkaji, tahap pengambilan ikan makarel yang selamat bagi orang dewasa adalah 200gram per hari. Sedangkan untuk kanak-kanak, 100 gram per hari.
Belut air tawar
Buat anda si penggemar belut, mulai sekarang anda harus mengurangkan atau menghindari pengambilan belut.
Sebabnya, ikan dari keluarga besar Synbranchidae ini mampu menyerap kotoran atau toksik yang berasal dari sumber perindustrian mahupun pertanian.
Namun, jika tetap ingin memakan belut, anda boleh menguranginya dengan hanya memakan maksimum 300 gram belut dalam sehari. Sedangkan untuk kanak-kanak, batas pengambilan sekitar 200 gram per hari.
Selaku ikan yang boleh hidup dalam dua jenis perairan berbeza (air masin dan air tawar), ikan siakap sememangnya spesies yang unik.
Oleh kerana ia bukanlah spesies yang mudah untuk dipancing, maka orang-orang lama yang sudah berpuluh tahun memancing ikan, sedikit sebanyak petua dan pantang larang mereka ini patut juga kita renung-renungkan.
ΨSebelum turun memancing, jangan sesekali mengerjakan pancing seperti memasang mata kail dan batu ladung pada waktu malam. Jika dilanggar pantang larang ini, esoknya pancing kamu tidak akan disentuh ikan.
ΨSebagai usaha kita disamping ketentuan nasib, sebaiknya koyan dan tali pancing baru, sebelum digunakan, ditangas (diasapi) dahulu dengan membakar bola sepak yang tidak digunakan lagi.
Makrifat di hati kita sebagaimana bola dikejar pemain ke sana ke mari di atas padang, begitulah juga pancing kita akan dikerumuni ikan.
ΨSebaiknya ikan pertama yang mematuk umpan pancing baru kita, biarlah dari jenis ikan yang bersisik.
Lagi besar ikan-ikan dari jenis ini lagi baik. Pancing kita akan berezeki dan selalu dipatuk ikan-ikan besar.
Tapi kalau ikan pertama yang mematuk pancing baru kita dari jenis ikan tidak bersisik seperti duri, sembilang atau belukang, baik buang saja pancing itu. Pancing itu tidak akan berezeki.
ΨSeperkara lagi, sewaktu hendak mengikat mata kail, sebaiknya mata kail dimasukkan ke mulut kita dan digigit dahulu.
Niatkan bagaimana mata kail ini masuk ke mulut kita begitulah juga ia akan masuk ke mulut ikan. Ikatlah mata kail itu dengan 7 lilitan.
Bilangan ganjil lilitan akan membuatkan ikan sentiasa mematuk pancing kita bagi menggenapkan bilangan ganjil tersebut.
ΨLayanlah dengan baik semua makhluk Allah yang bernyawa. Udang yang kita buatkan umpan ini juga bernyawa dan seharusnya dilayan dengan baik dan penuh simpati.
Memang dia telah ditakdirkan untuk berkhidmat kepada amanusia dan menjadi habuan kepada makhluk-makhluk lain.
Jika mahu berasa aman dan dihormati, kita juga mestilah membuat makhluk lain merasa aman dari perbuatan kita.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...