Bila industri memancing berkembang, banyak pengusaha dan individu mengadakan pakej memancing buat kaki pancing. Berbagai-bagai jenis pakej yang ditawarkan dengan harga yang berlainan mengikut tempat dan kapasiti. Siasat latar belakang pengusaha pakej dan kemampuannya mengendalikan pakej tersebut.
Ini termasuklah boleh memberi khidmat nasihat, maklumat berguna di padang pancing yang bakal di kunjungi, serta teknik memancing yang betul serta mendapatkan tekong yang berpengalaman.
Tunjuk ajar amat perlu kepada kaki pancing kerana tidak semuanya tahu mengamalkan teknik memancing yang sihat dan betul. Jangan ajak kaki pancing datang aje!
Kemudian tak ambil tahu langsung sambil lepak dan tidur dalam kabin. Banyak yang tak kena nanti!
Nota Penting:
Ads
Lokasi yang ditawarkan.
Boleh memberi kepuasan.
Memberi reaksi positif apabila dikomen.
Mampu memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat.
Mampu menguruskan aktiviti trip dengan berkesan.
Ads
Bot Pancing
Bot berlesen adalah kurang berbanding bot tidak berlesen. Yang dimaksudkan bot tidak berlesen adalah bot didaftarkan sebagai bot nelayan bukan bot pelancong (membawa penumpang). Hanya ketika pertandingan sahaja bot nelayan dibenarkan membawa pemancing atas kerjasama pihak perikanan dan marin.
Jika di luar waktu tersebut undang-undang melarang bot nelayan membawa pemancing. Hairan juga kenapa tidak boleh sewa ketika bukan waktu pertandingan.
Ads
Hanya pihak berkuasa boleh menghuraikan fenomena ini tapi kita masih gemar menggunakan khidmat bot jenis ini kerana yakin dengan kemampuan tekong serta kosnya jauh lebih murah.
Nota Penting:
Saiz dan kapasiti.
Kemudahan seperti tandas, ruangan penyimpan barang, rod holder, dapur.
Harga yang ditawarkan.
Masa untuk sampai ke lokasi atau jarak lokasi serta perjalanan ke jeti terbabit.
Pemandu bot atau tekong itu sendiri.
Tangkapan atau hasil.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sekiranya kita biasa casting ikan siakap merah, maka peralatan yang sama boleh digunakan.
Tapi sebagai insuran, adalah lebih baik ditingkat satu paras kekuatan dan kelasakan peralatan tersebut kerana daya hentaman dan juang ikan tembaring juga jauh lebih mengatasi siakap merah.
Casting Reel
Sama ada kekili menegak atau mendatar, kebanyakannya sesuai untuk memancing tembaring.
Memancing tembaring tidak memerlukan kekili berkelajuan tinggi sebaliknya kekili berkelajuan rendah dan kayuhan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pemangsa.
Tambahan pula persembahan umpan tidak perlu digayakan dengan laju. Berdasarkan pengalaman, kekili seperti Daiwa Zillion crazy Cranker (gear ratio 4.9:1) merupakan kekili terbaik untuk dipadankan.
Joran
Joran aksi sederhana, kuasa kelas medium berkuatan 10-20lb hingga 15-25lb dan panjang 5.5-6.5 kaki merupakan joran yang selesa dan sepadan untuk digunakan.
Jangan pandang ringan dengan kekuatan black bass walaupun bersaiz kecil. Tambah habitatnya adalah di kawasan reba banat yang mencabar.
Tidak dinafikan, gewang crank atau cranbait lure merupakan gewang plug yang paling serasi dengan tembaring di perairan kita.
Walaupun ada kejadian mencatatkan gewang permukaan turut menerima sambaran namun peratusannya sangat rendah.
Pelbagai model gewang crank boleh digunakan namun sehingga kini gewang Ofmer X Deep Fire tiger menepati saiz mangsa yang menjadi diet utama tembaring.
Tali Utama
Tiada masalah jika ingin menggunakan tali tangsi atau mono sebagai tali utama namun disarankan gunalah tali sulam berkuatan 30-40 lb.
Perambut / Leader
Tali perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 40-50lb sangat digalakkan penggunaannya sepadan dengan tali utama.
Leader yang keras dan tahan lasak amat penting bagi menangani kerakusan pemangsa serta geografi padang pancing.
Mata kail
Amat disarankan pilihlah mata kail (treble hook) berkuatan 4X-6X. Harus diingat daya hentaman tembaring berupaya meluruskan atau merapatkan mata kail dengan mudah. Tidak perlu memilih mata kail yang mahal harganya. Mata kail VMC 4X sudah memadai.
Split Ring & Snap
Split ring dan snap berkuasa tinggi atau tugas berat perlu digunakan sekiranya anda tidak mahu berputih mata atau kehilangan gewang kesayangan. Carilah split ring dan snap yang mampu menahan tekanan sehingga 80-100 lb.
Sebelum pergi, sasarkan dulu, apa yang anda ingin pancing atau kunjungan anda lebih kepada santai. Jika ingin casting dan seronok mencari sebarau, pilihan terbaik datangla ketika awal musim tengkujuh (November-Januari).
Jika ingin mencari kelah, tengas dan ikan-ikan lain, datanglah ketika musim panas (Mac-September).
Geng memancing
Majoriti mereka yang berkunjung ke sini biasanya adalah secara grup di antara 10-20 orang. Bagi kaki pancing yang teringin hendak ke sini, tetapi tidak ada geng jangan risau kerana permintaan untuk memenuhkan trip sentiasa sahaja ada.
Caranya rajin-rajinlah menjengah grup Whatsapp atau Facebook kerana biasanya akan ada trip memancing yang dianjurkan oleh individu tertentu dan anda boleh turut serta dan menyelit dalam trip tersebut. Secara tidak langsung anda akan mendapat kawan baru.
Jangan lupa kamera
Adalah amat tidak bermakna, jika kunjungan anda, lebih-lebih lagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, tidak membawa sebarang jenis kamera.
Bagaimanakah anda mahu berkongsi momen anda datang ke sini dengan rakan-rakan jika tiada rakaman yang anda telah pun berjaya menaikkan ikan kelah 4 kg atau sebarau 2 kg? Jadi jangan lupa senaraikan kamera dalam list perancangan anda.
Berkumpul di jeti mana?
Untuk memasuki dan memancing di Tasik Kenyir hanya ada dua sahaja pintu masuk iaitu Jeti Jenagor (pintu masuk stesen TNB) di Kuala Berang dan juga Pengkalan Gawi.
Rujuk dengan tekong dan ahli trip yang lain di manakah semua ahli akan berkumpul. Namun kini Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama.
Keselamatan jalan raya
Sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan terutama di sepanjang jalan kerana banyak kenderaan terutama lori dan juga binatang ternakan penduduk yang tidur di tengah jalan. Bergilir-gilir membawa kereta adalah terbaik.
Waktu bertolak dan balik
Tiada waktu khusus untuk anda tiba di Pengkalan Gawi kerana ia dibuka 24 jam. Lazimnya boathouse akan bertolak dari jeti seawal 8.00 pagi.
Oleh yang demikian peserta harus bertolak pada malam hari dan akan tiba di bandar Kuala Berang sekitar jam 6 pagi untuk solat subuh, sarapan dan membeli barang keperluan seperti bekalan ais dan sebagainya.
Waktu keluar dari Tasik Kenyir pula bergantung kepada perbincangan dengan pengusaha boathouse. Namun untuk tujuan keselamatan (ancaman angin lintang pada waktu petang),
lazimnya boathouse akan bertolak keluar pada waktu pagi dan tiba di jeti sekitar jam 1-3 petang.
Lain-lain perkara
Selain barang pancing, makanan beberapa item ini perlulah diambil kira dan amat penting, iaitu:-
Life jacket
Life jacket memang disediakan di dalam boathouse, cuma untuk keselesaan, bolehlah bawa sendiri.
Sleeping bag & air pillow
Cuaca awal dinihari dan awal subuh di Tasik Kenyir memang sejuk dan ia dianggap item wajib bawa. Air pillow pula sesuai untuk mereka yang tidak gemar berkongsi bantal.
Topi & Pelindung Muka
Untuk perlindungan dari panas terik dan juga keselamatan ketika memancing pakailah topi yang sesuai, terutama kaki-kaki casting.
VCD karaoke
Sesuai untuk mereka yang gila karaoke.
Teknik pancingan
Di Tasik Kenyir anda bebas untuk melakukan teknik apa sahaja. Kaedah pancingan dasar biasanya dari atas boathouse atau landbase di sasarkan untuk ikan kelah, toman, baung, belida.
Manakala penggunaan speedboat perlu jika ingin meneroka ke lubuk-lubuk terpencil bagi mendapatkan sebarau dan toman.
Jika ramai kaki casting dalam sesebuah boathouse, bilangan speedboat akan ditambah (caj tambahan akan dikenakan) atau juga, kaki pancing boleh bawa sendiri speedboat.
Berapa banyak rod dan kekili nak dibawa? Jika menaiki boathouse, terpulang kepada anda ingin membawa seberapa banyak batang joran dan koleksi gewang selagi anda larat bawa.
Selain casting, aplikasi trolling juga boleh dipraktikkan jika mahu menduga siakap Tasik Kenyir.
Untuk pancingan dasar, sebelum trip berlangsung anda boleh minta tekong sediakan umpan kelapa sawit, palet dan anak ikan.
Biasanya ia telah termasuk di dalam kos memancing. Sebagai tambahan, anda boleh membawa sendiri umpan seperti anak keli, ikan kap untuk pancingan toman dan baung bersaiz gadang.
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan.
Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)
⇒Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 17 kaki.
⇒Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2-3 batang dulu.
Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
⇒Susunan joran di atas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan.
Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
⇒Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu di kekili sehingga tegang.
Seterusnya diletakkan joran di tepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
⇒Jika sudah pasti udang telah menelan umpan (dengan melihat henjutan di hujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali.
Di sinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang sama ada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
Makluman tambahan
⇒Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
⇒Kadangkala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
⇒Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
⇒Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
⇒Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar.
Jawapan akan diketahui di separuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
⇒Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
⇒Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
⇒Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok di dalam air.
⇒Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain di tengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
⇒Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa di mata kail.
Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
⇒Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
⇒Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
⇒Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 -5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
⇒Gangguan seperti nak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
⇒Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing di tengah sungai.
⇒Jika sungai kecil (hulu) tali boleh di rentang didalam usaha mencari lubuk udang.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...