Kami bertolak dari jeti nelayan Kg. Teluk jam 5.00 petang. Memandangkan kelong ini tidak berapa jauh dari daratan maka perjalanan bot cukup mudah dan cepat. Kadar bayaran (pakej) bagi kelong ini sekitar hanya RM280 bagi 8-10 orang.
Kelong ini beroperasi dari jam 3.00 petang hingga 10.00, 3 kali seminggu saja iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebenarnya kelong ini masih dalam proses pembinaan. Belum sempurna sepenuhnya. Kemudahan asas seperti lampu dan toilet masih dalam pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan ini.
Ads
Namun ini bukanlah halangan bagi pemancing yang datang untuk melepaskan gian dalam erti kata menikmati sentuhan ikan. Segala peralatan dan makanan mereka bawa sendiri.
Ads
Bermula jam 6.00 petang para pemancing mula melabuhkan Joran. Mereka tidak menunggu lama untuk menaikkan tangkapan. Pelbagai spesies berjaya didaratkan. Antaranya gemang, semilang, gelama, gelama papan, tetuka, senangin, seludu, tetanda dan beberapa spesies lain.
Ads
Pada malam hari mereka memancing sambil menikmati juadah makanan yang dimasak ataupun yang di bawa sendiri. Suasana harmoni inilah yang mampu merapatkan silaturahim yang dipenuhi gelak tawa sepanjang hari.
Kami meninggalkan kelong jam 10.00 pagi keesokannya. Segala tangkapan dibahagi sama rata untuk dibawa pulang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di sebalik keseronokan hobi memancing, sebenarnya ia antara hobi yang berisiko mendatangkan kecederaan dan kemudaratan sekiranya beberapa perkara di bawah ini dianggap tidak penting dan ambil mudah. Berikut disenaraikan beberapa risiko seorang kaki pancing yang perlu sentiasa waspada agar tidak mendatangkan kedukaan kepada diri, keluarga dan juga insan tersayang.
Terkena mata kail gewang
Ia kes yang kerap berlaku di kalangan kaki casting terutama menaiki bot yang ‘sesak’ dengan penumpang. Kesannya, bila ternampak boiling sang ikan, mulalah gelojoh tidak pandang kiri dan kanan, akibatnya rakan tepi dan belakang menjadi mangsa. Walaupun punca kesalahan ini sering kali dituding kepada caster baru, ada kalanya berlaku juga di kalangan caster lama.
Tindakan: Jangan sesekali menaiki bot melebihi had penumpang. Selain tidak selesa, ia juga mengundang kejadian bot karam.
Kemungkinan Bot Karam
Kes berlaku disebabkan, tidak mahir mengendalikan bot (fiber), bot fiber dibawa laju terlanggar objek (biasanya kayu balak hanyut, tunggul yang tidak kelihatan). Di laut pula ia jarang-jarang berlaku dan kes bot karam selalunya disebabkan dipukul ribut dan ombak besar.
Tindakan: Pengendali bot perlulah seorang yang mahir dan tahu selok-belok sesuatu lokasi pancingan, misalnya di sungai dan tasik. Sentiasa berhati-hati ketika melewati kawasan tunggul, melalui sungai yang berarus deras. Jika di laut, sentiasa peka dengan keadaan cuaca.
Sesat Dalam Hutan
Pernah mengalami kejadian sesat ketika memancing. Jika pernah, anda boleh tahu betapa bingungnya macam mana ia boleh berlaku. Untuk elakkan sesat, sentiasa berteman di sesuatu lokasi yang belum anda pernah sampai. Jika menjarakkan diri di kawasan yang tiada liputan telefon pula, pastikan anda dapat melihat kelibat rakan anda dan rancang dengan rakan-rakan terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpecah lokasi (kumpulan lebih kecil).
Tindakan: Paling mudah bawa wisel bagi tujuan kecemasan. Anda boleh meniup bagi menarik perhatian di saat anda sudah kekeringan tekak menjerit meminta tolong.
Kemungkinan Lemas
Tiada sebab mengapa anda tidak memakai jaket keselamatan sebaik sahaja anda menaiki bot, lebih-lebih lagi bot fiber ketika memancing. Sentiasa periksa dan sematkan jaket keselamatan dengan baik. Sekiranya bot karam dan terbalik, jangan sesekali panik. Cuba bertenang dan capai benda yang boleh terapung seperti tong minyak. Elakkan memakai pakaian yang berat seperti seluar jean ketika memancing.
Tindakan: Bagi jaket keselamatan jenis gas, periksa bilakah tarikh luput gas berkenaan.
Kemalangan Jalan Raya
Perkara paling indah buat kaki pancing adalah ‘banyak masa dan banyak duit’. Namun bukan semua kaki pancing beruntung ada kedua-duanya. Ramai kaki pancing terus pulang dari trip atas alasan kena esok masuk kerja.
Penat, mengantuk, tidak tukar pemandu, tidak berehat dan tidur seketika, mengejar masa untuk sampai di rumah, antara faktor mengundang berlakunya musibah ini. Periksalah keadaan kereta sebelum menaiki kenderaan dan jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kerana ia mampu mengurangkan kecederaan lebih teruk sekiranya berlaku kemalangan.
Tindakan: Langkah terbaik, semua ahli trip perlu merancang perjalanan trip dengan baik seperti mengambil cuti lebih, hotel, chalet dan menginap selepas pulang dari trip sebelum pulang keesokan harinya.
Bacaan doa perlu dipanjatkan kepada yang Maha Esa dipanjatkan agar terhindar dari sebarang musibah.
Seorang kaki pancing dan juga bukan kaki pancing MESTI memiliki sekurang-kurangnya satu pelan perlindungan insurans diri kerana malang itu tidak berbau.
Dalam hal perikanan, terdapat beberapa amalan tangkapan ikan yang sangat negatif serta membawa kemusnahan kepada habitat ikan. Kemusnahan habitat ikan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada komuniti pemancing atau pancingan sukan kerana ketiadaan stok ikan untuk dipancing.
BOM ATAU BAHAN LETUPAN
Dalam teknik ini, bom atau bahan letupan akan diletakkan di dalam air sebelum diletupkan. Ikan yang mati akibat letupan akan timbul di permukaan air lantas akan dikutip dengan senang. Hasil letupan bahan api ini akan memusnahkan persekitaran di dalam air dan meninggalkan kesan runtuhan struktur dalam air akibat letupan.
Fakta mengatakan bahawa penggunaan bahan letupan ini mengakibatkan kemusnahan karang-karang dan habitat ikan di Asia Tenggara sejak 20 tahun yang lalu.
PENGGUNAAN RACUN
Sianik atau sianida ialah garam hidrosianik asid dan sangat toksid. Dalam amalan ini, pengamal akan melepaskan kandungan sodium sianik atau sianida ke dalam air bagi memengsankan ikan tanpa membunuhnya. Penggunaan asid sianik ini bermula sekitar tahun 1960-an bagi keperluan dalam bekalan ikan-ikan karang.
Pada awal 1980-an, industri ini menjadi lebih besar bagi permintaan ikan karang hidup dalam pasaran restoran di Hong Kong, Singapura dan China.
Sekitar 20 000 tan ikan karang menjadi hidangan secara tahunan di Hong Kong. Bagi setiap ikan karang yang ditangkap, 1 meter persegi habitat karang ikan ini akan musnah.
PUKAT TUNDA
Suatu ketika dulu, amalan tangkapan pukat tunda ini tidak memberi kesan melampau. Ini kerana mereka akan cuba mengelak daripada batu karang atau kawasan berbatu di dasar laut bagi mengelakkan pukat mereka koyak.
Begitu pun, pengenalan kepada ‘rockhopper’ sekitar tahun 1980-an mengubah situasi ini. Pukat ini akan dipadankan dengan tayar besar sebagai pemberat sangat berkuasa dan mampu menyeret beban dasar sehingga 25 tan tanpa masalah.
Luahan tekong bot berkaitan hal ini di sekitar perairan Terengganu dan banyak lagi tempat di perairan kita dan masalah ini perlu diatasi secepat mungkin.
Dasar laut merupakan habitat dan rumah yang sangat penting bagi hampir kebanyakan ikan kecil dan juvenil. Seperti kemusnahan hutan, kemusnahan dasar laut ini mengakibatkan penurunan kadar sesuatu spesies untuk terus hidup.
ALAT TANGKAPAN TERBIAR AKIBATKAN TANGKAPAN HANTU (GHOST FISHING)
Bagi alat tangkapan ikan yang terbiar di dalam air seperti pukat dan jala, ia sebenarnya masih memberikan kesan kepada ikan dan hidupan akuatik. Contohnya seperti di laut, alat-alat tangkapan ikan ini yang berada di dasar mungkin mengakibatkan hidupan seperti ikan lumba-lumba, penyu dan hidupan lain tersangkut lalu mati.
Walaupun kesan alat terbiar ini kepada kemusnahan habitat akuatik masih belum dapat dikatakan dengan tepat, namun boleh dikatakan alat ini memberi kesan yang besar.
Satu bancian dilakukan di dasar Australia menunjukkan ¼ daripada sampah dan bahan asing di dasar laut merupakan alat tangkapan ikan terutamanya pukat dan jaring.
Jangan duduk diam macam tokong sayoq semasa memancing. Kalau boleh bawak-bawak la bersembang dengan rakan (mengelak stress… kalau stress boleh mabuk gak), melawak la apa-apa yang patut dan jangan menyanyi. Sebabnya ada dua. Satu, perut mudah masuk angin. Kedua, suara tak sedap… kawan-kawan menyampah dengaq… hingaq. Tekong pun tak suka.
Sebolehnya pakailah seluar yang boleh pasang tali pinggang. Sebabnya kita boleh ketatkan sedikit kat perut tu supaya tiada ruang-ruang dalam isi perut tadi berkocak-kocak. Dari berkocak-kocak isi perut tu maka akan menghasilkan gas-gas dalam perut… tu yang rasa nak muntah.
Jangan sesekali tidur terlentang apabila rasa mabuk pening-pening peringkat awal. Cukuplah sekadar bersandar pada tiang bot atau dinding bot yang teduh dari panas. Sebabnya kalau tidur terlentang maka ruang-ruang perut menjadi luas dan ini akan memberi peluang kepada isi-isi perut untuk berkocak. Bila isi perut berkocak maka gas-gas akan terhasil.
ALAN BEEPEE
Sedikit tips dari aku sebelum turun jigging jangan makan makanan berminyak dan susu. Makan pil tahan mabuk 1 atau 2 biji setengah jam awal sebelum naik bot. Dan berharaplah supaya tak mabuk.
PAYED ASYRAF
Nak share cara yang boleh nak elak mabuk. Pakai ear plug dalam salah satu telinga. Telinga tempat balance point dalam badan kita. So far tak mabuk lagi tapi dah sampai darat, buang je ear plug tu… berpusing kepala pening.
NAZLEEY KAMARUDIN
Semua kita sama je… hanya manusia biasa yang lemah. Tak lepas dari mabuk laut… cuma dia serang kuat tak kuat je. Walau dah turun ke laut berkali-kali… mabuk pasti akan datang. Cara saya, masa tu dalam hati berdoa… ‘Ya Allah, kurangkanlah dugaan ini’ sambil ambil seceduk air beralaskan tapak tangan, sapu ke muka. InsyaAllah ok… biar kita rasa kita kecik. Allah akan tolong… tapi kalau tidur tak cukup… berbuai juga.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...