Siakap boleh dipancing dengan pelbagai cara. Secara tradisi, siakap dipancing dengan menggunakan umpan hidup seperti udang, belanak ataupun jenjulung. Sementara kaedah yang paling berkesan ialah teknik apungan menggunakan pelampung.
Saya lebih menggemari peralatan pancing ringan untuk memburu siakap. Kekili siri sederhana (3000-4000) yang memuatkan tali 15-30 lb. Joran jenis fast action 10-20 lb dan perambut kejutan sekitar 30-50 lb. Perambut yang lebih kasar perlu digunakan kerana siakap berkemampuan memutuskan tali dengan hujung operkulumnya yang tajam umpama pisau.
Ads
Namun tidaklah perlu menggunakan perambut dawai meskipun ada juga yang menggunakannya dan berjaya juga menaikkan siakap.
Teknik perambut yang berkesan (teknik apungan) ialah dengan meletakkan batu ladung kecil pada tali perambut di antara umpan dan pelampung. Tujuannya adalah bagi mengelakkan umpan berenang di permukaan air. Lebih mengundang masalah jika umpan terutamanya belanak akan berenang menghampiri tali utama sekaligus menyebabkan tali utamanya berselirat dengan perambut dan mata kail.
Ads
Sementara jarak perambut bagi pelampung dan umpan bergantung kepada tahap kedalaman air. Sekiranya muara atau sungai itu dalam maka perambut perlu lebih panjang kerana sifat siakap gemar menyerang hendap mangsa dari bawah. Sekiranya umpan berada lebih bawah daripada paras siakap berlegar maka peluang strike juga rendah.
Ads
Sekiranya lebih meminati pancingan kaedah moden seperti mengilat dan menunda, waktu yang paling sesuai ialah sewaktu air surut atau ketika bunga pasang. Ketika ini peluang untuk strike adalah lebih tinggi kerana lazimnya mereka akan mendiami kawasan berstruktur pada waktu ini.
Maka carilah spot yang berstruktur seperti batu-batu, tiang-tiang jambatan, reba-reba kayu atau tukun-tukun kapal pecah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan Cichlid dari family biologi Tilapiine Cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan turut menjarah habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara.
Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus.
Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di seluruh dunia. Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah.
Antara genus ikan tilapia adalah:
Oreochromis – Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus tilapia hitam / Oreochromis niloticus – tilapia merah / Oreochromis aureus – tilapia biru)
Alcolapia
Danakilia
Iranocichla
Sarotherodon
Steatocranus
Stomatepia
Tilapia
Nama biasa bagi tilapia berasaskan nama genus Cichlid tilapia, yang mana berasaskan nama Latin Tswana thiape. Nama genus dan istilah mula diperkenal oleh zoologist dari Scotland, Andrew Smith pada 1840.
Ketika ia diperkenalkan ke seluruh dunia bagi makanan manusia (pada asalnya bagi petani sebagai hidangan kelas rendah), tilapia sering kali mempunyai nama khas bagi mereka dalam pelbagai bahasa dan loghat.
Di sesetengah negara Asia termasuk Filipina, ikan tilapia besar sering kali disebut pla-pla sementara tilapia kecil masih dikenali sebagai tilapia. Dalam bahasa Arab, tilapia dikenali sebagai bolty.
Tilapia telah menjadi ikan ketiga penting selepas kap dan salmon, dengan pengeluaran mencecah 1,505,804 tan metrik pada 2002. Disebabkan saiznya yang besar, pertumbuhan pantas, dan rasanya, sejumlah tilapiine cichlid merupakan tumpuan bagi usaha akuakultur utama, terutamanya pelbagai spesies Oreochromis, Sarotherodon, dan Tilapia, kesemuanya secara tidak rasmi dikenali sebagai tilapia.
Sebagaimana ikan besar lain, ia merupakan sumber protein yang baik dan merupakan sasaran popular bagi penangkapan nelayan kecil dan perdagangan.
Pada asalnya, kebanyakan penangkapan ikan tersebut adalah di Afrika, tetapi pelepasan tilapia secara sengaja atau tidak sengaja di beberapa tasik air tawar di Asia telah mendorong kepada projek akuakultur di negeri dengan iklim sederhana.
Di zon sederhana tempatan, operasi penternakan tilapiine memerlukan tenaga bagi memanaskan air ke suhu tropika yang diperlukan tilapia. Satu kaedah termasuk memanaskan air dengan menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.
Tilapia telah digunakan sebagai pengawalan biologi bagi mengawal masalah rumpair tertentu. Ia menggemari tumbuhan akuatik terapung, duckweed (Lemna sp.) tetapi turut makan alga serat (filamentous).
Di Kenya, tilapia diperkenalkan bagi mengawal nyamuk yang menyebabkan malaria. Ia makan larva nyamuk, dengan itu mengurangkan jumlah nyamuk betina dewasa, yang merupakan vektor penyakit ini. Kebaikan ini bagaimanapun jauh ditenggelami oleh aspek negatif tilapia sebagai spesies ceroboh (invasive species).
Di Kenya, tilapia yang terdapat di Tasik Victoria (Sango), dikenali sebagai Ngege oleh puak Luo. Eksportnya ke pasaran Eropah telah menjejaskan bekalan kepada puak Luo yang menganggapnya sebagai makanan ruji.
Ikan tilapia besar biasanya dilihat sebagai ikan akuarium. Masyarakat menganggap tidak bagus kerana ia memakan tumbuhan dan boleh menjadi gangguan, menggali substrate dan berkelahi dengan ikan lain.
Spesies Afrika Barat lebih kecil, seperti Tilapia joka, dan spesies dari tasik kawah dari Cameroon, sebaliknya agak popular. Sama juga, dalam akuarium cichlid tilapias boleh bercampur dengan baik dengan cichlid yang tidak mengawal kawasan, armoured catfish, tinfoil barbs serta garpike.
Sesetengah spesies, termasuk Tilapia buttikoferi, Tilapia rendalli, Tilapia joka, dan Sarotherodon melanotheron melanotheron air payau, memiliki pola menarik dan merupakan ikan hiasan.
Siamese giant carp, Siamese carp atau giant barb adalah spesies ikan air tawar dan merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia! Ikan kap gergasi terbesar di dunia ini tergolong dalam genus Catlocarpio dan keluarga besar Cyprinidae dengan membawa nama saintifik Catlocarpio siamensis. Di negara kita ia lebih dikenali dengan nama siamese carp juga berbanding kap Siam.
Namun populasinya telah merosot secara drastik akibat kehilangan habitat dan penangkapan ikan yang berlebihan, dan kini dianggap kritikal yang terancam. Kap Siam biasanya boleh ditemui di kolam besar di sepanjang tepi sungai-sungai besar, tetapi bermusim memasuki saluran kecil, dataran banjir, dan hutan banjir.
Kap siam juvenil biasanya ditemui di sungai dan rawa yang lebih kecil, tetapi boleh menyesuaikan diri untuk hidup di kolam, terusan, dan rawa. Dan biasanya hidup secara berpasangan.
Ciri-ciri pengenalan spesies ikan bersisik kasar adalah berwarna kelabu keperakan hampir kehitaman. Memiliki kepala dan bermulut yang sangat besarr dan skala yang dapat dikenal pasti dengan corak biasa.
Sekilas pandang dengan mata kasar, ia kelihatan hampir sama dengan spesies kap yang ditemui di tempat lain, khususnya dengan kap India, hanya kap Siam sahaja mampu ditemui pada skala yang lebih besar.
Spesies juvenil atau Ikan kap Siam yang lebih muda cenderung menjadi lebih cerah, dan sering mempunyai warna oren atau kemerahan pada sirip. Sementara Ikan yang lebih tua boleh menjadi sangat berwarna gelap. Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan ia mampu berubah begitu banyak kerana mereka boleh hidup lebih dari 100 tahun.
Ia turut boleh dibiakkan dalam penangkapan tetapi memerlukan 7 tahun sebelum mereka matang secara seksual. Di habitat liar ia jarang dapat mencapai usia ini kerana sangat terdedah kepada penangkapan ikan.
Menurut Nationalgeographic.com, terdapat bukti bahawa Siamese giant carp ini pernah mencapai saiz 3 meter panjang dan 300 kilogram berat, tetapi hari ini spesimen walaupun separuh saiz sangat jarang berlaku.
Dalam habitat semula jadi, diet utama Catlocarpio siamensis ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, alga, fitoplankton dan krustasea. Ikan kap gergasi ini merupakan spesies bottom feeder atau mengutip makanan di permukaan dasar.
Justeru untuk memancing spesies yang sukar ditangkap ini harus dengan teknik pancingan dasar. Sementara umpan (dedak yang terurai) yang digunakan pula haruslah dalam bentuk saiz yang besar sepadan dengan saiz mulutnya yang amat besar.
Kalau tidak disebabkan muncung yang tirus memanjang, ramai yang tidak mengenali ikan landok terutama ketika dinaikkan. Sesetengah orang sukar untuk membezakan di antara landok (longface emperor), seronceng (starry pigface emperor – microdon) assoh (thumbprint emperor – Lethrinus harak dan tambak. Malah tambak itu sendiri terdapat 5 jenis.
Keempat-empat jenis ikan ini adalah ikan karang yang biasanya aktif pada waktu malam, boleh dijumpai di dalam kawasan yang sama (bercampur) dan memiliki diet dan bentuk fizikal yang hampir sama.
Landok memiliki muncung yang paling panjang dalam keluarga ikan yang bergelar ikan maharaja atau emperor fish ini. Ia bersisik agak tebal dan keras tetapi tidak berskala besar, memiliki corak warna yang menarik ketika berada di dalam air (seperti corak batik) dan sebaik saja didaratkan ke atas bot.
Bibirnya tebal memanjang dibarisi gigi-gigi halus dan kasar di hadapan bahagian mulut. Warna kulitnya bercampur di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama. Warna coklat gelap bertompok-tompok keputihan di bahagian bawah garisan lintang.
Bahagian muncung mempunyai jalur putih membawa ke arah mulut. Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah atau oren.
Ikan landok seperti mana ratusan marine fish yang lain mudah ditemui di perairan yang mempunyai karang di dasar pada kedalaman 20 kaki hingga melebihi 140 kaki.
Tidak kira gugusan karang tersebut besar (terumbu karang) malah ikan karang ini didapati meronda di kawasan pantai atau perairan yang mempunyai tompok-tompok karang kecil (spot reef).
Waktu siang banyak dihabiskan berehat di celah-celah karang dan mundar-mandir di kawasan sekitar tidak keluar dari gugusan karang. Jangkaan rondaan pada sebelah malam pula agak luas di mana kawasan perairan cetek (pantai) juga dijajah ketika memburu makanan.
Taburan tempatan lebih ketara di sebelah Malaysia Timur, terutama Sabah. Itupun kalau pihak berkuasa sempat dan mampu menangani ‘pengebom ikan’ di kawasan pantai.
Jika kemusnahan kawasan karang berleluasa, suatu hari nanti spesies ini sukar diperoleh seperti mana terjadi di kawasan Pulau Besar, Melaka dan Pulau Sembilang, Perak, Pulau Angsa di Selangor yang musnah akibat berleluasanya penggunaan pukat harimau.
Di Semenanjung lubuk terbaik memburu ikan ini di sebelah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Tinggi. Karang Emas di Johor, Pulau Tioman, Karang Luas, Karang Tinggi di Pahang dan gugusan Pulau Redang, Pulau Bidung, Pulau Karah dan Pulau Yu di Terengganu.
Kawasan lain seperti kepulauan Spratly, Terumbu Layang-Layang dan Lucornia dikenal pasti taburan ikan ini memang banyak, namun jarak, masa dan kos membatasi pemancing untuk memburu ikan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...