Fakta Tentang Tenggiri Yang Korang Belum Tau!!

Share

 

Pembahasan dan perbualan tentang ikan tenggiri tidak pernah berkesudahan. Sama ada di laut atau di pasar, ia adalah spesies yang sentiasa dicari dan diburu. Di sebalik kepopularan tenggiri ini, ramai juga yang masih tidak tau fakta-fakta kehebatannya.

 

Tenggiri merupakan ikan pelagik yang kerap berenang secara kawanan dalam kelompok kecil, tidak jauh dari pantai. Apabila berjaya mendaratkan seekor, maka anda akan berpeluang mendaratkannya lagi.

 

Tenggiri berkembang biak dengan cara bertelur. Tenggiri mencari perairan laut cetek untuk pemijahan dan akan kembali ke laut dalam setelah proses tersebut selesai.

 

Ikan ini dikategorikan sebagai ikan sukan yang sangat digemari oleh ramai pemancing kerana kepantasan renangan dan kualiti dagingnya yang bergred tinggi. Selain itu, ikan tenggiri sangat baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang lengkap.

 

Meskipun tersenarai dalam spesies ikan perenang pantas dan juga termasuk salah satu ikan predator, ikan tenggiri yang lebih kecil seringkali menjadi santapan bagi predator lain yang lebih besar, khususnya barracuda monster.

 

Ikan tenggiri betina dapat hidup selama 11 tahun namun tiada kajian pula jangka hayat bagi tenggiri jantan.

 

Di India, orang menyebutnya ikan anjai. Di Filipina lebih dikenali dengan nama ikan dilis, dan di Thailand lebih mesra dengan istilah ikan thu insi.

 

Jumlah penangkapan ikan tenggiri terbesar di dunia pernah tercatat di Indonesia, diikuti Filipina, Sri Langka, Yaman, dan Pakistan.

 

Dipercayai ikan tenggiri yang ditewaskan dengan penggunaan joran dan kekili lebih mahal harganya berbanding tenggiri yang terperangkap pada jaring. Kebanyakan tenggiri yang mati lemas pada jarring kualiti dagingnya merosot.

 

Walaupun populasi ikan tenggiri kian menurun namun, sama ada ia ditangkap secara sengaja atau pun tidak, jarang sekali ia dilepaskan kembali ke laut. Percaya atau tidak?

 

baca juga Trip Retro – Tenggiri Makan Petang

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang