Lokasi popular laluan kapal dikenali sebagai Paloh. Paloh 1 merupakan laluan kapal keluar masuk Pelabuhan Klang, Paloh 2 ialah laluan kapal yang hanya melalui Selat Melaka tanpa singgah di Pelabuhan Kelang. Paloh 3 pula ialah kawasan khas di mana kapal tangki dan kapal besar sahaja menggunakannya.

 

Setelah memastikan laluan selamat dan jauh dari kiri kanan laluan kapal, barulah peralatan pemancing digunakan. Penggunaan kekili elektrik sangat efektif di kawasan ini kerana kedalaman air sekitar 60 meter ke atas.

 

Kekili manual boleh digunakan sekirinya memiliki tenaga mengarau yang konsisten kerana ada ketikanya tali pancing perlu dikarau secepat mungkin apabila sampan disedari berada di haluan kapal. Waktu ini, pasti hon kuat kedengaran dari kapal menandakan bot sudah hampir di haluannya.

 

Fahami Teknik Pancingan Popular Laluan Kapal!!

 

Ads

Perambut kekuatan 60 lb ke atas sepanjang 4 depa dengan tali utama 80 lb hingga 100 lb. Ini berikutan jika tersangkut pada karang kebiasaannya perambut lebih kecil dari tali utama akan putus, dengan ini ladung terselamat daripada menjadi tukun.

 

Mata kail 5/0 jika mata tunggal atau 2 bentuk mata 3/0 digunakan mencangkuk seekor sotong kurita hidup. Ladung biasanya saiz 24 agar ia terseret di dasar ketika berhanyut atau menotok.

 

Kalau umpan hanyut jauh ke atas dari dasar peluang sentapan adalah tipis kecuali di kawasan yang adanya ikan pertengahan seperti GT, talang dan haruan tasik. Jika sampan hanyut dengan melintang arus, 6 joran boleh dipasang sekali gus, jika ia hanyut senget memadai 3 joran sahaja. Pastikan joran di belakang dihanyutkan jauh dari kedudukan pemancing kedua dan ketiga.

Ads

 

Fahami Teknik Pancingan Popular Laluan Kapal!!

 

Umpan perlu dilabuhkan satu persatu bagi mengelakkan tali pancing berbelit antara satu sama lain. Umpan selain sotong kurita, udang lipan, pelaling mati, hirisan cabut, belanak, ikan tembakul, anak gelama da udang kertas boleh digunakan. Jika berhanyut pada malam hari sotong cumit adalah umpan nombor 1!

 

Ads

Sambil itu jika membawa sonar, sentiasa perhatikan tahap kedalaman air kerna ia berbeza di setiap kawasan. Bermula dari 30 meter hingga menjunam 70 meter. Bila umpan masuk lubang dalam, hulurkan lagi tali pancing hingga ladung dikesan terhentak pada lantai dasar.

 

Bila umpan terlepas jauh, ikan jarang mengejarnya. Begitu juga apabila kedalaman menaik, tali pancing perlu dikarau sedikit. Jika tidak ia amat mudah melekat apabila memasuki kawasan berkarang.

 

Fahami Teknik Pancingan Popular Laluan Kapal!!

 

Jika sampan berhanyut ke arah utara maka ia menandakan air bergerak surut dan jika sampan hanyut ke arah Singapura ini menunjukkan air pasang. Kecuali bila angin menolak sampan lebih kuat daripada arus. Ketika berhanyut sentiasa ingat darat adalah sebelah timur manakala sempadan Indonesia di sebelah Barat.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI