Nama: Nur Habibah Hassan
Nama Fb – Nurhabibah Hassan
Usia: 31 tahun
UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?
HABIBAH: Minat memancing sudah lama. Rasanya sejak dari bangku sekolah lagi. Cuma tak aktif sangatlah. Sekarang pun memancing sebab suka-suka.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
HABIBAH: Bagi saya hobi mancing ini lebih menguji kita punya kesabaran… sebab menunggu umpan dimakan oleh ikan adalah saat-saat yang mendebarkan. Jika tiada kesabaran memang tak boleh menjadi seorang pemancing.
Hobi memancing ni lebih kepada mencari kedamaian jiwa… ketenangan dari segala hiruk-pikuk bandar luar sana. Tak banyak wanita gemar dengan hobi mancing ini sebab terpaksa
bermain dengan air masin, air tawar, bergelumang dengan selut, bermain dgn umpan-umpan yang agak menggelikan.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
HABIBAH: Rintangan memang banyak. Ada kawan-kawan wanita perli sebab suka mancing… sebab wanita luar sana lebih suka masuk shopping complex dari masuk paya,
laut, sungai, sawah bendang. Tapi bagi saya ada masa untuk semua itu cuma masa mancing lebih berharga dari bermain alat-alat makeup dan sebagainya.
Apabila ikan bersaiz besar makan umpan kita… itulah saat yang paling gembira dan sukar digambarkan. Keluarga tak pernah menghalang minat saya…itu dah cukup untuk mengembirakan hati saya.
Rintangan yang paling sukar saya terima apabila bekas tunang memutuskan hubungan kami dahulu hanya disebabkan hobi mancing ini dan itu tetap tidak mematahkan semangat saya untuk terus menceburi hobi mancing ini.
Saya harap masa akan datang orang yaga saya cintai meminati jugak hobi mancing seperti saya… sebab tak semua orang minat hobi ini.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
HABIBAH: Pengalaman pahit saya masa terkandas di laut akibat cuaca buruk. Hujan tiba-tiba lebat diikuti angin kuat, arus jadi laju dan ribut melanda.
Kami terpaksa berteduh di bawah jambatan pertama Pulau Pinang. Saat itu terasa nyawa ini hujung tanduk… diikuti dengan mabuk laut yang teruk.
Pengalaman manis dah tentu dapat naikkan ikan saiz mega di laut ikan saiz besar yang pernah dinaikkan ialah ikan MJ dan senangin.
Bila bermain di kolam saiz 3kg lebih kurang, ikan Mekong juga penah naikkan.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
HABIBAH: Pencapaian membanggakan dah tentu ikan liar seperti di paya. Ikan haruan paling bangga saya dapat naikkan saiz 3kg ke atas.
Sebab haruan juga susah untuk pujuk dia makan umpan. Serta port yang terpaksa diterjah ialah port hardcore atau heavy cover.
Selepas ini saya ingin teruskan minat mancing hingga akhirnya dan saya masih lagi belajar untuk bermain di laut.
Masih tak cukup lagi saya belajar cara-cara pikat ikan-ikan yang sukar makan umpan… dan saya akan terus belajar sehingga saya bergelar seorang angler yang terbaik.