Nama: Abd Hamiz Jazli Abd Halim
Nama sosmed: Abd Hamiz Jazli
Usia: 27tahun
UMPAN: Sejak bila anda mula menjadi tekong?
HAMIZ: Saya mula menjadi tekong pada usia 16 tahun. Namun pada ketika itu sekadar ke laut dengan keluarga dan tidak lagi menceburi bidang perkhidmatan sewaan bot.
Mula buat sewa bot pada usia 21 tahun.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
HAMIZ: Bermula dengan minat dalam dunia memancing laut kerana dikatakan mudah untuk mendapatkan ikan.
Dari situ mula terfikir untuk membuat sewaan bot dengan harga yang murah dan mampu bayar kerana ramai di antara kita bukan tak nak memancing di laut, tetapi memikirkan kos sewaan yang tinggi.
Saya sendiri dulu pun sangat-sangat nak mencuba memancing di laut, tetapi memikirkan kos semuanya dibiarkan berlalu pergi.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
HAMIZ: Mana-mana orang pun kalau ditanya berkaitan rintangan dan halangan, ramai yang akan cakap pasal duit, kan?
Sama juga dengan saya, cita-cita nak ada bot lagi besar yang boleh bagi keselesaan pada customer.
Bot yang lagi besar akan menelan belanja yang besar, kos sewaan terpaksa dinaikkan dan mungkin akan membebankan pula penyewa yang kurang berduit.
Jadi, mungkin lebih elok ada 2 jenis bot… satu yang ekonomi, satu yang VIP. Jadi customer boleh pilih ikut kemampuan.
InsyaAllah, kalau diberikan rezeki saya akan beli lagi sebuah bot yang lagi besar.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis dan pahit.
HAMIZ: Pengalaman pahit sejak menjadi seorang tekong adalah pernah membawa crew ke pelantar minyak di perairan Terengganu.
Beberapa hari sebelum kejadian, cuaca amat baik dan air laut tidak berombak membuatkan kami merancang ke sana.
Petang sebelum ke sana, saya telah ke unjam laut Redang untuk mencari ikan selayang sebanyak mungkin untuk dijadikan umpan.
Perjalanan ke unjam memakan masa lebih kurang sejam saja kerana cuaca amat baik.
Setibanya waktu malam, kami mula memasak di atas bot untuk dimakan. Ikan-ikan yang telah dipancing kemudian digoreng.
Tiba-tiba cuaca mula berangin dan kelihatan seperti ribut sedang berlaku di kawasan Pulau Perhentian. Kami masih bertahan dan menggandakan ikatan tali pada buluh unjam.
Lama kelamaan angin semakin kuat dan ombak semakin tinggi sehinggakan kami tidak lagi mampu bertahan jika bermalam di situ.
Saya mengambil keputusan berpatah balik ke Pulau Redang untuk berlindung dari ribut.
Hampir 2 jam memandu bot dalam ribut, saya berjaya memasuki kawasan pulau dan di situ air dalam keadaan tenang untuk berlabuh.
Keadaan di dalam bot amat teruk kerana semua barang yang ada habis berselerak akibat kuat dibadai ombak.
Kami mula menyimpan alatan tersebut dan mula memasak kerana amat lapar. Semua dalam kesejukan dan tidur dalam hujan.
Pada keesokan harinya jam 6.30, kami bertolak ke pelantar minyak. Jarak dari Pulau Redang ke sana lebih kurang 58 km dan memakan masa 2 jam kerana cuaca masih teruk. Kami teruskan juga kerana ingin merasai tarikan ganas penghuni di sana.
Malangnya, belum sempat kami menghampiri kawasan spot, kami telah dihalau oleh bot di sana.
Hon dibunyikan beberapa kali bagi memberi amaran tegas bahawa kami tidak boleh menghampiri kawasan tersebut.
Perasaan letih dan kecewa sukar digambarkan kerana kami terpaksa berpatah balik. 2 jam berdiri memandu bot, tambah lagi 2 jam pusing pulang mencari spot sekitar laut Pulau Yu amat meletihkan.
Akhrnya kami sampai semula di perairan Pulau Redang sekitar jam 1 tengahari.
Malangnya skali lagi ikan tidak seperti biasa. Selalunya jika menggunakan teknik bottom di kawasan itu, spesies ebek, cermin, kerapu yang saiz besar senang dipancing tapi kami hanya dapat kerisi saiz baby.
Selepas puas ke beberapa spot yang ada tapi tiada ikan, saya ambil keputusan untuk mencari spot kerisi kerana itulah saja cadangan terakhir jika ikan-ikan gred A sukar menjamah umpan.
Setibanya di jeti, masa untuk crew membayar sewa. Walaupun berat untuk membuat keputusan, saya terpaksa demi rakan-rakan seperjuangan saya hanya minta bayaran
RM300 kesemuanya untuk menampung separuh kos minyak, kos yang lain saya tanggung. Sepatutnya kos ke pelantar minyak mencecah RM1200-RM1500.
Pengalaman manis saya adalah semasa nak start beli bot baru. Ada cerita kat wife yang hasrat nak beli bot besar sikit sebab nak bawak orang pergi memancing hujung minggu.
Wife kata ok je. Tapi masa tu takde duit pun. Kebetulan ada sepupu sent gambar bot nak jual dalam group Whatsapp, bot ada di Rompin.
Masa tu saya bertugas di Pintu Masuk Bukit Bunga, Jeli. Cakap dekat wife ada bot nak dijual, cantik… tapi duit takde. Wife cakap kalau nak, pergi tengok dulu pun ok jer.
Saya terus ambil cuti lepas tu ke Kuala Rompin. Sampai kat sana terus test bot, memang ok. Tak cakap banyak, bot ni memang ok dan harga last yang owner bagi amat berpatutan.
Wife pun minta nombor akaun bank, dia tranfer duit full untuk bayar bot. Fuhhh… memang rasa macam nak gila masa tu, dapat puluh-puluh ribu buat beli bot.
Terus cari carrier untuk bawa balik bot. Dengan bot itulah saya mula mempelajari teknik jigging yang semakin terkenal pada masa tu.
Setiap hari minggu memang penuh jadual ke laut. Tapi jodoh dengan bot tu sempat pakai setahun je, ada rezeki tukar bot lain dan bot tu dijual.
tekong seterusnya Rezza, Tekong Rock Sea Stone
Pakej
Nama bot: BlackPearl
Saiz: 31’ x 7.5’
Enjin: Mercury 150 SeaPro
Harga sewa: RM850
Jumlah pemancing: 6
Waktu memancing: 7am-7pm
Lokasi memancing: Redang, Perhentian, Lang tengah
Jeti: Kg. Baru Penarik, Setiu Terengganu
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan