Ikan hendaklah sentiasa berada di dalam air sepanjang masa. Sekiranya untuk mengambil gambar foto, pastikan jurufoto telah bersiap sedia dan lakukan dengan pantas agar ikan tersebut dengan segera diletakkan semula ke dalam air.
Langkah pertama pastikan kepala ikan tersebut mengarah ke hulu sungai, pilihlah suatu sudut atau kawasan yang berarus perlahan (manakala di tasik atau lautan, arus bukanlah suatu faktor masalah bagi proses merawat pulih tangkapan). Pastikan aliran air memasuki bahagian mulut dan insangnya.
Ads
Gerakkan ikan secara perlahan-lahan dengan menyorong ia ke depan dan undur semula ke belakang berulang kali sehingga kelihatan bahagian insangnya mula membuka dan menutup sehingga stabil. Pastikan badan ikan dipegang dengan lemah lembut.
Ads
Bila ikan tersebut semakin pulih dan stabil dan cuba untuk memulakan renangan, maka biarkan ia terus berenang dengan sendirinya dari tangan kita. Ikan yang besar biasanya mengambil masa untuk kembali pulih, maka ulangi proses tersebut berkali-kali sehingga ia pulih seperti sediakala.
Ads
Perhati ikan berenang pergi dengan sendirinya. Jika ikan kelihatan seperti miring maka berilah bantuan sekali lagi. Dan sekiranya sudah tidak berpeluang untuk hidup, bawalah ia pulang untuk dijadikan hidangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Game fish atau ikan sukan sememangnya menjadi antara ikan buruan utama kaki pancing. Ia menjadi lebih menarik lagi bila ikan-ikan game fish ini mampu melakukan lompatan akrobatik ke udara. Pada masa itu, derauan adrenalin pasti memuncak dan mampu memberikan kepuasan yang tidak terhingga buat kaki pancing.
Kurau (King Threadfin / Polydactylus macrochir)
Ikan kurau banyak menjadikan kawasan berlumpur dan berstruktur seperti kelong dan pantai berbatu sebagai habitat utamanya. Selain terkenal sebagai antara ikan gred A di Malaysia, ikan kurau juga tergolong sebagai salah satu game fish kerana kelicikannya melarikan umpan dan juga sekali sekala mampu memberikan lompatan bertenaga untuk memuntahkan mata kail. Rekod IGFA pernah menunjukkan spesimen kurau terberat ialah 27.5 lb yang ditewaskan di Northwestern Australia pada tahun 1966.
** Level Lompatan Akrobatik: 12.2/20
Siakap ( Barramundi / Lates calcarifer)
Terkenal sebagai salah satu spesies buruan yang dikatakan mampu memberikan tentangan sengit ketika bertarung dengan aksi akrobatik yang menarik di udara. Siakap juga dikenali sebagai spesies predator yang gemar menyerang hendap pemangsa yang lalu di hadapannya. Ia biasanya bersembunyi di celah-calah reba dan juga batu untuk menghendap dan memburu mangsa. 96 lb 6 oz merupakan spesimen siakap yang terberat pernah direkodkan. Ia didaratkan di Monduran Lake pada tahun 2010.
** Level Lompatan Akrobatik: 12.4/20
Bandang (Ladyfish / Elops saurus)
Seperti siakap, bandang juga menjadi spesies buruan kaki pancing kerana spesies ini dikatakan mempunyai kelajuan yang luar biasa dan mampu memuntahkan mata kail dengan mudah ketika melakukan lompatan akrobatik di udara.
Ikan bandang biasanya menjadikan kawasan pesisir pantai, kawasan berstruktur seperti jeti, pelantar dan juga muara sungai sebagai habitat utamanya. Menurut fishing-florida.com, ikan bandang turut diangkat sebagai “one of the best fighting inshore fish that swims”.
Kini ramai yang gemar memburu bandang denga set ultralight kerana ‘karen’nya dikatakan lebih hebat dengan menggunakan set ringan. Rekod terbesar bandang yang pernah didaratkan di Florida ialah 4 lb 10 oz.
** Level Lompatan Akrobatik: 13.4/20
Talang (Queenfish / Scomberoides commersonianus)
Talang atau nama biasanya queenfish merupakan spesies yang tergolong dalam keluarga jack / trevally. Spesies ini paling syok kalau dilayan menggunakan set ringan. Di Malaysia, ramai yang gemar memburu talang menggunakan set light jigging kerana ia gemar memburu pemangsa di pertengahan air. Rekod dunia menunjukkan spesimen talang terberat pernah didaratkan ialah pada tahun 2010 iaitu seberat 39 lb di Afrika Selatan.
** Level Lompatan Akrobatik: 13.7/20
Belitong (Mahi-Mahi / Coryphaena hippurus)
Belitung atau turut dikenali sebagai dorado / mahi-mahi sememangnya layak dikategorikan sebagai antara game fish buruan kaki pancing. Dengan corak warna yang cantik pada badannya dan larian serta lompatannya yang bertenaga, ikan Belitung sentiasa dianggap sebagai “perfect game fish” di kawasan laut lepas. Rekod dunia ikan Belitung terberat pernah direkodkan ialah 87 lb yang didaratkan di Papagallo, Costa Rica pada tahun 1976.
** Level Lompatan Akrobatik: 17.5/20
Marlin Hitam (Black Marlin / Istiompax indica)
Ikan marlin hitam yang terkenal dengan daya juangnya yang tinggi memang layak diangkat sebagai “ocean ultimate trophies” di dunia. Bilangannya kini semakin berkurangan. Ikan ini layak dinobatkan sebagai antara ikan dengan lompatan yang mengagumkan di lautan. Rekod dunia menyaksikan ikan marlin hitam terberat pernah ditewaskan oleh pemancing ialah seberat 1560 lb di Cabo Blanco, Peru pada tahun 1953.
Disebut sahaja nama layaran pasti ramai yang membayangkan Rompin, Pahang sebagai lokasi utama buruan spesies ini. Tidak hairanlah nama Rompin turut diangkat sebagai salah satu kawasan pancingan terbaik bagi memburu layaran di dunia. Ikan layaran ini amat terkenal sebagai ikan trofi bagi sesetengah kaki pancing. Dengan kelajuan yang mampu mencecah 68 mph dan juga lompatan yang begitu padu di udara, ikan ini sememangnya menjadi antara salah satu ikan kebanggaan di Malaysia. Rekod dunia mencatatkan spesimen terberat pernah dinaikkan di Ecuador pada tahun 1947 iaitu seberat 221 lb.
** Level Lompatan Akrobatik: 18.5/20
Bulan ( Tarpon / Megalops atlanticus)
Ikan bulan atau tarpon memang terkenal sebagai ikan dengan lompatan yang menakjubkan dan kelicikannya memuntahkan mata kail. Atas faktor rahangnya yang kuat menjadikan mata kail agak mudah terlucut jika ikan bulan melakukan lompatan akrobatik berulang kali. Walaupun di Malaysia spesies ini tidak membesar sama seperti di luar negara, namun ikan bulan atau tarpon memang layak diangkat sebagai ikan ‘game-fish’ dengan aksi lompatan akrobatik yang paling menakjubkan ada di dunia jika dikira melalui aspek keseluruhan. Spesimen seberat 286 lb 9 oz yang didaratkan di Guinea Bissau, Afrika pada tahun 2003 diangkat sebagai rekod dunia ikan tarpon yang pernah didaratkan.
Melalui aplikasi sonar, para pemancing berpeluang menjelajah lebih banyak lubuk dengan mudah.
Pemancing tidak perlu lagi menunggu ikan datang untuk memakan umpan, sebaliknya boleh menjejaki di mana kebun ikan untuk menghulur umpan betul-betul di depan mata mereka.
Bagi nelayan laut dalam, sonar adalah alat terpenting bagi untuk mereka mencari rezeki.
Perkataan sonar berasal daripada perkataan ‘Sound, Navigation, Ranging‘ (bunyi, panduan dan jarak).
Jadi alat yang menggunakan bateri ini akan memaparkan apa sahaja yang ada di bawah bot termasuk ikan dan struktur muka bumi di bawah sana.
Komponennya terdiri dari pemancar (transmiter), transduser, alat penerima dan skrin paparan.
Apabila ia di pasang, signal elektrik voltan rendah dari transmiter akan ditukar kepada gelombang bunyi oleh tranduser dan dipancarkan ke dalam air.
Gelombang bunyi akan terpantul balik ke permukaan apabila mengenai objek dalam air. Sekali lagi gelombang bunyi ini akan ditukar kepada signal elektrik oleh alat penerima
seterusnya dihantar kepada skrin paparan sama ada dalam bentuk hitam putih atau warna (lebih mahal harganya).
Sonar akan sentiasa menghantar dan menerima isyarat berulang kali dalam setiap saat. Ini kemudian akan memberi gambaran secara terus menerus pada skrin selagi pancaran bunyi dan signal elektrik tidak terganggu.
Apa saja yang menghalang gelombang bunyi di dalam air akan dipaparkan pada skrin termasuk kedalaman air semasa.
Objek yang menghalang gelombang bunyi di pertengahan air sering diertikan sebagai ikan atau mungkin sampah dan sebagainya.
Sonar berprestasi tinggi, merangkumi empat elemen penting iaitu pemancar berkuasa tinggi, transduser yang cekap, alat penerima sensitif dan skrin paparan beresolusi tinggi.
Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai model dan terpulang kepada bajet anda. Bermula dari ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit.
Ada yang berjenama, tidak kurang juga yang jenama ‘cap ayam’. Pendek kata lagi mahal harganya, lebih tepat dan jelas kualiti paparannya serta terdapat fungsi lain yang disertakannya.
BAGAIMANAKAH GABUNGAN TEPUNG GANDUM DAN MINYAK MASAK BOLEH DIJADIKAN UMPAN? MEMANG MACAM TAK MASUK AKAL JE BUNYI ITULAH KENYATAAN. MALAH DENGAN TEKNIK YANG BETUL, UMPAN INI MAMPU MENGATASI KEBERKESANAN PENGGUNAAN UMPAN DEDAK ATAUPUN ROTI.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
LANGKAH 1
Masukkan kira-kira ½ kg tepung gandum (setting untuk ½ kg) ke dalam bekas adunan atau tong umpan.
LANGKAH 2
Masukkan sedikit demi sedikit minyak serai dan gaul adunan.
LANGKAH 3
Sebaiknya dapatkan adunan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan ia sudah boleh digunakan.
LANGKAH 4
Masukkan 2-3 penutup pes pandan ke adunan dan gaul hingga sekata.
LANGKAH 5
Apabila memasukkan pes, adunan akan menjadi kental atau keras. Masukkan lagi minyak dan gaul bagi mendapatkan adunan yang tepat.
LANGKAH 6
Cucuk mata kail (perambut Y) dengan keropok jagung atau jajan memenuhi mata kail.
LANGKAH 7
Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan kepalkan mata kail. Kepal dengan kemas agar ia betul-betul melekat.
LANGKAH 8
Umpan yang sedia untuk dibaling ke lubuk. Sebaiknya gunakan teknik tanam batu mati bila menggunakan umpan tepung ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...