Nama penuh: Mohd Hairulanuar bin Ariffin
Nama FB: Mohd Hairulanuar
Usia: 35 tahun
Profil: Guide & pengusaha umpan tapa
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong atau guide?
HAIRUL: Saya mula memancing terutamanya ikan baung secara serius pada awal 2000, selepas dipelawa oleh rakan sekampung yang memperkenalkan umpan tapa usus pada masa itu.
Saya semakin aktif memancing pada tahun 2010 selepas memiliki enjin dan bot fiber sendiri. Dalam pada masa yang sama saya turut menghasilkan umpan tapa buat sendiri.
UMPAN: Anda menjadi usaha ini sebagai kerjaya tetap?
HAIRUL: Saya sudah ada kerjaya tetap. Bawa pemancing untuk memanicng baung di Sungai Pahang dan menghasilkan umpan tapa sendiri hanyalah sebagai pengisi masa lapang pada hujung minggu.
Jika tiada pemancing yang menyewa, saya tetap akan turun memancing baung secara bersendirian.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong / guide?
UMPAN: Sebagai guide, anda perlu ada ilmu memancing yang lengkap. Begitu juga dengan ilmu sungai yang lengkap.
Anda perlu pelajari untuk membaca setiap gerak air dan warna air. Hanya dengan melihat warna air sahaja anda sudah dapat menjangka apa yang bakal terjadi.
Begitu juga dengan paras air sungai. Sama ada air naik atau susut. Ia penting untuk mencari atau mengesan lubuk baung.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
HAIRUL: Tidak banyak rintangan memancing baung. Memancing baung tidak seperti memancing ikan lain. Jika hujan lagi bagus. Air keruh baung akan keluar.
Harapan pulak saya berharap dapat membawa lebih ramai pemancing untuk merasai sentapan baung. Dan melihat sendiri keunikan baung kuning yang semakin berkurang.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit tentang pakej memancing yang anda sediakan?
Biasanya saya hanya boleh membawa seorang pemancing sahaja demi keselamatan dan beberapa faktor lain termasuk keselesaan.
Dalam setahun saya hanya bawa beberapa pemancing saja kerana sebelum turun saya akan tengok air dulu. Kalau air cun barulah on. Jadi susah untuk saya tetapkan harga pakej memancing baung ni.
Pemancing boleh bincang dengan saya pasal harga sewa. Kalau saya kata on hanya perlu datang bawa set pancing saja.
Pakej memancing baung
Nama bot: Semantan Warrior
Saiz: 14’
Enjin: 15hp
Harga sewa: Bincang dengan saya… pm tepi.