Fishing Entrepreneur – Joe Pengasas HiPro

Share

 

Nama:  Johor bin Kanun

Nama Sosmed: Joe HiPro

Nama produk: Umpan HiPro

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan?

JOE: HiPro muncul pada 2013. Selama 6 tahun ini banyak juga asam garam dalam menerusi usaha ini.

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?

JOE: Kerana minat yang mendalam. Pada saya memancing di mana pun baik di laut, sungai, ataupun kolam tetap mencabar.

Yang mana cabaran setiap tempat memancing itu berbeza mengikut keadaan dan tempat kita.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

JOE: Pada awalnya rintangan dalam usaha ini adalah memperkenalkan produk dan mendidik pemancing tentang bagaimana pentingnya kandungan protein dalam umpan kita.

Pernah terjadi suatu masa dahulu yang mana ada pakar diet yang bawa HiPro ini masuk lab, dia nak tau apa kandungan yang ada dalam umpan HiPro ini sebenarnya.

Mereka mendapati ada AMINO ACID dalam umpan ini. Walaupun dekat Label botol tu sudah ada ditulis kandungan protein (AMINO ACID).

Tetapi sekarang Alhamdulillah… ramai dari pemancing yang sudah ambik berat pasal kandungan protein dalam umpan mereka.

 

Harapan saya dalam meneruskan usaha ini sebagai pemancing kita kena jaga sensitifiti sesama pemancing saling hargai sehingga terwujud silaturahim yang baik sesama pemancing.

 

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?

JOE: Kalau ditanya pasal kelebihan umpan HiPro adalah kandungan protein yang tinggi sebagai pemikat ikan dan memang menjadi asas diet semua ikan.

Dulu setiap kali memancing selalu menambahkan pelbagai macam perisa dalam umpan, sehinggalah saya berfikir kalau hanya menambahkan perisa sahaja rasanya belum begitu kuat untuk manarik ikan datang.

 

Apa sebenarnya yang ikan perlukan dalam diet dia??? So, dengan berfikir seperti itu saya mula mencari pelbagai artikel tentang pemakanan ikan, diskusi dengan pemancing-pemancing lain baik dari dalam mahupun luar negara.

Berdiskusi juga dengan ahli diet dan pakar di bidang pembuat makanan dari negara lain seperti Jepun, USA, Indonesia dan India.

 

Mereka beranggapan bahawa perisa saja tidak cukup untuk memanggil ikan dan kena ada protein (amino acid) dalam umpan kita. Dari situ saya mula belajar cara menghasilkan umpan yang tinggi kadar protein.

 

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing yang diperolehi?

JOE: Dengan adanya HiPro sekarang ini senang terus boleh guna dan tuang dalam umpan sebagai pemikat ikan yang sangat berkesan.

Hal ini terbukti dengan menjuarai beberapa kali menjuarai tempat pertama dalam BigGame di Keningau, Sabah. Mula-mula pemakai HiPro mendapat tempat pertama sejumlah RM73K.

 

Beberapa bulan selepas itu tempat pertama lagi di Keningau dengan Hdiah RM60K. Pernah juga duduk tempat pertama RM 15K.

Kalau game berskala medium sudah banyak juga para pengguna HiPro berjaya mendapatknnya.

 

Jadi, pesan saya pada kaki pancing kolam jangan ragu nak guna produk HiPro kerana memang sudah terbukti boleh menarik ikan dan memanggil ikan datang dengan pantas.

Saya sebagai pengeluar umpan HiPro sangat berbangga dengan pencapaian para pengguna sekalian.

 

baca juga Entrepreneur – Pengusaha Bot Memancing SeriEmas Angler

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang