Menurut seorang peniaga, King Chiew Ming, gelembung ikan berkenaan dijadikan sebagai bahan campuran dan popular dalam kalangan pengamal perubatan alternatif.

Gelembung ikan itu didakwa mampu menjadi bahan awet muda selain penawar penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung dan lemah tenaga batin.

 

 

Menurutnya lagi, harga gelembung ikan ini berbeza mengikut jenis dan kualiti. Pada kebiasaannya spesies ikan jantan lebih mahal berbanding betina kerana dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik.

Gelembung ikan jantan boleh dijual sehingga RM60,000 sekilogram manakala betina pula kira-kira RM3,300 hingga RM5,000 untuk sekilogram.

 

IKLAN

Sebelum gelembung ikan ini dapat dijual, beberapa proses perlu dilakukan seperti dikeringkan terlebih dahulu dan disimpan di tempat yang sesuai bagi mengekalkan kualitinya.

 

Tambah beliau, kebanyakan gelembung ikan yang dijualnya diperoleh daripada nelayan selain pemancing tempatan dan hanya dipasarkan di pasaran tempatan berikutan permintaannya yang tinggi tanpa mengira waktu.

Walaupun harganya mahal, permintaan pelanggan untuk gelembung ikan ini sentiasa ada.

 

IKLAN

Menurut seorang nelayan, Firdaus Jemain, ikan tirusan boleh diperoleh di sepanjang Sungai Batang Rajang terutama di kawasan muara sungai.

Namun, untuk menangkap ikan berkenaan tidak semudah disangka kerana hanya mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mampu menaikkan ikan yang dianggap liar dan sensitif itu.

 

Menurut Firdaus, pendapatan lumayan membuatkan pemancing sanggup bersabar dan bersengkang mata kerana lebih banyak ikan ditangkap, semakin tinggi pulangan dapat diraih.

IKLAN

Rezeki menaikkan ikan tirusan dianggap tuah kerana ia mampu memberi pulangan yang tidak mengecewakan selain permintaan yang sentiasa tinggi sepanjang masa.

(Sumber: bharian.com.my)

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI