Fakta Padu Berkaitan Ikan!!

Share

 

Terdapat lebih daripada 25000 spesies ikan telah dikenal pasti dan direkodkan. Dalam pada itu dijangkakan terdapat lebih 15000 spesies ikan yang masih belum direkodkan. Maknanya, kalau korang nak letak nama korang sebagai nama saintifik ikan yang belum direkodkan tu bolehlah berbuat demikian.

 

Ikan terkecil ialah Philippine goby atau dwarf pygmy goby (Pandaka pygmaea) yang hanya berukuran 1.1cm (saiz standard) dan betina dewasa mampu membesar sehingga 1.5 cm sahaja.

 

Spesies ikan terbanyak merupakan ikan air tawar sedangkan bumi hanya dilitupi oleh 0.01% air tawar. Dan ikan air tawar juga yang mudah terancam oleh kepupusan berbanding ikan air masin.

 

Ikan puyu atau climbing perch, merupakan spesies yang sangat kuat dan mampu bertahan tanpa air dalam jangka masa yang lama. Malah spesies ini mampu bergerak di daratan menggunakan sirip pektoralnya yang kuat.

 

Terdapat lebih banyak spesies ikan berbanding kombinasi jumlah spesies amfibia, reptilian, burung dan mamalia. Itulah kehebatan ikan dalam alam haiwan.

 

Ikan seperti jerung tidak memiliki komponen pelampung atau pundi renang (swim bladder) dalam badannya bagi memberikan kebolehan terapung dalam air. Jadi mereka perlu berenang berterusan ataupun berhenti di dasar air.

 

 

Sesetengah ikan menggunakan gigi untuk mengeluarkan bunyi sementara sesetengah lagi ikan tidak bergigi menghasilkan bunyi menggunakan udara dalam komponen pelampung dalam badannya.

 

Menurut kajian saintifik, ikan telah wujud di bumi sejak lebih 450 juta tahun dahulu. Namun belum ditemui siapakah yang menemui spesies ikan pertama yang ditemui di dunia.

 

Garisan lateral pada badan ikan bertindak seperti radar dan membantu ikan mengesan laluan walaupun dalam keadaan air keruh. Selain itu ia turut mengesan getaran sekaligus menjadi radar untuk mengesan makanan.

 

Published by
Amang