Tasik Chini merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik di negeri Pahang. Ia terletak kira-kira 250 km dari Kuala Lumpur dan 100 km dari Kuantan dan boleh diakses melalui jalan raya melalui Lebuhraya Karak atau Lebuhraya Segamat.

 

Fakta & Mitos Tasik Chini!!

 

Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

 

Sejarah & Mitos

 

Tasik Chini menawarkan persekitaran yang tenang dan damai disebalik misteri dan lagenda zaman berzaman yang tiada jawapan hingga kini. Kononnya, pada zaman dahulu , tasik Chini adalah tapak sebuah kota besar Khmer yang kini telah tenggelam dan dijaga oleh makhluk misteri.

 

Ads

Fakta & Mitos Tasik Chini!!

 

Dicanangkan, di sini ada sebuah kota lama iaitu Kota Tasik Daksina yang dikatakan tenggelam di dasar tasik. Diceritakan juga ada perkampungan di bawah tasik chini itu di mana terdapat harta karun yang berupa emas. Seekor naga menjaga harta karun itu dari diganggu oleh sesiapa pun. Ada juga yang mengatakan bahawa naga air itu suka memakan teratai di tasik tersebut.

 

Pelbagai kisah misteri yang diceritakan dari masa ke semasa. Bagi sesiapa yang menginap di sana, sudah pasti ada pengalamannya sendiri. Kisah hantu air, kisah naga berkelahi sesama sendiri, kisah naga air yang diberi nama Naga Seri Gumum yang cukup sinonim dengan Tasik Chini. Jika ada masa dan ruang, cuba-cubalah bertanya kepada mereka yang sudah lama di situ.

 

Fakta & Mitos Tasik Chini!!

Ads

 

Kaum Orang Asli Suku Jakun sudah lama menetap di situ. Ada di antara mereka yang mengekalkan tradisi nenek moyang kita dengan mengamalkan athiest dan ada yang sudah memeluk agama Islam.

 

Info Ringkas Tasik Chini

 

Tasik semula jadi seluas 5,026 hektar yang berada di tengah Pahang

Menjadi habitat 138 spesies flora, 144 spesies ikan air tawar dan kira-kira 300 spesies hidupan bukan akuatik

Ads

Terkenal dengan kisah mitos mengenai naga, bahkan turut dijadikan pusat kajian kewujudan Kota Lama Empayar Khmer yang berada di dasarnya

Terdapat 12 tasik atau pulau di Tasik Chini yang membentuk tasik sebagai tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.

 

Fakta & Mitos Tasik Chini!!

 

Semua tasik atau pulau di Tasik Chini dikenali sebagai ‘laut’ oleh penduduk tempatan, antaranya dipanggil Laut Gumum, Laut Pulau Balai, Laut Chendahan, Tanjung Jerangking, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jembarau

Diiktiraf sebagai kawasan rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)

Kira-kira 500 penduduk Orang Asli tinggal di beberapa kampung sekitar Tasik Chini

Pokok teratai ini dikatakan bermusim dari bulan Jun hingga bulan September.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI