Fishing Entrepreneur – Ikan Darat, Masta Rod Custom

Share

 

Nama: Mohd Izuwan Bin Othaman

Nama FB: Ikan Darat

Usia: 37

Nama produk: Custom Rod Studio (CRS)

 

UMPAN: Sejak bila bergelar usahawan?

WAN CRS: Sebenarnya selepas habis sekolah saya sudah mula melibatkan diri dalam keusahawanan.

Sebelum kerjaya sebagai rod builder, saya merupakan pengusaha kolam pancing air tawar (Kolam Pancing Kulim Square dan Kolam Pancing Udang Galah Kulim Square masih

beroperasi hingga sekarang) , mengimport ikan-ikan dari negara jiran, trading benih ikan dan menghantar ikan ke kolam pancing (Kulim Aquaqultur).

 

 

UMPAN: Bagaimana perjalanan anda menjadi seorang rod builder?

WAN CRS: ia bermula dengan manfaatkan masa terluang semasa menjadi pengusaha kolam pancing.

Di kolam itu ada kedai pancing kecil saya buat jual umpan, jual peralatan memancing, repair rod, servis reel dan sebagainya.

 

Kemudian saya mula belajar buat rod sedikit demi sedikit daripada rod yang rosak. Membinanya semula sehingga boleh digunakan kembali.

Dalam pada masa sama saya jadikan Youtube sebagai panduan. Praktis dan jadikan kesilapan untuk perbaiki kelemahan.

Selalu bertanya pada orang yang dah lama buat rod. Seterusnya beranikan diri mencari barang custom di pasaran dan bina untuk diri sendiri.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

WAN CRS: Memang banyak cabarannya. Berkat dari sokongan rakan pemancing, saya mula mengorak langkah demi langkah.

Alhamdulillah, dengan bantuan rakan juga saya berjaya membawa model atau produk CRS ini seluruh Malaysia. Walaupun banyak persaingan dengan produk yang sudah terkenal,

saya perhebatkan lagi produk sendiri dengan mencari supplier dari luar negara bagi mengembangkan perniagaan custom rod ke tahap yang lebih baik.

Seperkara lagi, saya berharap terus menyokong local product (Malaysia).

 

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?

WAN CRS: Dengan melakukan custom rod, bermakna anda boleh tentukan peralatan terbaik yang anda ingin gunakan dan CRS akan menghasilkan custom rod terbaik untuk anda dan hanya anda seorang saja memiliki produk tersebut di dunia.

 

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman memancing anda?

WAN CRS: Walaupun agak sibuk CRS namun saya tetap mencari masa untuk melunaskan hobi memancing. Saya juga seorang pemancing tegar.

Setakat ini saya sudah memancing hampir di seluruh Malaysia dan turut memancing di Thailand serta Indonesia.

 

 

Published by
Amang