Trip ulangan kali kedua menduga lautan Sabah benar-benar mencapai misi seterusnya ‘memecah tong’.
Jika anda ingat lagi, tahun lepas kami buat pertama kalinya mencuba nasib di Sabah, dan kerana keterujaan dengan hasil laut Sabah inilah yang membuat kami dari Kelab Pemancing Wanita Malaysia (WAC) gigih membuat trip ulangan pada tahun ini.
Peserta trip kali ini seramai 12 orang ahli Kelab Pemancing Wanita Malaysia iaitu Normala, Shima, Zahra, Liza, Farah, Laili, Anun, Azimah, Amy, Fred, Shida, Atteh dan diketuai guider kami iaitu Pok Mud.
Trip 3 hari 2 malam di atas bot bukanlah perkara remeh temeh bagi kami, lebih-lebih lagi memandangkan kami semua adalah wanita.
Persiapan rapi serta persediaan diri dan mental sangat penting. Tidak lupa juga pengurusan tiket kapal terbang dan perubatan.
Dari segi peralatan memancing, kesemua peserta membawa dan menggunakan set reel elektrik untuk bermain ‘bottom’ dan ada juga yang membawa set jingging untuk mencuba nasib di sana.
Kami berkumpul pada jam 9 pagi di Jeti KK Waterfront bersebelahan pasar besar selepas membeli beberapa bekalan makanan ringan di pasar itu.
Lebih kurang jam 10 pagi, bot memancing kami yang pandu kapten Mazlan mula bergerak meninggalkan jeti.
Perjalanan menuju ke destinasi atau port memancing kami memakan masa lebih kurang 6 jam.
Ads
Sepanjang perjalanan, kami menggunakan masa sebaik mungkin dengan membuat persedian memancing, memasang rod dan sebagainya.
Destinasi pertama kami tiba pada jam 4 petang. Sebaik sahaja sauh dilabuhkan, kami tanpa membuang masa memulakan aktiviti permancingan kami.
Untuk trip kali ini, peserta pertama yang ‘memecahkan telur’ paling awal adalah cik Anun dengan ‘double strike’ ikan kerapu dan merahnya.
Teruja melihat hasil cik Anun, semua peserta yang lain gigih mengendalikan set pancingan masing-masing.
Ads
Hasil bersilih ganti, bertuahnya kami kali ini kerana kapten bot kami rajin menukar port apabila peserta sunyi dari hasil yang dinaikkan.
Setiap port mempunyai hasil yang berbeza-beza tetapi tetap memberangsangkan. Cuma pada malam yang kedua sahaja hasil agak hambar dan lebih menhambarkan apabila umpan kami habis.
Untuk meneruskan memancing, kami mencari umpan ikan menggunakan teknik apollo.
Antara ikan yang berjaya kami naikkan ialah ikan merah, ikan kerapu, ikan ibu kerisi, ikan ayam, ikan ‘mata liza’, ikan uji rashid (mata besar), ikan kacang, ikan haruan tasik, siakap merah, ikan tanda karang , ikan tanda tanya dan lain-lain.
Ads
Cukup menarik perhatian kami, untuk pertama kalinya kami melihat ikan ‘scorpion’ (dinaikkan oleh Shida) dan ‘electric eel’ (dinaikkan oleh Normala).
Tetapi tekong membuang semula ikan itu ke laut kerana bimbang kami tersentuh ikan itu yang dikatakan merbahaya dan berbisa.
Juga turut dinaikkan ikan ‘Wobbegong Shark’ oleh Shida tetapi dilepaskan semua ke laut untuk memelihara spesis ikan ini agakntidak pupus.
Pagi-pagi hari ketiga, bot sudah bergerak untuk pulang ke darat. Dalam perjalanan pulang, inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu kami semua iaitu mengeluarkan semua hasil dalam tong dan bergambar kenangan.
Untuk pengetahuan anda semua, tong ikan pertama dan kedua kami sudah penuh,selebih ikan pancingan kami masukkan dalam tong sejuk bot.
Pada tahun lepas kami tak dapat merasa bergambar dengan ikan penuh atas meja. Kali ini, hasil pancingan kami seperti ikan dipasar. Menarik dan suatu pengalaman yang tak akan dilupakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebenarnya trip ini merupakan trip ulangan saya pada selepas kunjungan pertama yang tidak begitu cemerlang, bila mana tiada seekor kelah bara dinaikkan. Jadi trip ini diharap menjadi pengubat kedukaan dalam misi mencari kelah bara.
Setelah semua barang dimuatkan ke dalam kereta, kami memulakan perjalanan dari Petaling Jaya menuju ke bandar Kuala Berang yang mengambil masa kira-kira 6 jam.
Selesai solat subuh dan bersarapan sambil membeli sedikit bekalan tambahan kami bergerak menuju ke Jeti Jenagor untuk mendaftar masuk ke Taman Negara Kenyir.
Ekspedisi 10 jam
Jika trip pertama, kami terus menaiki speedboat dari jeti, tetapi kali ini kami menaiki boathouse Tekong Karim. Tekong ini kami anggap antara tekong terbaik yang pernah kami gunakan khidmatnya iaitu sejak enam tahun lalu hingga sekarang.
Perjalanan ke Sungai Terenggan mengambil masa kira-kira 5 jam dan seperti biasa tempoh yang panjang ini kami unakan sepenuhnya untuk merehatkan badan, maklumlah kerana di antara kami ada yang bekerja shift malam.
Walaupun malam itu kami memancing, tetapi tidak lama. Mungkin teruja untuk aktiviti sebenar keesokan harinya, kebanyakan daripada kami masuk tidur awal.
Awal-awal pagi lagi kami sudah bangun. Selepas persiapan dilakukan dan bersarapan, kami bergerak menaiki speedboat menuju Lubuk Asli secara bergilir.
Dari situ kami memulakan perjalanan dan sasaran kami adalah berkhemah di Ulu Pering yang akan mengambil masa kira kira-kira 8 jam untuk sampai.
Setelah lebih kurang sejam berjalan meredah hutan, Fuad, salah seorang daripada ahli kumpulan kami mengalami kekejangan otot. Perjalanan terpaksa dihentikan seketika bagi memberi peluang Fuad merehatkan badan dan mengurangkan kesakitan.
Tetapi, oleh kerana semangat yang kuat untuk memburu raja sungai, kesakitan yang dialami tidak begitu dihiraukan sambil dia tetap berazam untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Namun, kami tidaklah memberi tekanan kepadanya, sambil perjalanan berhenti rehat beberapa kali. Sekitar jam 6 petang, kami akhirnya berjaya sampai ke Lubuk Panjang (Lubuk Berdengung).
Kami mengambil keputusan untuk berkhemah memandangkan Fuad sudah tidak berdaya lagi.
Pancingan dasar
Setelah khemah siap dipasang dan makan malam, Karim dan Pak Mat membina para untuk menyalai ikan yang ditangkap nanti, manakala Pak Chom, Zack, Aiman dan Milo menuju ke bawah untuk mencuba nasib sebelum malam berlabuh.
Pada pengamatan saya yang sudah beberapa kali trekking bersama Karim, lazimnya jika dia membuat awal para untuk menyalai ikan, akan ada rezeki kelah buat kami.
Bagi penjejak kelah, suasana bising perkara yang perlu dielakkan. Bahkan cahaya lampu suluh juga mesti dielakkan dari disuluh di permukaan air terutama di kepala dan ekor lubuk, kerana di sinilah kelah dan kejor bersaiz besar akan mula berkeliaran mencari makanan.
Lewat malam, Mus dan Karim beralih mencuba di lubuk dalam di bahagian atas. Sekitar jam 12.30 malam satu sentapan kuat berlaku yang menyebabkan joran Mus hampir terjun ke lubuk. Mujur batang joran sudah berikat.
Pertarungan hampir 10 minit tetapi kelibat mangsa belum kelihatan, Karim sudah bersedia di tepi tebing untuk menarik mangsa ke darat, malangnya dengan kudrat yang masih ada mangsa membuat henjutan terakhir memutuskan tali utama (tali sulam 20lb). Hampa sungguh wajah Mus ketika itu.
Mangsa dikhuatiri meloloskan diri mungkin terkejut dek cahaya lampu yang disuluh ke dalam air sewaktu pertarungan tadi malah struktur batu-batu besar yang terdapat di dasar membantu mangsa memutuskan tali pancing.
Joran patah
Melihat aksi Mus yang digasak begitu hebat, ada di antara rakan-rakan yang tidur-tidur ayam, terus sahaja cerah biji mata. Iyelah memang satu kerugian, trekking jauh-jauh tetapi tidur di dalam khemah. Apa salahnya berjaga sedikit. Bukan selalu dapat sampai ke sini.
Malam itu, rata-rata di antara kami galak menerima sambaran. Paling memeranjatkan kami bila joran milik Karim patah dikerjakan mangsa selepas diasak kuat sebelum mangsa berjaya meloloskan diri. Kecewa lagi bila gagal menaikkan kelah bersaiz besar.
Pada malam itu, seekor kelah dan dua ekor kejor yang dianggarkan sekitar 1 kg setiap seekor berjaya juga dinaikkan di samping baung akar yang tak terkira banyaknya memenuhi jut.
Hari kedua, kami mengambil keputusan berpecah kepada dua kumpulan. Pak Chom, Fuad, Zack, Milo, Nasir dan Aiman menghala ke bawah lubuk khemah. Manakala saya, Mus, Karim dan Pak Mat naik ke atas hingga sampai ke Ulu Pering.
Saya yang membaling umpan di hujung ekor lubuk akhirnya mendapat sentapan kuat. Dek kerana air yang jernih memang jelas kelah bara memecut untuk melepaskan diri.
Dengan berhati-hati saya melayan mangsa agar tidak terlepas dan akhirnya puas, bila kelah dalam skala 1.5kg berjaya saya pangku.
Akhirnya dapat juga lesen, setelah tiga trip sebelum ini gagal membuahkan hasil. Sejam kemudian, giliran Mus pula menerima sentapan kuat, larian padu mangsa di kepala lubuk membuatkan Mus tak senang duduk kerana terdapat batuan besar yang mungkin dapat memutuskan perambut 20lb yang dipakai.
Benar kata pepatah, kalau dah rezeki memang tak ke mana. Kelah hampir sama saiz berjaya didaratkan. Sekitar pukul 4.00 petang kami menamatkan pancingan dan pulang semula ke khemah.
Dua ekor kelah bara dan 5 ekor kejor berjaya didaratkan (yang kecil dilepaskan semula ke habitat asal). Perkhabaran daripada rakan di bawah pula, gagal menaikkan kelah bara. Hanya kejor yang berjaya dinaikkan.
Hari ketiga
Hari terakhir di lubuk ini, kami memutuskan untuk membuat sebuah rakit buluh untuk membawa barang-barang. Lega rasanya bila bahu tiada lagi beban memikul beg. Kami tidak begitu terlalu memancing pada hari ini dan hanya casting pada lubuk-lubuk tertentu di sepanjang kembali turun ke bahagian hilir.
Apa pun, trip kali ini membuatkan kebanyakan daripada kami tersenyum, lebih-lebih lagi kepada rakan yang gemar membuat asam pedas ikan baung yang begitu banyak kami perolehi.
Kami selamat sampai di boathouse sekitar jam 5.30 petang dan sebelah malamnya kami lebih banyak berehat.
Jam 10 pagi keesokan harinya, boathouse mula meninggalkan Sungai Terenggan dan kami tiba di Jeti Jenagor menjelang jam 2 petang. Sesungguhnya memori joran terbang dan henjutan kelah bara membuatkan kami tersenyum puas.
Perkenalan dengan rakan dari Sabah, iaitu Ralf dan Alam yang bekerja di Semenanjung telah membuka pintu untuk saya sampai ke sana. Itupun selepas mereka meracun saya dengan gambar-gambar tembaring dalam trip mereka terdahulu.
Selepas berbincang, lepak di kedai makan dan bersembang di whatsapp, saya akhirnya menjejakkan kaki kali pertama di bumi Sabah atau lebih tepat lagi di Sandakan iaitu di kampung halaman mereka sendiri.
Setibanya di Lapangan Terbang Sandakan, kami bertiga, saya, Ralf dan Alam dijemput oleh adik Alam, Ulek dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda menuju ke Kampung Sugut yang terletak kira-kira 4 jam perjalanan dari Sandakan.
Hari pertama tiba di Kampung Sugut, kami hanya berehat sahaja di rumah dan saya mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar kampung. Malamnya kami menyiapkan peralatan senjata tempur.
JUMAAT (Day 2/6)
Selepas bersarapan, kami menuju ke di jeti berhampiran kampung berkenaan. Hanya lima minit sahaja dari rumah Alam dan lokasi pencarian tembaring adalah di Sungai Paitan. Selain nama tembaring dan kanai, orang di sini juga menyebutnya dengan nama ‘temaing’.
Di situ telah tersedia dua buah bot dan rakan lain yang menunggu kami. Saya, Ralf, Ujang menaiki bot yang dibawa oleh Daus. Manakala sebuah bot lagi yang dibawa oleh Farhan dinaiki oleh Ustaz Syukri, Alam dan Ulek.
Selepas 30 minit menaiki bot, kami memulakan trolling dan juga casting. Menurut Daus, mereka di sini lebih gemar bermain trolling dan bottom. Sesekali sahaja melakukan kaedah casting. Namun pagi tersebut, kami kumpau sekumpaunya.
Selepas solat Jumaat, kami sekali lagi turun ke lokasi tidak jauh dari susur sungai yang pertama tadi. Hasilnya kami berjaya memperoleh siakap merah, kerapu, baby GT dan juga anak alu-alu. Tiada tembaring berjaya diperolehi.
Setibanya di sebuah persimpangan sungai yang agak strategik dengan keadaan struktur kayu bakau dan nipah yang tenggelam kami memberhentikan sampan. Menurut tekong,
inilah lokasi di mana banyak tembaring bersaiz mega pernah dinaikkan. Apa lagi tanpa membuang masa saya dan Ralf memulakan sesi casting. Setelah lama memujuk penghuni dasar tiada seekor pun yang sudi menjamah.
Kami meneruskan sesi trolling di kawasan tersebut. Baru seminit Ralf menunda dah menerima sentapan kasar. Gewang Zerek saltwater series dengan kekuatan tali sulam 40lb berserta tali perambut Sufix 50lb ditekan ke bawah.
Keadaan menjadi kelam kabut disebabkan tali keluar mencurah-curah. Hanya beberapa minit bertarung ikan berjaya melepaskan diri. Kami melihat kesan ragutan ikan memang
sah ini tembaring. Jelas tertera gigitan bersaiz 1 inci seperti pontianak bak kata tekong kami. Anggaran saiz dalam 3 kilo ke atas.
Di penghujung waktu petang, saya dikejutkan bunyi sambaran yang kuat oleh bot di sebelah. Rupa-rupanya Ustaz Syukri yang melontarkan gewang pensil ke arah tebing, telah
mendapat satu sentapan kuat. Saya melihat bagaimana Ustaz Syukri bergasak menahan tali dari terus keluar dari spool kekilinya.
Disebabkan setup yang digunakan oleh Ustaz Syukri agak kasar, iaitu rod PE 1-3, kekili Penn Conflict 4000, tali braided 40lb dan perambut 50lb, akhirnya tembaring seberat 3.7
kg memihak kepadanya. Kami semua tumpang gembira dengan tangkapan tersebut, lebih-lebih lagi empunya diri yang baru berjinak dengan teknik casting.
Ini menambahkan lagi semangat kami yang tengah berkobar-kobar memburu ikan pujaan kaki casting Lewat petang, kami pulang semua ke jeti Kampung Sugut sambil memujuk hati saya, “esok masih ada”.
SABTU (day 3/6)
Awal-awal pagi lagi, saya telah bangun dan bersiap. Saya membelek apakah warna gewang yang mahu dipertaruhkan. Antara gewang yang saya bawa termasuklah top water, minnow
dan juga selaman dari jenama Rapala, Storm serta Halco, termasuklah gewang yang dikatakan killer Halco Sorcerer 125. Manakala set joran yang saya bawa adalah joran 10-
25lb berserta kekili Daiwa Ryoga 160HL yang dipadankan dengan tali 25LB dan perambut 40lb.
Kami melalui banyak spot yang berpotensi. Namun hanya GT juvenil dan siakap merah sahaja menjadi penghibur. Sentapan yang kuat pada mulanya saya anggap tembaring, tetapi hanyalah siakap merah yang terlekat di mata tiga gewang.
Situasi yang sama juga berlaku pada sebelah petangnya. Kali ini lebih teruk kerana perubahan air pasang surut yang terlalu cepat bagaikan torpedo menyebabkan ia langsung tidak sesuai untuk casting dan juga trolling.
Apa yang menggerunkan saya adalah, selain tembaring, sungai ini juga dipenuhi buaya dan mereka menasihati, buat tidak tahu sahaja fasal itu. Setakat ini, buaya di Sungai
Paitan pernah tidak kacau orang. Walau diberi jaminan oleh mereka, rasa gerun itu sebenarnya tidak boleh dielakkan.
Pada sebelah petangnya kami mencuba nasib di sebuah anak sungai yang agak terpencil yang dipenuhi dengan daunan nipah yang tenggelam.
Kami mencuba menggunakan gewang selaman dalam tetapi hanyalah kawanan bulan yang sudi menyambar.
Kami menukar teknik menggunakan gewang permukaan. Sentapan pertama hasil daripada lontaran Ujang telah disambut oleh sang tembaring.
Aksi akrobatik ikan yang menyambar gewang di tepi sampan kami membuatkan semua tergamam tapi sayangnya kurang kemas.
Semua yang berada di atas sampan menukar gewang pensil termasuk la saya sekali. Balingan ke celah-celah dahan nipah yang tenggelam membuahkan hasil apabila disambut kemas sang kanai.
Ternyata kudrat ikan ini amat dasyat! Kekili dan joran saya di henjut habis, saya cuba mengetatkan drag sedikit demi sedikit dan akhirnya tembaring berskala anggaran lebih 3 kilo menunjukkan dirinya di tepi sampan.
Di dalam hati saya, “Yesss akhirnya dapat lesen!” Tetapi sayang sekali henjutan ala-ala torpedo di saat akhir membuatkan saya berputih mata. Sahabat saya, Ralf yang berada
di belakang sampan membuat lontaran yang sama ke arah belakang dan akhirnya menerima sambaran sang kanai dan berjaya mendaratkan kanai berskala 1.5kg.
Kami semakin bersemangat untuk memburu spesies ini. Semakin hari menjelang malam semakin banyak sentapan ganas sang kanai diterima, tetapi semuanya tidak berjaya didaratkan. Hati semakin membara untuk membalas dendam pada keesokan hari.
AHAD (day 4/6)
Hari ketiga casting, saya berdoa semoga ada tembaring yang berjaya didaratkan. Daus dan Farhan membawa kami ke jaluran delta Sungai Paitan yang lain pula. Kali ini berhampiran dengan muara laut.
Pagi itu, kami memulakan aksi dengan trolling terlebih dahulu. Daus berkata kepada saya, hari ini kami pasti akan berjaya mendaratkan hasil. Malangnya sehingga ke tengah hari
saya masih belum mendapat apa-apa sambaran. Hanya todak dan baby GT sahaja yang sudi menyambar gewang. Bot yang satu lagi juga belum ada menampakkan tanda tembaring akan diperoleh.
Sesi sebelah petang, kami bertukar lokasi lagi. Akhirnya, tiba di satu spot yang berpotensi, saya melontarkan gewang permukaan Zerek trail weaver 65cm ke arah tebing. Karauan
selepas lontaran kali ketiga, tiba-tiba sahaja air di permukaan berkocak perlahan dan terus serta-merta sahaja tali menegang.
Saya hanya mampu menahan tali yang mencurah keluar dari kekili Ryoga 1016HL dengan karauan begitu sukar dilakukan. Akhirnya larian yang disyaki tembaring ini gagal dikawal dan akhirnya putus selepas ia memasuki reba. Terkesima saya seketika.
Ralf akhirnya memecah kebuntuan apabila dia menaikkan seekor tembaring yang masih baru. Tidak lama kemudian, dua kali lagi Raif menerima strike, namun tetap gagal menaikkan apabila dengan mudah gewang tersangkut direba.
Di lubuk berhampiran, saya sekali lagi mendapat sambaran, namun gagal menaikkan ikan ini. Kesnya sama sahaja iaitu, tali mencurah keluar bagaikan air walaupun drag diketatkan habis.
Malam itu, kami rancak bercerita perihal kejadian yang berlaku disiang harinya sambil saya sempat juga berkenalan dan lepak dengan beberapa orang pemuda kampung yang pulang
dari memancing dasar. Dengan menggunakan umpan ikan jenjulung dipotong dua, mereka pun berjaya memperoleh tembaring dan kerapu.
ISNIN (Day 5/6)
Ia hari terakhir saya di Sungai Paitan ini. Sama seperti hari semalamnya saya beranggapan hari ini tuah akan mengiringi nasib saya. Namun malangnya, saya dan Ralf asyik dibuli
sahaja. Kami hanya merasai tarikannya sahaja. Alam akhirnya berjaya memperoleh seekor tembaring, namun ia masih bersaiz juvenil.
Saya pula masih kumpau. Hari itu, kami hanya memperoleh siakap merah dan alu-alu sahaja.
SELASA (Day 6/6)
Dalam kapal terbang pulang ke Semenanjung, saya masih terbayang peristiwa sepanjang memancing di Sungai Paitan ini.
Saya begitu mengagumi kehebatan dan kegagahan tembaring ini. Peristiwa dibuli tembaring menyebabkan saya bertekad untuk datang lagi ke Sungai Paitan ini.
Kami berlepas dari jeti dan menuju ke lokasi hotspot pertama untuk mencari sotong dan umpan hidup. Masing-masing bersiap dengan senjata candat.
Senjata pilihan kami berupa rod 20-30lb dengan padanan kekili saiz 4000-6000, perambut candat 20lb-30lb yang halus dan ladung yang bersesuaian dengan kelajuan semasa air.
Awie berjaya memecah kebuntuan dengan seekor sotong skala satu kaki lebih dan sempat merasa hadiah rembesan air hitam sotong di kakinya.
Kemudian Hj. Musa pula menaikkan lesen sotongnya pada petang itu sebelum seekor demi seekor dinaikkan oleh setiap ahli kumpulan kami.
Seketika kemudian, Tekong Rosli tangkas menyauk begitu banyak sotong jarum yang tiba-tiba bermain-main di permukaan. Ini sudah bagus, bekalan umpan hidup datang menyerah diri.
Kami melabuhkan umpan masing-masing setelah perut kenyang. Dalam suasana sunyi dan mengantuk mula datang akibat kekenyangan, kami dikejutkan dengan lendutan rod Awie yang menaikkan seekor baby jemuduk bersaiz 1-2kg yang membaham umpan kepala sotong.
Mahfiz pula tenang menyusul dengan seekor jemuduk bersaiz 3kg sebelum giliran Abang Rosli dengan jemuduk bersaiz 2kg.
Malam makin larut, henjutan semakin kurang dan masing-masing pula semakin habis tenaga. Orang baru, Mamak pula sudah terlentang akibat mabuk laut.
Setakat ini, Awie gah mendahului dengan hasil terbanyak. Bagi mendapatkan rehat secukupnya dan mengumpul tenaga untuk pertarungan esok, kami mengambil keputusan untuk tidur sambil meninggalkan otai-otai yang masih gagah meneruskan aksi malam itu.
Hari kedua bermula setelah dapat rehat secukupnya. Saya mendapat berita yang Mahfiz berjaya menjinakkan seekor cobia seberat 8kg seawal jam 2 pagi tadi.
Masing-masing yang masih mamai mula bersemangat dan melabuhkan umpan masing-masing.
Rupa-rupanya serangan sebenar bermula sekitar jam 6 pagi. Saya yang baru bangun terpaksa bertarung dalam mamai selama 10 minit setelah rod saya tunduk minta diangkat.
Umpan sotong jarum yang saya labuhkan membuka selera seekor jemuduk batik seberat 6.5kg.
Seterusnya giliran Mahfiz menaikkan seekor tenggiri sesat biarpun ’foul hook’ kerana tersangkut pada insangnya. Kemudian, masing-masing bergilir menaikkan jemuduk.
Serangan jemuduk ini semakin rancak ketika matahari semakin memancarkan cahaya paginya sekitar jam 7 pagi.
Mahfiz, Mamak dan Awie mendapat triple hook-up akibat serangan jemuduk skala 5-6kg. Tekong bot iaitu Abang Rosli tidak menang tangan membantu menggancu ikan naik ke atas bot. Kemudiannya double hook-up pula untuk saya dan Mamak.
Serangan bertali arus jemuduk awal pagi itu bukan setakat triple tetapi quadruplet hook-up iaitu empat joran dihenjut serentak!
Sudahnya, bro Pen, Awie, Hj. Musa dan Mahfiz masing-masing senyum melayan henjutan serentak yang jarang-jarang berlaku ini.
Jemuduk dan spesies lain bergelimpangan di atas bot kerana tidak sempat meletakkannya di dalam tong ikan. Suasana di atas bot pula sudah macam pesta!
Sekitar jam 10 pagi, kami menuju ke Chalet Kampung Mukut untuk berehat. Hidangan tenggiri goreng kunyit dan tenggiri asam pedas menjadi santapan sambil sibuk bercerita tentang aksi serangan pagi tadi.
Selepas Asar, kami dibawa ke unjam untuk melayan sotong. Mahfiz, Hj. Musa, Bro Pen, Awie, Pak Mat Siren dan Abang Rosli asyik melayan candat sementara Mamak, Azhar dan
saya pula rancak melayan kerisi merah, selayang, kembong, merah dan kerapu saiz sedap-sedap makan dan juga untuk dibuat umpan.
Maklumlah, bekalan umpan hidup hampir kehabisan akibat serangan jemuduk pagi tadi. Pada malamnya, tidak banyak henjutan berlaku namun kami berjaya juga menaikkan beberapa ekor cupak saiz kecil dan cobia.
Pagi hari terakhir, rod Hj. Musa yang mula-mula menunduk laju akibat disergah mangsa dari dasar.
Seekor jemuduk bintik 6kg membuatkan dia tersenyum puas selepas seketika mengerah kudrat. Abang Rosli pula tidak mahu mengalah dan menunjukkan jemuduk 4kg yang baru ditewaskannya.
”Dia dah serang dah!” Jerit Abang Rosli menandakan serangan jemuduk dah bermula. Memang betul, masing-masing sibuk beraksi melayan jemuduk selepas itu.
Kali ini aksi quadruplet hook-up sekali lagi berlaku dan Mamak, Awie, Mahfiz dan saya pantas beraksi walaupun bersimpang siur rod akibat menahan asakan sang jemuduk.
Dalam rancak beraksi, tiba-tiba rod Sidewinder saya yang dilayan oleh Abang Rosli pecah di bahagian pemegang kekilinya menyebabkan kekili jatuh ke lantai bot.
Dengan pantas otai-otai seperti Mahfiz, Hj. Musa, Awie, Azhar dan Bro Pen bertindak menyelamatkan keadaan dengan melilit tali utama ke pemegang rod bot bagi memberikan
kelegaan masa untuk mengalihkan kekili kepada rod Abu Garcia 10-30lb kepunyaan Mamak.
Saya yang pengalaman masih setahun jagung hanya mampu tergamam dari tadi, mujur ada otai-otai ini yang tenang membantu. Akhirnya jemuduk 6kg yang menyentap kekili Sedona tadi berjaya dinaikkan.
Serangan hari terakhir juga begitu rancak sekali. Double hook-up kerap kali berlaku. Kesemua ahli trip sudah ada lesen jemuduk dalam trip ini.
Lebih manis, double hook-up menjadi aksi penutup serangan jemuduk trip ini. Mahfiz dan saya melayan dengan santai dan hasilnya baby jemuduk dinaikkan.
Seperti kebiasaan setiap trip, kami sempat mengambil gambar kenangan pasukan perang kami bersama hasil sepanjang trip.
Lebih 100 ekor jemuduk atau 80% daripada keseluruhan hasil kami didominasi spesies ini pada berat skala 2-7kg. Spesies lain pula ialah tenggiri, kekacang, barracuda, cobia dan hampir 60 ekor sotong hasil candat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...