Tasik Chenderoh merupakan tasik yang paling bawah sekali dalam sistem empangan Sungai Perak. Selain berperanan sebagai penjanaan kuasa hidroelektrik, ia turut berperanan sebagai kawasan tadahan air, kegiatan pelancongan dan juga perikanan air tawar.

 

Paling penting, Tasik atau Empangan Chenderoh sebagai nadi terakhir mengawal kapasiti air sebelum dilepaskan ke Sungai Perak, terutama pada musim banjir. Jika tidak, Bandar Diraja Kuala Kangsar yang terletak di bawahnya akan tenggelam banjir.

 

Kunjungan kali pertama saya ke sini membuatkan hati saya terus jatuh cinta. Panorama indahnya tasik ini membuatkan pandangan mata seakan tidak mahu terlepas di segenap dimensi. Betapa hebatnya kuasa Allah yang mencipta.

 

Harapan Strike PB & Jenggo Tasik Chenderoh

 

Di sini, sebenarnya terdapat beberapa buah chalet sebagai lokasi penginapan, tetapi banyak juga yang sudah tidak beroperasi. Salah satu chalet yang masih aktif beroperasi dan terurus hari ini adalah Tanjung Harapan Chalet, milik Cikgu Mohamed Zaki, pesara seorang guru besar yang sebenarnya telah pun beroperasi sejak lebih 20 tahun yang lalu.

 

Peluang menginap di sini, cukup menyeronokkan. Terserlah warna-warna desa baik daripada segi pemandangan dan juga soal makanannya. Ujarnya mesra disapa dengan nama Cikgu Zaki, chaletnya sentiasa menjadi tumpuan ramai baik dari kaki pancing sendiri, team building para pelajar, penuntut IPT, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya.

 

Harapan Strike PB & Jenggo Tasik Chenderoh

 

Bahkan chalet itu juga pernah menjadi lokasi penginapan kru produksi semasa penggambaran filem Hollywood, Anna and The King diadakan di kawasan sekitar Lenggong sedikit masa dahulu.

 

Ads

Bagi kaki pancing, sememangnya dengan adanya Tanjung Harapan Chalet ini, memudahkan mereka untuk turun ke lokasi memancing secepat yang mungkin dan pulang lewat yang mungkin kerana, tersedia penginapan yang sudah cukup selesa.

 

Bahkan, jika ingin membawa keluarga pun mahupun bersama rakan-rakan tiada masalah. Ini kerana, terdapat beberapa jenis bilik boleh diinap di sini. Antaranya, terdapat bilik jenis berhawa dingin, rumah pondok, rumah kampung dan juga bilik yang boleh memuatkan jumlah pengunjung yang agak ramai.

 

Harapan Strike PB & Jenggo Tasik Chenderoh

 

Ujarnya, setakat untuk menampung lebih dari 100 orang pengunjung dalam satu-satu masa tiada masalah.

 

Didirikan, di atas tanah milik keluarganya sendiri, anak jati Kampung Changkat Duku, Sauk ini berkata, jika menginap di sini, hal berkaitan makan dan minum juga boleh diuruskan, sama ada penginap mahu beliau sediakan ataupun masak sendiri.

 

Ini kerana dapur, perkakasan memasak dan juga peti ais untuk menyimpan barang mentah ada disediakan.

Ads

 

Harapan Strike PB & Jenggo Tasik Chenderoh

 

Menariknya, jika penginap mahu membakar ikan tangkapan memancing, bakar ayam atau kambing, tempat untuk BBQ juga disediakan. Penulis sendiri cukup teruja bila berpeluang menginap di rumah berbentuk rumah burung merpati yang menempatkan dua buah katil bujang.

 

Masa makan pula, memang terbaik! Ini kerana, malam pertama menginap di sini Cikgu Zaki telah menyediakan menu ikan kaloi bakar, cicah sambal kicap. Alahai sedap betul, sampaikan saya dua kali tambah nasi.

 

Harapan Strike PB & Jenggo Tasik Chenderoh

 

Bagi yang minat memancing, terdapat beberapa buah bot fiber yang disewakan. Sama ada bawa sendiri atau boleh menempah awal dengan menghubungi Cikgu Zaki jika berkehendakkan khidmat tekong.

Ads

 

Bagi yang inginkan pancingan santai, boleh mencuba memancing udang galah Tasik Chenderoh. Mana tahu, rezeki anda, boleh bawa pulang sepit biru dari tasik ini.

 

Bagi yang bukan kaki pancing, anda bolehlah meminta khidmat Cikgu Zaki membawa anda menyusuri melihat pemandangan Tasik Chenderoh yang cukup indah terutama sekali melihat rupa sebenar Stesen Janakuasa Elektrik Chenderoh dengan menaiki bot.

 

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan di sini, terutama sukan air seperti water confident, kayak dan juga berenang.

 

Harapan Strike PB & Jenggo Tasik Chenderoh

 

Saya percaya, sekiranya anda berpeluang berkunjung ke chalet ini dan menikmati keindahan Tasik Chenderoh, pasti anda akan merasai cukup tenang dan damai. Oh ya, sebelum pulang, jangan lupa singgah membeli buah tangan, ikan pekasam yang menjadi industri kecil kebanyakan penduduk di sini.

 

Bagaimana ke sini ?

 

Harapan Strike PB & Jenggo Tasik Chenderoh

 

Dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke Jalan Kuala Kangsar menghala ke Gerik sehingga anda terjumpa papan tanda Chalet Tanjung Harapan di sebelah kanan. Masuk simpang dan belok di kiri lorong pertama dan anda akan berjumpa kawasan parking kenderaan dan jeti Tanjung Harapan. Jaraknya hanyalah 16 km sahaja dari Plaza Tol Kuala Kangsar.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI