Dari hasil casting 14 orang peserta di Empangan Banglang lalu, kami merumuskan bahawa anda tidak perlu membawa banyak jenis gewang ke sini.

Terutamanya gewang minnow atau crank tidak kiralah aksi selaman dalam atau cetek. Walau ada juga peserta yang berjaya hasil penggunaan gewang jenis ini, namun peratusannya amat kecil. J

ika 100 ekor sebarau yang berjaya dipancing, hanya 3-4 ekor sahaja yang diperoleh menggunakan gewang minnow. Sementara crankbait hampir sifar tangkapan.

 

 ➡ Spoon / Sesudu

Lebih 70% sebarau didaratkan menggunakan spoon atau sesudu. Ia bukan saja berkesan digunakan ketika sebarau sedang frenzy mengerjakan anak ikan, tetapi turut efisien mengambil ikan di pra permukaan dan dasar sungai.

Apa saja jenis spoon boleh digunakan namun spoon yang berbentuk lebar seperti Abu Island lebih berkesan. Di percayai juga spoon yang diletakkan blade berwarna merah lebih membantu.

Hal ini telah dibuktikan apabila kami menggunakan spoon sama jenis namun yang memiliki blade lebih tinggi peratusan strike.

 

Warna spoon juga memainkan peranan tersendiri. Memandangkan air tasik di sini agak jernih maka spoon kekuningan atau keemasan lebih efektif berbanding spoon berwarna kilat atau chrome.

Kadar peratusan strike lebih tinggi jika spoon dibiarkan tenggelam hingga ke dasar sebelum dikarau laju menaik.

Ads

Ini adalah kerana kebanyakan dasar lubuk di sini terdiri dari batu-batu bertindan dan berlubang yang menjadi kediaman mewah sebarau ketika cuaca panas. Namun peratusan spoon tersangkut juga tinggi.

 

Sementara penggunaan mata kail tunggal dapat membantu mengatasi perkara ini. Walaubagaimana pun peratusan strike pula lebih baik jika menggunakan mata tiga.

 

 

 ➡ Spinner blade

Sebagaimana viral penggunaan spinner blade ketika ini di tanah air, sebarau Thailand ternyata turut terpadaya dengan lenggokan blade dan kilauan spinnernya. M

odel Ima Spingulf yang digunakan oleh seorang peserta contohnya, menerima paling banyak patukan dan strike.

Ads

Ia laku keras sehinggalah `keras’ di dalam lubuk setelah tersangkut pada dahan pokok tenggelam di tengah tasik.

 

Sebagaimana penggunaan spoon, spinner blade ini turut menerima banyak strike dari sebarau pelbagai saiz.

Cuma peratusan hook up agak berkurang berikutan hanya menggunakan mata tiga kecil di bawah perut blade.

 

Kelemahan juga sama seperti spoon iaitu sukar untuk diselamatkan sekiranya tersangkut pada sesuatu objek di bawah air walaupun menggunakan lure retriever.

 

 

Ads

 

 ➡ Pencil

Sekiranya anda ingin satu game yang mengasyikkan dan mendambakan sambaran dari monster Tasik Banglang, maka gewang yang perlu anda fokus dan digunakan dengan tekun serta sabar adalah gewang permukaan.

Namun bukanlah popper, sebaliknya pencil. Boleh dikatakan popper yang kami gunakan langsung tiada sambutan.

Jika ingin mencuba juga ia perlulah digayakan hampir tiada gaya. Atau dalam bahasa mudahnya perlu dimainkan dengan amat perlahan.

 

Bunyi pop dan percikan air yang dihasilkan seperti langsung tidak mampu menarik perhatian sebarau.

Pencil seperti Duo Realis, Rapala Skitter V dan Ima Skimmer bukan saja mencakop malah berjaya memperdayakan sebarau-sebarau mega Banglang Dam.

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI