Korang kenal tak hidupan laut yang dinamakan sebagai sotong? Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea, order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong gergasi (giant squid).

 

Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwat terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit.

 

Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.

 

Fakta Menarik Perihal Sotong Yang Tak Didendangkan

 

Antara keistimewaan lain kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar mengikut warna persekitarannya. Chromataphore juga berfungsi semasa ritual mengawan. Semasa proses menyamar, Chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk menghampirinya.

 

Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24 inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14 meter ( 46 kaki). Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga 1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya.

 

Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan kebanyakannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun. Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di kawasan yang sejuk dan dalam.

 

Fakta Menarik Perihal Sotong Yang Tak Didendangkan

IKLAN

 

Fakta-Fakta lain:

 

Sesetengah sotong mempunyai organ bioluminescent menyebabkan ia bercahaya dalam gelap. Oleh kerana ini sotong lebih berkesan dijadikan umpan pada malam hari berbanding ikan.

 

Para saintis dan ahli biologi menganggarkan terdapat kira-kira 500 spesies sotong di dunia.

 

Sotong betina mampu mengeluarkan seribu biji telur setiap kali di dasar laut.

 

Giant squid mempunyai mata sebesar bola jaring. Korang boleh bayangkan sendiri bagaimana pula dengan saiz sotong berkenaan.

 

IKLAN

Sesetengah sotong kehilangan tantakelnya pada peringkat larva lagi.

 

Sotong merupakan haiwan karnivor: makan ikan, krutasia dan sotong kecil.

 

Fakta Menarik Perihal Sotong Yang Tak Didendangkan

 

Sotong mempunyai 8 lengan dan hanya tentakel mempunyai penyedut ala-ala vakum berkuasa tinggi.

 

Sotong mempunyai 3 jantung!

 

IKLAN

Sotong berenang paling pantas di antara haiwan-haiwan invertebrata.

 

Kebiasaannya sotong hidup selama 1 hingga 2 tahun.

 

Sotong terbesar yang dilaporkan sepanjang 60 kaki dan berat 1980lbs

 

Nama ‘calamari’ bermaksud memasak sotong dari bahasa Greek.

 

Fakta Menarik Perihal Sotong Yang Tak Didendangkan

 

Sotong paling kecil bersaiz 0.7 inci dengan berat 0.02oz

 

Kebanyakan sotong memancutkan dakwat bagi melepaskan diri daripada musuh

 

Sotong boleh menyamar mengikut persekitarannya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI