Berdasarkan pengalaman para pemancing yang pernah memancing di sini, berikut merupakan senarai umpan dan spesies ikan yang telah didaratkan.
Udang hidup merupakan umpan nombor satu jika anda berhajat untuk menaikkan spesies sasaran utama di sini iaitu pari, siakap, senangin, kerapu, tetanda, atau siakap merah. Malah banyak lagi ikan gred A akan melahap umpan udang hidup.
Tiada pembaziran umpan di sini. Udang hidup yang telah mati tetapi masih segar dan dikopek kulitnya boleh digunakan untuk memancing ikan daun baru, duri, gelama, sembilang, atau ketuka. Jika bernasib baik, siakap merah atau siakap juga mengambil umpan udang kopek.
Ads
Sama ada digunakan ketika masih hidup atau dijadikan hirisan, umpan ikan tamban berpeluang untuk mendaratkan ikan seperti pari, duri, kerapu, senangin atau kurau.
Ads
Sebagai mana hirisan sotong, hirisan ikan selayang juga berpeluang mendaratkan ikan berkualiti seperti sembilang, kerapu, atau duri sekiranya ia tidak banyak digetu dan dihabiskan oleh ikan-ikan kecil.
Boleh dikatakan pelbagai spesies akan membaham umpan hirisan sotong terutamanya yang masih segar. Jika bernasib baik anda akan menaikkan kerapu, pari, atau tetanda.
Ads
Sekiranya anda memperoleh anak ikan gelama sebesar ibu jari, jadikan ia sebagai umpan hidup dan tagan. Anak gelama ini biasanya digemari oleh pari, senangin, kurau atau malong.
Umpun-umpun merupakan umpan wajib hampir setiap rumah rakit. Walaupun ia sinonim sebagai umpan gelama, namun kadangkala ikan berkualiti seperti tebal pipi, tetanda, sembilang malah siakap turut membaham umpan ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Binomial name: Caranx melampygus (G. Cuvier, 1833)
Bluefin trevally atau bluefin kingfish merupakan satu spesies yang amat jarang diperoleh lewat masa kini. Malah, menyebut nama tempatannya iaitu gerepoh sirip biru kedengaran janggal lantaran lebih dikenali dengan nama globalnya, bluefin trevally. Sebaliknya ramai yang lebih lembut lidah untuk memanggilnya gerepoh atau GT sirip biru.
Bentuk badannya agak berbeza dengan gerepoh biasa terutama warnanya. Ia memiliki asas warna biru berkilau pada semua sirip dorsal, badannya kebiruan dipenuhi bintik-bintik hitam kecil serata badan terutama pada bahagian atas.
Warna kebiruan akan pudar sedikit demi sedikit apabila mati mengikut tempoh ia mula mati. Bahagian ekor seperti keluarga trevally lain, keras dan tajam seperti pisau. Muncung ikan ini lebih memanjang berbanding gerepoh mulut ke bawah. Badannya lebih slim memanjang dari gerepoh tapi lebih dempak dari ikan cupak.
Gerepoh sirip biru ini gemar kepada kawasan yang berkarang, berterumbu dan lagun yang cetek. Lokasi utama ialah terumbu karang dan kepulauan cincin yang kaya dengan flora dan fauna di dasar laut. Kini lokasi ini terletak jauh dari penempatan manusia kerana itulah ancaman utama spesies ini jika berkongsi habitat di kawasan yang hampir dengan manusia.
Di Malaysia, boleh dikatakan ia masih banyak di sebelah Sabah terutama terumbu karang dari Lucornia hingga Pulau Layang-Layang. Pulau Mabul lokasi berdekatan dengan Sipadan kini teruk menerima ancaman tangkapan berlebihan kerana ia berkeliaran di lokasi terlalu hampir dengan manusia.
Di semenanjung hanya Pulau Jarak dan Pulau Batu Putih masih di huni spesies ini. Tapi jumlah yang ditangkap oleh pemancing moden di kedua lokasi ini hanya boleh dihitung dengan jari. Kawasan yang disebutkan adalah lingkungan utama ia memburu mangsa yang terdiri dari pelbagai jenis ikan sama ada sisik dan tidak bersisik, anak ikan dan krustesia.
Seperti mana ikan gerepoh aka GT ia akan menerkam mangsa dari kawasan dalam ke permukaan cetek. Waktu lapang ia hanya berlegar di pertengahan air bermain sesama sendiri sebelum memburu mangsa secara berkelompok.
Bluefin trevally ini biasa ditemui secara berkumpulan gerepoh ini menyerang mangsa dari kawasan air dalam dan mampu mengharungi air secetek 2 kaki semata-mata menghambat anak ikan. Tanpa segan silu kumpulan predator ini berpesta seperti yang lazimnya dilakukan semasa ketiadaan manusia berhampiran.
Bergerak dalam kelompok cukup banyak sehingga air sekitar seperti gelap, menampakan susuk badan jelas di air jernih sehingga terpukau memandangnya.
Dikenali dengan nama umum malabar trevally (Carangoides malabaricus), ikan ini dan beberapa spesies dalam keluarga yang sama (trevally fish) juga di panggil cermin oleh kebanyakan nelayan dan pemancing. Antaranya ialah Carangoides dinema (shadow trevally) dan carangoides equula (whitefin trevally).
Perbezaan tidak begitu ketara kecuali diamati betul-betul perbezaan ekor dan sirip di kalangan ikan ini. Rata-ratanya berbentuk bulat leper dan berwarna cerah kehijauan pada bahagian atas, setengah kehitaman di bahagian mulut ke bawah, badan melebar nipis serta bintik-bintik hitam kecil di bahagian perut. Sesetengah kawasan ia di panggil rambai, etek, betek, putih.
Cermin selalu diibaratkan ikan yang cerah dan berkilat sesuai dengan nama yang di berikan. Pada dasarnya ia kelihatan leper melebar dan agak bulat keseluruhan badannya. Ebek, sagai, retek dan cermin berbeza bentuk badan dan paling ketara ialah saiz dan bentuk sirip dorsal di mana cermin dan retek lebih pendek berbanding sepupunya.
Berwarna keperakan cerah, sirip dorsal kedua dan sirip dubur memanjang hingga pangkal ekor bercabang. Pada bahagian perut ada sesetengahnya terdapat bintik hitam kecil di serata kawasan membawa hingga ke mulut.
Setengahnya pula seperti lebam hitam di bahagian mulut kebawah apabila mati walaupun kelihatan cerah sewaktu dinaikkan. Sirip dorsal pertama lebih pendek dari sirip dorsal kedua. Warna putih hadir di hujung sirip anal. Tidak mempunyai gigi. Ekornya berwarna kekuningan.
Dikatakan hanya mencapai hayat 3 tahun sahaja dan matang pada tahun kedua. Putara saiz sekitar 500 gram hingga sekilogram lebih. Jika di perhatikan kajian ini, bermakna ia mampu membesar sehingga sekilo setahun.
Taburan ikan cermin agak meluas dari Teluk Thailand membawa ke terumbu karang Australia, Lautan Hindi dari Sri Lanka ke Mauritius. Perairan Sabah menghala ke bawah Sandakan dan Tawau serta pantai timur semenanjung mendominasi taburan di semenanjung.
Cermin dan keluarganya yang lain boleh tinggal dalam satu kawasan. Keluarga ikan trevally rata-ratanya gemar berkumpul di kawasan tukun, karang dan tepi pulau yang berbatu. Kecuali jemuduk dan cupak sahaja yang gemar membuat rondaan di kawasan yang lebih terbuka di sebabkan saiz mereka mampu menjangkau berbelas hingga puluhan kilometer dan jarang menjadi pemangsa ikan lain.
Cermin juga boleh dijumpai merayau di kawasan unjam, benting pasir serta kawasan pinggir karang. Ikan ini lebih tertumpu di kawasan air dengan kedalaman dari 30 kaki hingga 150 kaki dan gemar kepada perairan yang jernih.
Sifatnya bergerak dalam kumpulan yang besar bersama-sama dengan spesies yang satu keluarga dengannya. Sejenis ikan karnivor dan sering bergerak mengikut kumpulan ikan dalam rantaian makanannya seperti selayang, selar yang juga merupakan satu keluarga dengannya.
Pada lazimnya cermin lebih tertumpu di pertengahan air, meronda dan berlegar di bawah rumpunan dedaun unjam dan mudah diintai kehadiran oleh tekong dan juruselam berpengalaman.
Mendiami satu lokasi pilihan seperti tepian ujnang dan atas kawasan karang seketika sebelum bergerak ke lokasi lain dalam jangka waktu yang tidak di pastikan. Pergerakannya berkait rapat dengan sumber makanan yang berada di permukaan air. Cermin menjadikan ikan-ikan pelagik kecil, krustasea dan moluska sebagai diet utamanya.
Bagi negara yang terkenal dengan spesies ikan tuna sirip biru Pasifik (Pacific bluefin tuna), sering melabel ikan ini sebagai ‘the forgotten bluefin. Walaupun spesies ikan berkedudukan teratas dalam piramid makanan lautan yang mampu membesar sehingga angka 550 kg (1200 lb), spesies ini sering diabaikan dalam banyak tindakan konservasi sebagai spesies tumpuan walaupun angka populasi spesies ini kian menurun.
Bukan sahaja terdedah kepada ancaman tangkapan berlebihan (overfishing) malah tuna sirip biru turut menjadi buruan bagi pecinta makanan berasaskan laut. Bluefin tuna biasanya ditangkap secara meluas oleh nelayan Mexico, Jepun dan Korea untuk pasaran di negara Jepun. Seekor tuna sirip biru mampu dijual dengan harga ribuan dollar untuk dijadikan sebagai hidangan sushi yang mahal.
Kelemahan soal pengurusan
Walaupun sektor perikanan Pasifik diperkasakan saban tahun, pihak pengurusan masih lagi gagal dalam mengguna pakai atau memperkenalkan satu sistem had tangkapan berteraskan saintifik bagi mengawal masalah tangkapan berlebihan.
Lautan Atlantik telah menunjukkan contoh terbaik kepada lautan pasifik bahawa pendekatan saintifik merupakan langkah yang sangat penting dalam melestarikan populasi ikan bluefin tuna. Data terkumpul menunjukkan tindakan dan langkah yang drastik perlu diambil bagi masa depan tuna sirip biru pasifik.
Kitaran hidup trans-pasifik
Ikan tuna sirip biru pasifik merupakan spesies ikan migrasi yang berenang beribu-ribu batu merentasi lautan. Walaupun merentasi jarak yang panjang dan luas, ikan tuna sirip biru pasifik yang matang hanya membiak di dua buah tempat yang dikenal pasti di luar pantai jepun.
Majoriti ikan ini menghabiskan hayatnya di bahagian barat pasifik manakala sebahagian pula apabila mencecah usia 1-2 tahun akan memulakan perjalanan 11 100 km (6000 batu) merentasi lautan pasifik menuju ke perairan yang kaya dengan makanan di california dan semenanjung baja di mexico. Selepas 2-4 tahun di timur pasifik, ikan ini akan kembali ke barat pasifik.
Kesan industri perikanan
Penangkapan jumlah ikan tuna sirip biru telah menjadi 2 kali ganda sejak 20 tahun yang lepas. Nelayan biasanya menangkap tuna apabila mereka dekat dengan pantai di mana spesies juvenil tuna sirip biru berkumpul sebelum dewasa.
Berpandukan jurnal perikanan pada tahun 2010, dianggarkan 90% ikan tuna sirip biru pasifik yang ditangkap belum mencapai tempoh matang atau dewasa. Ini menunjukkan tindakan yang membahayakan masa depan spesies ini. Penangkapan induk yang terlalu besar juga menjurus kepada potensi ketiadaan baka yang baik.
Solusi untuk masa depan
Global tuna conservation telah mencadangkan beberapa solusi yang diharap mampu memberikan ruang untuk masa depan bagi spesies tuna sirip biru pasifik. Antaranya termasuklah:-
Kemas kini stok ikan
Kemas kini penilaian stok ikan di mana lebih telus dan keputusan boleh diakses oleh umum.
Hadkan tangkapan
Melakukan gerak kerja yang lebih jelas dalam perangkaan tangkapan nelayan di barat pasifik.
Atasi masalah tangkapan berlebihan
Mengambil dan memperkenalkan langkah saintifik dalam had tangkapan tuna sirip biru pasifik yang boleh ditangkap setahun.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...