Haiwan Laut Yang Paling Menyengat!!

Share

Bila disebut tentang sengat yang berbisa, pastinya nama PARI akan disebut terlebih dahulu. Mungkin disebabkan seorang saintis popular yang mati akibat jantungnya tercucuk sengat pari.

Sebenarnya, haiwan laut yang paling berbisa bukanlah datang dari spesies ikan walaupun banyak terdapat ikan yang berbisa. Begitu pun, haiwan kedua yang terbisa adalah dari spesies ikan.

Kita letak skala 1-5 untuk mengukur sengat mana yang paling sakit. Skala satu untuk yang kurang sakit dan skala lima untuk sengatan yang paling padu bisanya!

 

IKAN DURI

Bisa ikan ini tidak sekuat ikan sembilang. Sengatan ikan duri akan menyebabkan rasa pedih dan aliran darah yang banyak kerana durinya yang besar.

Jika terkena sengatan ikan duri, bersihkan bahagian itu. Kemudian, letakkan minyak angin ataupun minyak gamat.

Seandainya ada pil paracetamol, boleh dimakan untuk mengurangkan rasa sakit. Jika sakit berlanjutan, segeralah ke klinik.

Skala menyengat : 2

 

KITANG

Biasanya seseorang akan terkena sengatan ikan ini ketika menjala. Sakitnya ‘mencucuk’ dan terasa berdenyut. Sakitnya tidak lama, lebih kurang satu jam sebelum ia bernasur-ansur hilang.

Jika disengat pada jari, secara automatik tangan akan menjadi lenguh. Namun duri ikan kitang tidak mempunyai toksin yang tinggi sehingga boleh menyebabkan sesiapa yang terkena sengatnya terancam nyawanya.

 

Skala menyengat : 2.5

 

DENGKIS

Ikan ini turut dikenali sebagai kitang lada. Sakitnya lebih daripada kitang biasa. Bisanya terletak pada duri di sirip ikan ini. Apabila terkena sengatan ini, pandangan mata akan menjadi sedikit kabur.

Dikatakan, hampir setengah hari lamanya anggota badan yang terkena sengat akan kebas dan hampir hilang upaya untuk digunakan.

 

Skala menyengat : 3

 

SEMBILANG

Sengatan ini masih boleh ditahan. Mampu membuatkan seorang lelaki ‘macho’ mengalirkan air mata tetapi sengatnya jika dirawat segera tidak mendatangkan kesan serius.

Jika dibawa ke klinik atau hospital, biasanya akan diberi suntikan untuk mengurangkan sakit sengatan.

Petua orang dulu-dulu, kononnya jika disengat sembilang, seseorang itu dinasihatkan untuk gigit dan makan ekor ikan ini. Bolehkah petua ini dipercayai?

 

Skala menyengat: 4

 

IKAN KETUKA

Terkena bisa ikan ini ada masanya menyebabkan lumpuh pada bahagian disengat. Kesan lumpuh hanya sementara tetapi perlu dirawat segera.

Duri ketuka sangat tajam dan mempunyai toksin di dalamnya. Bisanya menyengat. Lebih menyengat daripada sembilang yang bukan main gah lagi namanya sebagai ikan bersengat.

 

Skala menyengat : 4.5

 

PARI

Biasanya menyengat dan boleh membunuh. Apabila terkena sengatan ikan pari, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kematian Steve Irwin yang popular menerusi programnya; The Crocodile Hunter kerana disengat ikan pari tepat pada

jantungnya. Sekiranya terkena pada anggota badan lain mungkin masih sempat diselamatkan.

 

Skala menyengat : 4.5

 

OBOR-OBOR

Haiwan ini juga berbisa. Jika terkena sengatnya, seseorang itu akan merasa pedih dan mengalami muscle spams yang menyebabkan hilang fokus. Jika sakit berlanjutan,

seseorang akan terasa seperti renjatan elektrik. Rasa sakit tidak seteruk ikan ketuka tetapi seseorang menjadi letih kerana kerap mengalami kejang otot.

Dinasihatkan apabila terkena sengatan ikan pari, letakkan cuka pada bahagian yang disengat.

Cuka bertindak untuk membunuh toksin nematocysts. Tetapi jika terkena air tawar, ia akan menggalakkan pengeluaran toksin itu.

Chironex fleckeri atau box jellyfish merupakan obor-obor yang paling berbisa!

 

Skala menyengat : 5

 

 

Published by
Amang